CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 835|Reply: 0

Qabil Irfan tiada tandingan

[Copy link]
Post time 6-6-2022 05:26 PM | Show all posts |Read mode

Qabil Irfan menguasai Pusingan 1 Kejuaraan Siri MiniGP Malaysia di Sepang hari ini.

SEPANG: Seperti dijangka, pelumba cilik dari Terengganu, Qabil Irfan Azlan mendominasi kedua-dua perlumbaan Pusingan 1 Kejuaraan Siri MiniGP Malaysia yang berlangsung di Litar Kart Antarabangsa Sepang, hari ini.

Pelumba berusia 10 tahun itu menamatkan saingan 18 pusingan Perlumbaan 1 dengan catatan terpantas 17 minit 17.223 saat (s) sebelum mencatatkan masa lebih baik 17:14.853s pada Perlumbaan 2 untuk mendahului carta keseluruhan ketika ini.

"Syukur Alhamdulillah. Saya dapat kekal fokus dan mengawal motosikal dengan baik pada kedua-dua perlumbaan. Pada perlumbaan pertama, sedikit susah kerana litar basah namun saya dapat mengawal motosikal.

"(Secara keseluruhan), saya bersyukur kerana dapat kekal fokus dan melakukan yang terbaik (untuk kedua-dua perlumbaan)," kata Qabil ketika ditemui media selepas perlumbaan.


Pusingan 2 musim 2022 dijadual berlangsung di Litar Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dari 18 hingga 19 Jun ini dan juara Kejuaraan Junior SIC Ohvale musim lalu itu amat menantikan cabaran baharu yang bakal ditempuhinya nanti.

"Insya-Allah saya akan cuba yang terbaik untuk pusingan seterusnya," kata Qabil yang pada musim ini bertukar daripada jentera 110cc ke 160cc.

Musim 2022 bakal menyajikan lima pusingan perlumbaan di sekitar semenanjung Malaysia antaranya Litar Tangkak, Litar Universiti Utara Malaysia (UUM) berbanding sebelum ini hanya di Litar Kart Antarabangsa Sepang disebabkan pandemik COVID-19.

Keputusan

Pusingan 1 Kejuaraan Siri MiniGP Malaysia

Perlumbaan 1

1. Qabil Irfan Azlan 17:17.223s

2. Adi Putra Adi Anahar 17:29.269s

3. Adam Danial Abdul Fattah 17:39.738s

4. Muhamad Shah Putra Norshahrizan 17:41.208s

5. Muhammad Sharf Muhriz Noor Mohd Farhan 17:55.167s

Perlumbaan 2

1. Qabil Irfan Azlan 17:14.853s

2. Muhamad Akif Abdullah 17:29.748s

3. Muhammad Sharf Muhriz Noor Mohd Farhan 17:29.788s

4. Adi Putra Anahar 17:29.872s

5. Muhamad Shah Putra Norshahrizan 17:39.445s
https://www.bharian.com.my/sukan ... fan-tiada-tandingan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.511912 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list