CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12083|Reply: 193

[Tempatan] Tia hilang ketika majlis raya di rumah rakit. Update #43 Tia ditemukan lemas

  [Copy link]
Post time 28-5-2022 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by LoveSungmin at 29-5-2022 01:05 PM

Budak perempuan hilang ketika majlis raya di rumah rakit
Bernama - May 28, 2022 4:06 PM

Siti Nur Athhiyya Soffea Mohamad Sukri hilang ketika majlis hari raya anjuran keluarganya.
KUANTAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun empat bulan didakwa hilang semasa berada di majlis hari raya anjuran keluarganya di rumah rakit di Bukit Rangin di sini, malam tadi.

Ketua Polis Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata Siti Nur Athhiyya Soffea Mohamad Sukri dilaporkan kali terakhir dilihat bapanya pada 11.15 malam.

Nur Athhiyya yang merupakan anak tunggal memakai baju kurung berwarna merah di majlis itu.

“Bapanya mendakwa telah bertanya mengenai anaknya kepada semua tetamu yang hadir, namun tiada yang mengaku melihat kanak-kanak itu menyebabkan bapanya membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zahari berkata, usaha mencari Nur Athhiyya giat dijalankan dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dengan siasatan dijalankan mengikut semua kemungkinan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani, berkata pihaknya mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sungai dan sekitar tebing berhampiran rumah rakit itu pada 3.23 pagi tadi.

SAR diaktifkan dengan mengambil kira kemungkinan kanak-kanak itu terjatuh dari dua rumah rakit kepunyaan bapanya, yang mempunyai jambatan kayu di bahagian tengah untuk menghubungkan kedua-dua rumah tersebut.

'Ikut gerak hati saya, Tia masih hidup'
Asrol Awang
am@hmetro.com.my

Kuantan: Naluri sebagai seorang bapa, Muhammad Sukri Ali tetap merasakan anak perempuannya masih hidup selepas kanak-kanak itu didakwa hilang ketika majlis hari raya di rumah rakit di Bukit Rangin di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, Muhammad Sukri, 50, reda dengan sebarang kemungkinan jika sesuatu berlaku kepada Siti Nur Athhiyya Soffea yang baru berusia tiga tahun itu.

"Gerak hati saya dapat merasakan Tia (nama timangan Siti Nur Athhiyya Soffea) tidak terjatuh ke dalam sungai kerana Tia sudah biasa dan membesar di kawasan rumah rakit di sini.

"(Tidak dinafikan juga) memang Tia seorang kanak-kanak yang lincah dan ceria. Pada masa sama, Tia tidak akan ikut orang yang tidak dikenali," katanya ketika ditemui di rumah rakit di Bukit Rangin, di sini hari ini.

Berdasarkan laporan, Siti Nur Athhiyya Soffea dilaporkan kali terakhir dilihat bapanya pada 11.15 malam.

Ketika kejadian, Siti Nur Athhiyya Soffea memakai baju kurung merah di majlis itu.

Muhammad Sukri memiliki dua rumah rakit yang terletak di atas Sungai Bukit Rangin dan dihubungkan dengan jambatan kecil yang diperbuat daripada kayu.

Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kerana kemungkinan kanak-kanak itu jatuh dalam sungai.

Menceritakan kejadian, sebelum menyedari kehilangan anak perempuannya itu, Muhammad Sukri berkata, kebiasaannya Siti Nur Athhiyya Soffea akan tidur sekitar 2 atau 3 petang.

Bagaimanapun, katanya, mungkin disebabkan ada majlis hari raya, anaknya tidak tidur petang semalam.

"Saya harap anak saya ditemukan dan terima kasih kepada semua agensi yang terbabit dalam operasi mencari," katanya.

Disiarkan pada: Mei 28, 2022 4:47pm

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2022 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru nampak laporan berita kes ni tadi di Youtube.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga segera dijumpai dgn selamat. Hmmm....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku google gambar rumah rakit tu, seram tengok sungai dia. Macam keruh dan dalam. Kalau aku yang tua ni jatuh pun lemas. Tak reti berenang dan susah nak apungkan diri dalam air tawar. Air pun macam teh susu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 10:33 PM | Show all posts
rumah yg ada kolam renang pon bahaya tau
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam terjatuh je budak tu.
Mak ayah sibuk melayan sampai tak terjaga anak sendiri.
Huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2022 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
I nak komen jujur kat sini sbb takleh jujur kt fb sana

Makpak bodo cuai bengap tak reti jaga anak
Budak kecik kot , dgn lewat malam tak tido lagi
Pastu sibukkk sgt ke makpak smpai x peduli anak ada mana dgn sapa
Kat tempat bahaya cmtu plak tu
Serius la sangat menyakit hati baca pasal kecuaian cmni
Sama cuai dgn mak yg biar budak kecik ikut kakak smpai kena gilis bas tu
Ntah apa2 la haih
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Den nk kecam jugak..xkira..walaupun takdir...dah tau nak buat Majlis kat tempat, yg BG den agak bahaya..sungai kut..pastu buat Majlis waktu Malam..siang2 xboleh ke?? Dari nak suka2, Kan dah berduka..apolah..binawe betul..ni bkn tuju kpd sesiapa..tp dlm keluarga den sndr pun..kdg bile kite nasihat ke ape..supaya berfikir akibat Dan kesan..nmpk muka mencebik..tanda xsukala kite nasihat...ko ingat Aku kesah??? Ada Aku kesah?? sbnrnya den kesah jugak sikit..yela..ape2 terpalit juga...tahla labu..so pakcik..bertabahla ye..redha jela dgn segala kemungkinan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2022 10:47 PM | Show all posts
clarizsa replied at 28-5-2022 10:43 PM
I nak komen jujur kat sini sbb takleh jujur kt fb sana

Makpak bodo cuai bengap tak reti jaga anak

kan! cuba kalau bawah jagaan pengasuh, mesti kena lokap walau atas alasan yang sama, CUAI.
makpak ke, pengasuh ke, atok nenek ke, kalau CUAI, semua kena lokap.
takde sape sengaja pilih untuk cuai, jadi sape yang cuai harus kenalah
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 28-5-2022 10:17 PM
Aku google gambar rumah rakit tu, seram tengok sungai dia. Macam keruh dan dalam. Kalau aku yang tua ...

Tu la sg kuantan..mmg Dalam..air pun xkan jernih..dgn projek perumahan yg xabis kat Bukit rangin Tu..Nama jer Bukit, bukitnya DH xde..kene Tarah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga anak ni dijumpai hrp tak terjatuh la.
segala cercaan dah disampaikan forumer2 kat atas.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa replied at 28-5-2022 10:43 PM
I nak komen jujur kat sini sbb takleh jujur kt fb sana

Makpak bodo cuai bengap tak reti jaga anak

Yang ikut si kakak tu, katanya mak ayah kerja.
Adik beradik tu dijaga oleh si nenek.
Iols syak si kakak keluar berlari naik bas tp lupa tutup pintu
atau gril.

Sian pula pada driver bas tu.
Dia tak bersalah kan
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa replied at 28-5-2022 10:43 PM
I nak komen jujur kat sini sbb takleh jujur kt fb sana

Makpak bodo cuai bengap tak reti jaga anak

Komen jer jujur kat fesbuk tuh..nk takut apa..bukan masuk neraka pun
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga adik ni ditmukn selamat. tmpt2 berisiko mcm tu nape la dbiar ank tnpa pngawasan
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa replied at 28-5-2022 10:43 PM
I nak komen jujur kat sini sbb takleh jujur kt fb sana

Makpak bodo cuai bengap tak reti jaga anak

Aku nk tambah.....

Anak tunggal pun tak blh jaga.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga budak neh ditemukan
Dlm keadaan selamat amin
Kesian yer dh leh anak tunggal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2022 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
msdummy.2018 replied at 28-5-2022 11:09 PM
Komen jer jujur kat fesbuk tuh..nk takut apa..bukan masuk neraka pun

kat fesbuk, semua harus redha.. takdir Allah dah tertulis.. parents yang merasa kehilangan, beri ruang untuk mereka bertenang
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikut siapa plak budak ni? Janganlah sambil lewa jaga anak, dahlah sorang je.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa replied at 28-5-2022 10:43 PM
I nak komen jujur kat sini sbb takleh jujur kt fb sana

Makpak bodo cuai bengap tak reti jaga anak

Setuju yakamat gan  kata2 chouls
Mmg kecuaian jelas kat situ
Budak 3thn belum berakal ler
Walupun pun dh biasa tempat tuh
Bahaya dimana2 silap sikit
boleh menangis
Sebab tuh ler iols yg ada anak kecik
Kalau pergi mana2 rumah sedara
Nak2 lgi open house neh smua
Mmg iols pastikan anak2 berkepit jer sma iols
Nak g toilet keh nak kluar bermain keh
Mmg iols ikut sekali tengok
Ada yg tegur over protected gan anak
iols bolayan jer
Anak iols sukahati iols ler
Demi keselamatan anak iols
Kalau benda boleh ler diganti
So pikir2 ler sendiri
Iols lebih syg kan anak dri dgr ckp org
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Geram gak la baca, redho sebab tau salah sendiri. Mak bapak pun tau tempat bahaya, ada risiko jatuh sungai lagi dibiarkan bdk kecik tu tanpa pengawasan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.107894 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list