CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 722|Reply: 7

Padah Gosok Mata, Wanita Cemas Tiba-tiba Lens 'Lesap' Dalam Mata

  [Copy link]
Post time 8-6-2022 04:13 PM | Show all posts |Read mode
Sumber: Tiktok Clarahnyh


Siapa di sini gemar memakai kanta lekap? Untuk pengetahuan semua, pemakaian kanta lekap kini menjadi satu trend. Kanta lekap bukan sahaja dipakai untuk memudahkan penglihatan, malah ramai yang memakainya untuk kelihatan  cantik. Namun tahukah anda kanta lekap juga boleh menjadi satu mimpi buruk kepada seseorang.


Itulah yang terjadi kepada seorang wanita dari Indonesia  sehingga membuatkan ramai panik. Wanita yang dikenali sebagai clarahnyh telah memuatnaik video berkenaan detik cemas itu di akaun Tiktok miliknya. Menerusi video tersebut, difahamkan wanita itu sedang buat live sambil memakai alat solek. Sebelum memakai alat solek, wanita itu telah memakai kanta lekap.





Namun tiba-tiba mata wanita itu terasa gatal dan dia terus  mengosok matanya. Selepas mengosok matanya dengan agak 'kasar', wanita itu terkejut apabila kanta lekap di mata kanannya telah hilang. Situasi itu menjadi semakin cemas apabila wanita itu menyedari bahawa kanta itu sebenarnya tersangkut pada bahagian atas matanya.


Akhirnya kanta itu dapat dikeluarkan apabila rakan kepada wanita itu membantunya.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati orang ramai agar tidak mengosok mata terlalu kuat apabila  memakai kanta lekap. -CARI


Sumber: Tiktok Clarahnyh







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2022 05:04 PM | Show all posts
Sendiri yang cari bala
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku yg ngilu tgk dia tonyoh kasar mcm tu. Ni mesti x biasa pakai lens
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 10:25 PM | Show all posts
laaa tonyoh pon softlen tu tetap ada dlm mata..just drop few eyesdrop nnt dia kuar la...xde bende pun...lainla mata tu rongga berlubang terus masuk perut haa tu mmg ptt gelabah cm lipassss
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngok.....

Klu jd mcm tu, kelip je mata byk kali nanti lens tu timbul le balik, bkn upload kat tiktok.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiba2 teringat pepatah alam disebalik mata.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2022 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Iolss penah kena mmg panik lah citer dia. Tp masalah iolss lens tu koyak sampai jd 3 bahagian. Alhamdulillah dpt keluar kan balik
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 11:17 AM | Show all posts
Leceh juga pakai contact lens. Pakai spek pun sama. Nak buat lasik entah bila.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.056357 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list