CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 364|Reply: 0

[Kedah] Hampir 300,000 premis dapat akses capaian gentian optik

[Copy link]
Post time 29-5-2022 10:15 AM | Show all posts |Read mode
Sungai Petani: Sebanyak 298,746 premis di negeri ini sudah mendapat akses kepada capaian gentian optik yang dilaksanakan di bawah fasa pertama Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela).

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata setakat suku pertama tahun ini kelajuan purata jalur lebar mudah alih di Kedah pula telah meningkat kepada 34.65 megabit per saat (Mbps).

"Liputan jalur lebar mudah alih 4G di kawasan berpenduduk di Kedah telah meningkat kepada 97.89 peratus. Di Merbok pula, setakat suku pertama 2022 mencatatkan 99.82 peratus.

"Jadi maknanya kita meninjau liputan dan kita akan menambah baik lagi liputan di Kedah untuk kita bantu kembangkan ekonomi yang memerlukan 'kesalinghubungan'," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di sini hari ini.

Katanya, di bawah pelan Jendela yang akan dilaksanakan sehingga 2025, pihaknya mensasarkan liputan jalur lebar seluruh negara dipertingkatkan kepada 100 peratus.

Bagaimana pun Zahidi berkata proses meningkatkan liputan di sesetengah kawasan mungkin mengambil sedikit masa terutama jika berkaitan dengan pengambilan tanah untuk pembinaan menara telekomunikasi.

"Jadi kita ada pelan sandaran untuk kita gunakan satelit, kalau enam bulan lagi kita ada satelit, enam bulan lagi seluruh kawasan akan dapat liputan, ini antara usaha kita," katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai majlis kemuncak Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 di Melaka, esok Zahidi berkata sambutan tersebut merupakan pengiktirafan kepada sumbangan besar pengamal media di negara ini.

Beliau berkata kementeriannya yang bertanggungjawab bagi industri media di negara ini bercadang mengusulkan kepada kerajaan untuk menyediakan bantuan atau faedah yang sesuai kepada golongan media yang menghadapi kesusahan atau kemalangan dalam melaksanakan tugas mereka.

"Jadi kita minta pada sambutan itu nanti, apa cadangan daripada wartawan kepada kerajaan terutama kepada kementerian dalam kita membela nasib wartawan dan memberi pengiktirafan kepada wartawan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... paian-gentian-optik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.061489 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list