CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1117|Reply: 2

Terima kasih abang bomba selamatkan Labu dan Oyen

[Copy link]
Post time 31-5-2022 04:47 PM | Show all posts |Read mode

Labu (kiri) dan Oyen. FOTO Ihsan Abdul Halim

Johor Bahru: "Terima kasih abang bomba kerana beri bantuan pernafasan dan selamatkan Labu," kata Abdul Halim Ibrahim, 45, pemilik dua kucing yang diselamatkan anggota bomba dalam kebakaran sebuah kedai berdekatan Apartmen Larkin Indah di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, dua kucing dibela Abdul Halim ditemukan dalam keadaan lemah di tepi tangga kedai yang terbakar itu akibat terhidu asap tebal.

Menurut jurujual tong gas memasak itu, kucing yang diberi nama Labu itu ditemukan tidak bergerak sebelum diberikan bantuan pernafasan oleh anggota bomba manakala seekor lagi kucing bernama Oyen ditemukan dalam keadaan lemah.

Katanya, ketika kejadian dia tiada di kedai kerana menghantar tong gas dan mengetahui kebakaran berlaku selepas dimaklumkan oleh rakannya.

"Ketika sampai di kedai saya nampak Labu tidak bergerak dan sedang diberi bantuan pernafasan oleh anggota bomba. Luluh hati saya lihat keadaannya, ingatkan mereka sudah mati.

"Oyen waktu itu masih sedar selepas disiram air, tetapi lemah. Saya memang bawa mereka ke tempat kerja dan letak mereka dalam sangkar di tangga tepi kedai kerana di rumah tidak ada orang untuk menjaga mereka," katanya yang tinggal di Kempas dekat sini.

Menurut Abdul Halim, keadaan Labu paling lemah kerana Labu baru berusia setahun, manakala Oyen berusia lima tahun.

"Alhamdulillah semua kucing saya itu semakin pulih dan saya amat berterima kasih kepada anggota bomba yang menyelamatkan mereka," katanya.

Terdahulu tular di media sosial hari ini dua kucing diselamatkan anggota bomba dalam kebakaran sebuah kedai.

Dalam video berdurasi, 25 saat itu memaparkan keadaan dua kucing yang basah dan tercungap-cungap selepas diselamatkan anggota bomba di dalam sangkar berdekatan lokasi kebakaran di Apartmen Larkin Indah semalam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... atkan-labu-dan-oyen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2022 05:10 PM | Show all posts
syian labu dengan oyen..

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 11:30 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-2-2023 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.087860 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list