CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1134|Reply: 1

Adik Amber Heard Bangga Kakak Berani Jadi Suara Wanita Teraniaya

[Copy link]
Post time 9-6-2022 03:40 PM | Show all posts |Read mode
Sebagai seorang adik, Whitney Henriquez akan sentiasa mempertahankan kakaknya, Amber Heard biarpun aktres itu kalah dalam perbicaraan kes fitnah bekas suami, aktor Johnny Depp.


Menerusi Instagram, Whitney tetap berbangga dengan Amber yang berani menyuarakan penderitaannya walaupun mengetahui kes itu sukar untuk dimenangi.




Getty Images




"Saya tetap akan pertahankan awak, sissy (kakak). Semalam, hari ini dan esok, saya akan sentiasa bangga dengan awak yang pertahankan diri, beri keterangan di Virginia dan UK.


"Dan menjadi suara untuk ramai orang yang tidak dapat bersuara tentang apa yang berlaku di sebalik pintu tertutup. Kita tahu bahawa ini akan menjadi perjuangan yang sukar dan ia disusun menentang kami.


"Tetapi awak berdiri dan bersuara. Saya sangat berbesar hati untuk memberi keterangan untuk awak, dan saya akan melakukannya berjuta kali ganda kerana saya tahu apa yang saya lihat dan kerana kebenaran selama-lamanya di pihak awak," katanya.




Getty Images




Pada Khamis lalu, juri di sebuah mahkamah di Faifax, Virginia mendapati Amber membuat fitnah mengenai dakwaan dia didera oleh bekas suaminya, Johnny Depp.


Juri memutuskan Amber membayar ganti rugi AS$15 juta (kira-kira RM65 juta) kepada bekas suaminya itu.


Jumlah itu kemudian dikurangkan kepada AS$10.35 juta (kira-kira RM45 juta) sejajar dengan had punitif yang dibenarkan undang-undang di negeri itu.


Tujuh juri yang mendengar perbicaraan itu mendapati bahawa artikel ditulis Heard pada 2018 mengenai dakwaan keganasan seksual adalah fitnah dan berniat jahat.


Dalam pada itu, Whitney mengakui biarpun berasa kesal kerana gagal memperjuangkan kebenaran mengenai kakaknya namun dia tetap tidak akan berputus asa.




  



"Saya sangat kesal kerana ia tidak ditunjukkan dalam keputusan yang dibuat oleh juri ini, tetapi saya tidak akan berputus asa dengan awak, dan begitu juga sesiapa yang menyokong anda. Selamanya di sisi kamu," ujarnya.




Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2022 03:37 AM | Show all posts
for sure we dont know what exactly happened but why suddenly she represents all women tho.............................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.050080 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list