CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1151|Reply: 8

"Terbaik Abang India Itu," Lelaki Acu Pisau Kepada Pekerja Kedai Makan

[Copy link]
Post time 31-5-2022 06:05 PM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini, ada video tular di TikTok yang memaparkan seorang lelaki yang merupakan pelanggan di sebuah kedai makan di Sungai Petani, membuat kecoh di kedai kerana tidak dilayan oleh pekerja kedai makan itu.

kredit foto: TikTok



Melihat video itu, menunjukkan detik pergaduhan yang hampir berlaku apabila pelanggan tersebut mengacu pisau kepada pekerja kedai makan itu.



Difahamkan, pelanggan itu tidak berasa puas hati dengan tindakan pekerja di kedai makan tersebut yang membiarkannya menunggu pesanan diambil sebaliknya pekerja itu terus ke meja lain, tetapi situasi itu berjaya diredakan dengan kehadiran seorang lelaki berbangsa India yang berada di tempat kejadian itu.

Kredit foto: TikTok



Meninjau di komen pula, ramai netizen memuji lelaki berbangsa India itu kerana meredakan situasi tersebut dengan pantas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2022 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Lapaq sgt2 tuu..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2022 08:38 PM | Show all posts
pengalaman aku kerja kedai makan dulu

customer jenis ni, dah marah, mengamuk kat tempat lain. family problem ke, tempat kerja ke, gaduh bf gf ke, pastu masuk kedai makan, belum reda lagi marahnya

waiter dah la 2 kerat je, yang tu la nak amik order, yang tu la nak hantar makanan, yang tu la nak lap meja, yang tu la jugak cashier, yang tu la jugak buat air. kesian dia. short staff kan. budak2 sekarang mana nak keja kedai makan. penat dan gaji kecik katanya, tak berbaloi

kadang waiter tengah busy tend customers lain, atau tengah hantar makanan, dia pun letih tak makan lagi, tak sempat rehat, berlari ke hulu ke hilir, tiba2 je customer mengamuk marah.

lets be honest, ada orang memang sengaja jadikan waiter tu beg tinju diorang.

ada orang memang pandang rendah pada pekerja kedai makan, bertindak biadab

customers macam ni memang dapat ludah dalam minuman, kahak dalam makanan

kalau gi dating, bawak partner tu pegi kedai makan
tengok camane dia layan waiter. kalau dengan waiter pun dia layan macam sampah, jangan expect la jadi partner dia nak layan ko elok. apentah lagi sebagai suami/ isteri. gituuu

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2022 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhh. Smooth je dia amek pisau tu
Apek tu punnn, dah lapar sgt ke smp berhunus hunus
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2022 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Adrif: pengalaman aku kerja kedai mak ...


Haha, bab nak pilih suami or bini tu betullll,

Testing g kedai makan, tgok adab dia layan waiter,

Bl makanan smpai, ucap terima kasih tak ?

Anak2 aku skrg ni sejak PKP, kat rumah ni, asal aku hidang makanan, ckp tq umi, caiq aku...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2022 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Adrif: pengalaman aku kerja kedai mak ...

Dah tokey kedek....bayar 30_40 jer..memang la orang tak nak..pastu terus bandingkan dengan bangla pulak rajin..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2022 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
aku rasa brader tu pun mesti ada background geng mana2.. kalau org awam biasa rasanya tak sape yg nk ambik risiko pi ambik pisau tu..paling2 pun mulut jee yg berbunyi
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 05:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow bukan sia2 berbadan beso. Berani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2022 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Jaga nafsu amarah tu, kelak memakan diri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.061956 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list