CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 624|Reply: 0

Marquez terlepas saingan MotoGP musim ini

[Copy link]
Post time 30-5-2022 05:06 PM | Show all posts |Read mode

MARQUEZ terpaksa menjalani pembedahan bahu menyebabkan dia perlu berehat panjang dan mengakhiri musim ini dengan lebih awal. – AFP


SAN PIERO – Malang terus me­nimpa pelumba pasukan Repsol Honda, Marc Marquez apabila terpaksa melupakan baki sai­ngan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini kerana perlu menjalani pembedahan.

Justeru, Grand Prix (GP) Itali di Litar Mugello akan menjadi perlumbaan terakhirnya musim ini sebelum berangkat ke Amerika Syarikat (AS) bagi menjalani pembedahan bahu kanannya buat kali keempat.

Dia yang merupakan juara dunia MotoGP enam kali berkata, keputusan itu terpaksa dibuat selepas mengambil kira keadaan semasa selain sudah memikirkan perkara tersebut sejak Oktober tahun lalu.

“Sejak kembali ke litar selepas pembedahan sebelum ini, saya rasa kemampuan agak terhad, tetapi saya tidak pernah me­ngaku kalah. Saya hanya cuba untuk berikan aksi terbaik serta mengikut saranan doktor.

“Bagaimanapun, saya sedar saya langsung tidak dapat menikmati saingan musim ini kerana lebih banyak menanggung sakit. Keadaan ini menyebabkan bahu kiri mula terkesan kerana terlalu bergantung kepadanya,” kata Marquez.

Tambah pelumba Sepanyol itu lagi, dia mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan keempat selepas mendapati prestasinya tidak menunjukkan sebarang peningkatan pada musim ini.

“Sebenarnya doktor beritahu tulang saya belum benar-benar pulih dan ia sangat berisiko. Saya bekerja keras sepanjang empat bulan ini, namun tidak ada sebarang peningkatan,” ujarnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... n-motogp-musim-ini/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.159903 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list