CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 675|Reply: 0

Albon lakukan tugas dengan baik bersama Williams

[Copy link]
Post time 5-6-2022 01:25 PM | Show all posts |Read mode

ALBON dapat pujian dari Russell. FOTO Motosport Images

London: George Russell memuji Alex Albon kerana melakukan 'tugas yang luar biasa' sebagai penggantinya di Williams tahun ini dengan mengatakan dia sudah 'mengukuhkannya kedudukannya' dalam Formula Satu (F1).

Russell meninggalkan Williams selepas tiga musim pada penghujung tahun lalu untuk menyertai Mercedes yang mana dia menyertai program peringkat junior pada 2017.

Pada bulan terakhirnya bersama Williams, Russell cuba melobi dengan pihak pasukan untuk mengambil Albon mengantikan tempatnya selepas pelumba berdarah Inggeris-Thailand itu digugurkan dari F1 pada penghujung 2020 selepas berdepan musim sukar bersama Red Bull.

Selepas kembali beraksi sepenuh musim dalam F1 tahun ini, Albon mempamerkan aksi mengagumkan apabila meraih tiga mata untuk Williams walaupun pasukan itu bergelut untuk beraksi secara konsisten.

"Alex berjaya melakukan tugas yang luar biasa," kata Russell.

"Saya rasa jelas tiada rahsia yang dia hadapi ketika menempuh masa yang sukar di Red Bull, tapi saya rasa kami semua, malah mungkin termasuk Max (Verstappen) tahun betapa berbakatnya Alex.

"Kami semua berlumba antara satu sama lain sejak 2011. Alex lebih tua beberapa tahun daripada kami. Jadi dia semacam bersaing dengan (Nyck) pada masa itu di KF1, saya masih ingat dia sentiasa berada di sana."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ik-bersama-williams
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.061579 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list