CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 271|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tingkat pengeluaran elak kebergantungan import makanan

[Copy link]
Post time 28-5-2022 08:04 PM | Show all posts |Read mode
Tingkat pengeluaran elak kebergantungan import makanan
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 28 Mei 2022



Tze Tzin (dua dari kiri) ketika meninjau bekalan ayam di Pasar Awam Bayan Baru pada Sabtu.


GEORGETOWN - Kerajaan digesa meningkatkan kapasiti pengeluaran rantaian makanan dalam negara bagi mengelakkan kebergantungan pasaran import.


Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, negara akan berdepan situasi isu sekuriti makanan jika terlalu bergantung kepada pasaran luar sekali gus lonjakan kenaikan harga barang boleh berlaku apabila negara pengimport terjejas bekalan.


Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, kadar import makanan negara dilaporkan RM55 bilion setahun dan jumlah berkenaan mungkin meningkat jika kerajaan tidak mengambil langkah drastik memantapkan pertanian serta penternakan.


“Maklum balas diterima daripada peniaga ayam di sini (Bayan Baru) mendapati berlaku isu kekurangan bekalan masih belum selesai. Ramai mereka mendakwa hanya menerima 50 peratus bekalan daripada jumlah tempahan sebenar.


“Jadi saya gesa kerajaan mencari jalan penyelesaian kerana pemansuhan permit import (AP) yang diumumkan oleh kerajaan dilihat baik tetapi tidak membawa kesan yang banyak," katanya ketika melakukan tinjauan ayam mentah di Pasar Awam Bayan Baru pada Sabtu.


“Penternak tempatan mempunyai kebolehan membekalkan rantaian makanan jika kerajaan memberikan penyelesaian yang optimum termasuk dalam bentuk teknologi,” katanya


Tze Tzin menggesa kerajaan memberikan penjelasan halu tuju rantaian makanan sama ada pemberian subsidi 60 sen untuk sekilogram ayam yang diberikan selama ini akan dinaikkan atau sebaliknya.


“Berbaki seminggu lagi untuk Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia (SKHKM) berakhir iaitu 4 Jun jadi mereka (penternak atau pembekal) menunggu pengumuman kerajaan.


“Pengumuman itu penting kerana landskap pasaran ayam kini telah berubah susulan kenaikan kos ternakan selain SKHKM kali ini merupakan terpanjang dalam sejarah negara,” ujar beliau.


Media tempatan sebelum ini melaporkan, kerajaan dicadangkan memiliki ladang ayam bagi memastikan bekalan bahan mentah itu sentiasa stabil di negara.


Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, ladang ayam berkenaan berkemungkinan boleh diuruskan oleh syarikat berkaitan kerajaan atau agensi yang memiliki kepakaran dalam bidang penternakan.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ngan-import-makanan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.051334 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list