View: 2869|Reply: 45
|
[Tempatan]
Lelaki ini kata Penyeludupan adalah pekerjaan warisan, hanya melanggar undang undang ciptaan manusia bukan undang undang tuhan,Guna hasil seludup untuk sara keluarga
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 8-6-2022 08:21 AM
TUMPAT: Aktiviti penyeludupan atau penyelewengan minyak petrol bersubsidi yang kembali rancak kebelakangan ini menjadi salah satu punca kekurangan bekalan bahan api itu di negeri ini.
Penyeludupan secara individu itu dijalankan dengan membuat pembelian bahan api tersebut dalam kuantiti tertentu di stesen-stesen minyak di sekitar kawasan ini.
Individu itu menggunakan kenderaan persendirian dengan mengubah suai tangki selain menggunakan tong-tong jerikin bagi tujuan mengaut keuntungan lebih besar.
Difahamkan, individu terlibat mampu menjana pendapatan antara RM1,500 hingga RM3,000 sebulan bergantung kepada kekerapan membawa bahan api itu ke pangkalan haram untuk dijual ke negara jiran.
Setiap bulan dianggarkan lebih RM100,000 nilai subsidi yang diperuntukan kerajaan mengalir keluar ke negara jiran melalui aktiviti penyeludupan itu.
Harga petrol di Malaysia bernilai RM2.05 seliter menjadi pilihan utama rakyat negara jiran memandangkan mereka terpaksa membayar sekitar RM5.46 untuk seliter bahan api itu.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber yang mahu dikenali sebagai Chik, 47, berkata, permintaan tinggi dari negara jiran menarik minatnya untuk menjadikan aktiviti itu sebagai sumber pendapatan utama.
“Awalnya saya buat secara sambilan pada sebelah malam dan hari minggu. Namun selepas melihat hasilnya agak lumayan, saya memilih melakukan secara serius.
“Hasil penyeludupan itu digunakan untuk menyara isteri dan anak-anak selain mengukuhkan kantung kewangan keluarga,” katanya.
Chik memberitahu, penyeludupan adalah pekerjaan warisan yang diibaratkan sebagai isi dengan kuku oleh penduduk di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.
Katanya, seawal usia 11 tahun dia sudah didedahkan dengan aktiviti tersebut apabila melihat penduduk kampung mengambil upah memunggah beras seludup dari kawasan pangkalan haram ke stor simpanan.
“Kalau tidak petrol, kami bawa tepung dan minyak masak dari negara ini ke seberang sana (Thailand).
“Kerja ini hanya melanggar undang-undang ciptaan manusia sahaja dan bukan tuhan,” ujarnya.
Seorang lagi individu yang hanya mahu dikenali sebagai Ku berkata, sudah lebih 20 tahun dia menjalankan kegiatan itu dan hampir dicekup oleh anggota penguat kuasa namun berjaya meloloskan diri.
“Saya gembira apabila anak-anak tidak berminat mewarisi pekerjaan ini. Mereka memilih bekerja kilang di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang yang lebih menjamin masa depan,” katanya.
Sebelum ini tular dalam laman sosial mengatakan bekalan bahan api bersubsidi negara sering terputus di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.
Antara kawasan yang sering mengalami kekurangan bekalan ialah Pengkalan Kubor (Tumpat) dan Rantau Panjang (Pasir Mas). – UTUSAN
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
timbalan mb berpinar mata baca berita ni |
|
|
|
|
|
|
|
Marhaen pakai tong jer ...atasan seludup pakai tanker. |
|
|
|
|
|
|
|
Tumpat ni kat melaka kan..? |
|
|
|
|
|
|
|
Hairan. Bukan ada dalam quran wa sunnah kah tuntutan mentaati pemerintah? |
|
|
|
|
|
|
|
Dia tak fikir pula bila pembayar cukai tak reda dia & warga asing dapat untung hasil dari cukai yang mereka bayar tu. Lepas tu duit tu selamba bagi makan anak bini |
|
|
|
|
|
|
|
How i wish life is that simple |
|
|
|
|
|
|
|
Ni ka cara lobai pas ajar rakyat dia?
Seludup brg2 subsidi tu tak pa tak dosa pun
Janji bungkus semua pompuan2, apa2 hal tunding jari kt org lain |
|
|
|
|
|
|
|
Otak penuh tahi ke?
Duit minyak tu ada subsidi. Kau tak tengok ke berapa harga minyak luar negara tanpa subsidi???? Yang kau bagi free2 duit tu ke siam perut hijau tu pehal??? Elok la tu bagi duit haram dekat anak bini. Satu keluarga kena sumpah jadi pemakan pil kuda, minum ketum, tahi dadah la ambik hak orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
"negeri lain pun ada menyeludup, kenapa keluar berita pasal Ke*&%#n sahaja", ujar TMB
|
|
|
|
|
|
|
|
Lulus hukum hakam pakcik ni. Tak perlu belajar dah makan hasil subsidi rakyat penuhkan perut anak beranak |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 8-6-2022 09:55 AM
apabila Mulayu dah pandai berniaga....cara/cam cina.#Salute. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh berair mata Timb.MB Kelantan sambil ketap bibir.
|
|
|
|
|
|
|
|
Biasalah zaman kini semua bantai ikut peraturan sendiri tampa rasa bersalah yang lain semua mereka tolak tepi |
|
|
|
|
|
|
|
gitewww pemahaman pasal hukum undang2 |
|
|
|
|
|
|
|
Ada pesen naik muto pakai kepiah pi semejid.
Bila pulis tahan dan tanya, dia boleh jawab mana-mana pun boleh mati encik.... itu semua kuasa tuhan.
So, sama jaa dengan acuan pemahaman kaki seludup neh. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi mahu pertahan sistem subsidi?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sskjp ni otak mrk dh tak betul akibat dr sikap pemimpin2 yg pentingkn diri sendiri & ygsuka purak2 alim. |
|
|
|
|
|
|
|
ni salah 1 contoh yg corruption dlm negara kita mmg parah gila babi, dari level biawak sampai top brass mmg corrupt camano? semua nak short cut dpt duit sampai khianat negara & bangsa sendiri |
|
|
|
|
|
|
| |
|