CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 493|Reply: 1

[Kedah] Tetamu tak diundang

[Copy link]
Post time 29-5-2022 10:15 AM | Show all posts |Read mode

AFEEF Hamizan melayan vlogger wanita China yang datang ke rumah datuknya di Kampung Kuala Kurau pada Syawal lalu. FOTO Ihsan Afeef Hamizan Mohd Huzaizi

Jitra: Pelajar tingkatan empat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kubang Pasu, Afeef Hamizan Mohd Huzaizi bukanlah satu-satunya anak Melayu yang fasih bertutur bahasa Mandarin. Bagaimanapun, videonya bertutur dengan vlogger wanita berasal dari Wuhan, China yang dimuat di TikTok menarik perhatian ramai hingga meraih sejuta tontonan.

Berkongsi kisah sebenar, Afeef Hamizan, 16, mengakui tidak mengenali vlogger itu dan baru berkenalan ketika wanita berkenaan bertandang ke rumah datuknya di Kampung Kuala Kurau, Perak pada Syawal kedua lalu.

"Vlogger itu datang mengejut ke rumah datuk saya pada kira-kira jam 8.30 hingga 10 pagi. Difahamkan, dia berjalan di sekitar kampung dan singgah ke rumah datuk kerana tertarik dengan rumah datuk saya.

"Ayah cuba bercakap dengannya dalam bahasa Inggeris namun wanita itu tidak faham jadi ayah kejutkan saya bangun daripada tidur kerana saya saja boleh bercakap bahasa Cina (Mandarin)," katanya ketika dihubungi Metro Ahad.

Menurut Afeef Hamizan, keluarganya sempat menjamu wanita itu dengan hidangan raya dan dia turut menunjukkan vlogger berkenaan ketupat serta cara menikmatinya.

Selain itu, Afeef Hamizan turut membawa wanita berkenaan berjalan di sekitar rumah sambil bersembang dalam bahasa Mandarin.

"Banyak yang kami bualkan, malah dia turut bertanya kepada saya bagaimana boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dan merakam video saya.

"Sebelum pulang, dia ada minta nombor telefon saya dan mengundang saya ke rumahnya yang tinggal bersama suami dan anaknya di Pulau Pinang. Keesokan harinya iaitu pada Syawal ketiga, saya muat naik video di TikTok dan sekadar kongsi untuk kenangan saja, namun lain pula jadinya apabila dapat banyak tontonan hingga mencecah sejuta dalam masa beberapa hari saja," katanya yang sudah berkunjung ke rumah vlogger itu dan sempat merakam video soal jawab daripada pengikutnya.



AFEEF Hamizan bergambar kenangan ketika ke rumah vlogger wanita China di Pulau Pinang. FOTO Ihsan Afeef Hamizan Mohd Huzaizi

Menceritakan latar belakangnya, Afeef Hamizan berkata, dia fasih bertutur bahasa Mandarin kerana sudah mempelajarinya sejak dimasukkan ke tadika Cina ketika berumur lima tahun lagi.

"Pada mulanya memang mencabar kerana tidak faham bahasa Mandarin. Jadi, saya hanya dapat bersembang dengan rakan Melayu saja, itu pun dua ke tiga orang saja.

"Habis tadika, saya dimasukkan pula ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Yu, Kepala Batas, Pulau Pinang dan dikelilingi 90 peratus rakan berbangsa Cina.

"Memandangkan setiap hari saya bertutur dalam bahasa Mandarin, lama kelamaan jadi fasih.

"Lapan tahun juga saya dapat pendidikan di sekolah Cina sebelum dimasukkan ke MRSM Kubang Pasu, jadi perlu membiasakan diri pula belajar dalam bahasa Melayu serta Inggeris," katanya yang juga anak sulung daripada tiga beradik.

Afeef Hamizan berkata, buat masa ini dia belum bersedia membuka kelas bahasa Mandarin walaupun ada permintaan daripada individu sekeliling.

"Tak terfikir lagi untuk menjadi guru bahasa Mandarin namun jika ada yang bertanya makna perkataan tertentu, saya akan jawab saja. Lagipun, saya sendiri masih belajar dan anggap diri ini biasa-biasa saja," katanya yang berhasrat menyambung pengajian dalam bidang pergigian jika ada tawaran kelak.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tetamu-tak-diundang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2022 02:53 PM | Show all posts
bagus dik...cita2 jd doktor gigi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.398606 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list