CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
12Next
Return to list New
View: 1921|Reply: 33

[Dunia] Nak Tarik Pekerja Dari Malaysia, Restoran Di Singapura Tawar Gaji Cuci Pinggan Sehingga RM 11000 Sebulan.Korang teruja?

[Copy link]
Post time 28-5-2022 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 28-5-2022 12:27 PM

Beberapa pemilik restoran di Singapura mendakwa berdepan kesukaran untuk mencari pekerja bagi mengisi kekosongan jawatan kosong pencuci pinggan di presmis perniagaan masing-masing, sehingga terpaksa menawarkan gaji mencecah RM 11000 sebulan.

Menurut laporan portal Must Share News, jawatan kosong sebagai pencuci pinggan itu ada yang tidak terisi untuk tempoh yang begitu lama. Bagaimanapun, masalah berkenaan berjaya diatasi selepas beberapa pemilik restoran menaikan tawaran gaji mencecah nilai lima angka itu.

Namun begitu katanya, mereka masih perlu menunggu untuk tempoh yang lama, ada antaranya sehingga sebulan, walaupun gaji yang ditawarkan jika ditukar ke matawang Ringgit Malaysia sebenarnya cukup lumayan.

Lapor Must Share News lagi, pemilik restoran sebenarnya sudah sekian lama berdepan kesukaran untuk mencari pekerja, lebih-lebih lagi dalam kalangan pekerja tempatan yang berminat untuk terlibat dalam industri tersebut.

Rata-rata warga tempatan tidak berminat untuk mengisi kekosongan kerja tersebut, misalnya sebagai pencuci pinggan kerana menganggap perkerjaan berkenaan sebagai bertaraf rendah.

Oleh kerana itu, mereka amat bergantung kepada tenaga kerja asing, khususnya dari Malaysia, namun begitu dengan situasi pandemik Covid-19 yang melanda dunia baru-baru ini, keadaan menjadi semakin sukar untuk mencari pekerja.

Ini disebabkan ramai pekerja yang memilih untuk pulang ke negara masing-masing selepas pintu sempadan dibuka selain tindakan kerajaan yang mengetatkan polisi pengambilan pekerja asing turut menyukarkan keadaan.

Selain itu, pemilik restoran juga terpaksa membayar gaji yang lebih tinggi sekiranya mengupah pekerja pencuci pinggan melalui agensi pembersihan. Sekiranya memilih perkhidmatan ini, mereka terpaksa membayar sehingga RM 12,700 sebulan beserta bonus yang boleh mencecah sehingga RM 9,000 sebulan kepada agensi pembersihan bagi setiap pekerja.

Mereka terpaksa menggunakan perkhidmatan pencuci pinggan daripada agensi pembersihan memandangkan berdepan kesukaran untuk mencari sendiri pekerja. Rata-rata pemilik restoran memaklumkan mereka memerlukan sekurang-kurangnya dua orang pencuci pinggan untuk bekerja di restoran masing-masing.

Bagaimanapun, ada juga restoran yang memilih untuk menawarkan gaji yang lebih rendah, tetapi dengan tawaran bonus prestasi yang tinggi.

Misalnya, pemilik kepada tiga buah restoran makanan barat di Singapura ini menawarkan gaji pencuci pinggan RM 8,283 sebulan dengan bonus menandatangani kontrak RM 6,371. Pekerja-pekerja ini juga akan diberikan bonus bulanan sehingga RM 3,185 sekiranya menunjukkan prestasi yang baik

Sumber: Must Share News, Zaobao.sg

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 12:28 PM | Show all posts
Mahal juga gajinya. Terfikir juga kalau gaji tinggi begini, bukan ke lebih baik pemilik restoran beli mesin pencuci pinggan je. Macam yang hotel2 ada tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg gaji jd besar sbb convert ke duit kita yg dah makin lemah. Whatever la yg penting kayooooo jg kan setakat cuci pinggan. Peh peh. Tp mesti non stop kerjanya
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 03:10 PM | Show all posts
insulin replied at 28-5-2022 12:28 PM
Mahal juga gajinya. Terfikir juga kalau gaji tinggi begini, bukan ke lebih baik pemilik restoran bel ...

Aku teka jelah ye....mesin tu cuci bape jam.lama kan?mungkin pemilik restrn taknak beli tlalu byk pingan mangkuk,nak pikir storage lagi.
Yg paling ideal ada 1mesin tapi staff basuh kena ada 2ke3 org jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat Temasik malas.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
di tanahair sendiri ada pemimpin kata rakyatnya pemalas...yg peliknya awat majikan singapore nak 'pemalas' ni kerja ngn drng???
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 03:27 PM | Show all posts


Bagaimanapun, ada juga restoran yang memilih untuk menawarkan gaji yang lebih rendah, tetapi dengan tawaran bonus prestasi yang tinggi.

Misalnya, pemilik kepada tiga buah restoran makanan barat di Singapura ini menawarkan gaji pencuci pinggan RM 8,283 sebulan dengan bonus menandatangani kontrak RM 6,371. Pekerja-pekerja ini juga akan diberikan bonus bulanan sehingga RM 3,185 sekiranya menunjukkan prestasi yang baik

yes fahamlah kalau accoutability tu baik semua tapi kalau tag dikira cucian yg berprestasi tinggi tu camne ye

menarik jugak klausa ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa kerajaan Singapura tak import je bangla 500 ribu orang macam Malaysia?
Lemah!
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sewa bilik yg mcm stor tu pun dah 500 dollar..  makan, transport lg.. tinggal berapa sen je la gaji ko noq.. ni kengkawan aku yg keje singapore punya keluh kesah. Duit duit duit..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 05:04 PM | Show all posts
Kecut jemari laa walaupun pakai glove. Tapi keje tu memang penat laa tapi klo dapat gaji 11k boleh hilang penat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 06:11 PM | Show all posts
duduk malaysia ni pun boleh dapat income USD jugok.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ringgit makin lama makin takde nilai
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 28-5-2022 08:23 AM
di tanahair sendiri ada pemimpin kata rakyatnya pemalas...yg peliknya awat majikan singapore nak 'pe ...

Kerah lah anak beranak dia suruh buat  keje 3D
Jgn pandai ckp je  kata rakyat pemalas
Mehh sini soh anak2 dia  keje cuci longkang
Kerah anak2 cina skli jgn harap melayu je
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Seratus sepuluh ribu? Mahalnya, sebulan kerja balik beli rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
miss_white replied at 28-5-2022 07:20 PM
Kerah lah anak beranak dia suruh buat  keje 3D
Jgn pandai ckp je  kata rakyat pemalas
Mehh sini so ...

melayu,cina,india..semua x nak kerja bersihkan taik ayam setebal 11 inci...bila cina dpt kerja sales...melayu x dpt...tggl la kja bersih taik ayam tu..tuk melayu...bila dia tak nk...dicop memilih kja,pemalas la dia..walhal 3 bangsa tu awalnya semua xnk pon.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 28-5-2022 03:27 PM
Bagaimanapun, ada juga restoran yang memilih untuk menawarkan gaji yang lebih rendah, tetapi denga ...

In construction industries.....fatality rates against man hours......utk menilai performance....in general...

Can you relate this dgn kerja pencucian.....?

Atau bijak macam ko pun memang nak kena bengapkheun dgn aku?

Kahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 08:30 PM | Show all posts
walaupun ringgi tmurah tapi menteri masih lagi bergaya dengan baju ribuan ringgit..yang terasa hanya marhaen..menteri takda apa apa pun kesan
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 28-5-2022 12:30 PM
melayu,cina,india..semua x nak kerja bersihkan taik ayam setebal 11 inci...bila cina dpt kerja sal ...

cina mmg xnk lah
Melayu dgn india je yg ambil kerje2 tu semua
Cina memilih kerje
Paling cikai pun keje sales jd promoter
Kalo suruh buat keje kotor ingat dorg nk ke
Yg pelik tu kenapa melayu je yg kena cop memilih kerje
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 28-5-2022 03:23 PM
di tanahair sendiri ada pemimpin kata rakyatnya pemalas...yg peliknya awat majikan singapore nak 'pe ...

Semua pasal gaji je. Sama ada berbaloi atau tidak je
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Singaporean ramai masuk malaysia bek anak2 sbb dh cuti skolah, ringgit lemah depa spend lavishly kat sini
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-7-2022 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.088754 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list