CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
View: 130|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bekalan ikan kurang salah kerajaan: ADUN Permatang Pasir

[Copy link]
Post time 28-5-2022 08:02 PM | Show all posts |Read mode
Bekalan ikan kurang salah kerajaan: ADUN Permatang Pasir
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 28 Mei 2022




Mohd Faiz


PERMATANG PAUH - Masalah kekurangan ikan ketika ini didakwa berpunca daripada pengurusan dan pengendalian agensi kerajaan yang terlibat sehingga memberi kesan kepada pengguna..


Bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Mohd Faiz Fadzil turut mendakwa kegagalan kerajaan memastikan aset dan mesin yang diperlukan seperti peti simpanan sejuk beku dijaga serta diselenggara dengan baik.


Jelasnya, pendedahan Pengerusi LKIM, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mengenai agensi berkenaan yang tidak melakukan simpanan ikan sejuk beku disebabkan masalah birokrasi dalaman itu memalukan kerajaan.


"Isu yang timbul sejak sekian lama adalah di bawah tanggungjawab agensi berkaitan dan perkara itu sepatutnya diatasi segera.


"Apa yang berlaku sekarang disebabkan kelemahan Kementerian Pertanian dan Industri makanan serta LKIM sendiri yang tidak bertindak awal dan mengambil langkah proaktif mendepani masalah seperti ini.


"Kita ada menteri dan dua timbalan menguruskan hal ini namun ia gagal ditangani dengan baik malah tidak sepatutnya ada karenah birokrasi yang akhirnya menyebabkan rakyat menjadi mangsa," katanya.


Mohd Faiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Parti Amanah Negara Pulau Pinang di Permatang Pasir, pada Sabtu.


Hadir sama, Pengerusi Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Pengerusi Amanah Pulau Pinang, Datuk Roslan Ahmad


Sebelum ini media melaporkan tiada simpanan sejuk beku di kilang LKIM bagi menampung kekurangan ikan di pasaran menyebabkan kenaikan harga ikan ketika ini.


Syed Abu Hussin mengakui terkilan apabila LKIM tidak membuat simpanan ikan sejuk beku disebabkan masalah birokrasi dalaman kerajaan yang berlanjutan.


“Selepas saya dilantik Pengerusi, saya sering menekankan stok penyimpanan ikan namun LKIM tidak melaksanakannya.


“Kita mempunyai kilang sejuk beku tapi langsung tidak berfungsi sepenuhnya. Tempat simpanan sejuk beku yang boleh memuatkan 1,000 tan metrik ikan ada tapi terbiar,” katanya.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... DUN-Permatang-Pasir
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

14-8-2022 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.078163 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list