CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 368|Reply: 0

[Perlis] Malaysia berjaya tanam 33 juta pokok

[Copy link]
Post time 29-5-2022 04:40 PM | Show all posts |Read mode

Tuanku Syed Faizuddin (tiga dari kiri) berkenan menyempurnakan pelancaran Program Kembara Hijau bersama Himpunan Outdoorians Malaysia sempena Kempen Penghijauan Malaysia dan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perlis 2022 di Kompleks Basikal Lasak, Sungai Batu Pahat hari ini. FOTO BERNAMA

Kangar: Malaysia berjaya menanam 33 juta pokok sejak pelancaran Kempen Penanaman 100 Juta Pokok pada 5 Jun 2021, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata 33 juta pokok itu merangkumi lebih 1,000 spesies pokok di seluruh negara.

"Perlis juga tidak ketinggalan apabila sehingga kini berjaya menanam 120,399 pokok iaitu bersamaan 60.20 peratus daripada sasaran 2022," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Kembara Hijau bersama Himpunan Outdoorians Malaysia (HOM) sempena Kampen Penghijauan Malaysia dan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perlis di sini hari ini.

Berangkat ke majlis Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KetSA) Datuk Rosli Isa dan Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Datuk Indera Mohd Ridza Awang.

Takiyuddin berkata sehingga kini Malaysia masih mengekalkan 55.3 peratus atau 18.27 hektar daripada keluasan tanah negara dengan kawasan berhutan selaras dengan komitmen negeri di peringkat antarabangsa.

"Suka saya maklumkan KetSA telah membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 untuk bacaan pertama pada 3 Mac 2022," katanya dan menambah bacaan kali kedua dan ketiga dijangka berlangsung semasa persidangan Parlimen Julai ini.

Beliau berkata untuk makluman, perundangan ini mengambil masa hampir 13 tahun untuk dimuktamadkan dan akhirnya dibawa ke Parlimen.

"Antara penambahbaikan utama adalah memperketatkan prosedur pewartaan keluar dan penggantian hutan simpan kekal (HSK) dengan memperkenalkan penyiasatan awam dan penggantian serentak bagi HSK yang dibawa keluar," katanya.

Takiyuddin berkata usaha ini merupakan manifestasi komitmen untuk mengekalkan 50 peratus daripada kawasan negara sebagai kawasan berhutan.

"Saya berharap dengan lulusnya RUU ini nanti perundangan perhutanan negara akan lebih mantap," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tanam-33-juta-pokok

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.058156 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list