CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 651|Reply: 0

Badminton Bola Sepak E-Sukan Hoki Permotoran Sukan Lain Quartararo fokus pertahan kejuaraan dunia

[Copy link]
Post time 4-6-2022 10:58 AM | Show all posts |Read mode

QUARTARARO pada sidang media menjelang GP Catalunya. FOTO AFP

Montmelo: Fabio Quartararo tampil pada Grand Prix (GP) Catalunya minggu ini dengan fikiran yang tenang serta boleh fokus kepada usaha mempertahankan gelaran dunianya selepas selepas menamatkan spekulasi mengenai masa depannya.

Pelumba Perancis itu sudah mengumumkan lanjutan kontrak selama dua tahun lagi bersama Yamaha menjelang perlumbaan pusingan kesembilan itu.

Quartararo berkata, ia adalah keputusan besar yang diambilnya selepas turut mengadakan perbincangan dengan pengeluar lain.

"Seperti yang anda boleh bayangkan, kami tidak bercakap hanya dengan Yamaha saja, dan saya mengambil masa kerana pada satu ketika fokus saya ke arah yang lain," katanya.

Jaminan pengeluar dari Jepun itu untuk meningkatkan prestasi enjin mendorong pelumba berusia 23 tahun itu kekal bersama pasukan sekarang.

Quartararo menduduki tempat kedua di belakang Francesco Bagnaia di Itali Ahad lalu selepas memulakan aksi di tempat keenam dalam perlumbaan yang disifatkannya sebagai antara terbaik dalam kariernya.

Keputusan berkenaan meletakkan Quartararo lapan mata di hadapan Aleix Espargaro, yang menang di Argentina dan menduduki podium dalam empat perlumbaan seterusnya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... han-kejuaraan-dunia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.076320 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list