CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 411|Reply: 0

[Perlis] Durian tempatan mahal, pembeli pilih durian Thailand

[Copy link]
Post time 28-5-2022 12:01 PM | Show all posts |Read mode
Kangar: Jualan durian tempatan didapati merosot di sesetengah tempat di sini ekoran orang ramai memilih untuk membeli durian dari Thailand yang lebih murah.

Seorang penjual durian di Seriab, Syed Alkhaled Syed Ali, 32, mendakwa hasil jualan durian tempatan di gerainya menurun 70 peratus daripada musim sebelum ini .

"Ramai orang beli durian Thailand kerana harganya lebih rendah berbanding durian tempatan iaitu sekitar RM15 sekilogram, manakala durian tempatan dijual pada harga antara RM23 hingga RM70 sekilogram bergantung kepada jenis durian dan kualiti buah," katanya.

Bagaimanapun, beliau yang berniaga durian sejak dua tahun lepas itu berkata masih ada pelanggan tetapnya yang hanya meminati durian tempatan.

"Walaupun hasil jualan merosot, saya tetap memilih untuk menjual durian tempatan kerana ingin beri kepuasan kepada peminat 'Raja Buah'," katanya.

Turut berkongsi pengalaman, peniaga durian Muhamad Haikal Amin, 38, berkata kenaikan harga durian tempatan setiap tahun menyebabkan beliau menumpukan jualan pada durian Thailand tahun ini.

"Rata-rata pelanggan meminta durian Thailand kerana harganya lebih murah, jadi tahun ini saya jual lebih banyak durian Thailand berbanding durian tempatan," katanya.

Menurutnya jualan durian dari negara jiran itu mendapat sambutan baik, namun beliau tetap menjual durian kampung sebagai pilihan kepada pengguna.

Sementara itu, seorang pekerja swasta Rashid Omar, 45, berkata beliau tetap setia membeli durian tempatan kerana rasanya yang manis dan wangi berbanding durian Thailand.

"Semalam saya ada beli durian Siam sebab sudah lama tidak rasa buah durian dari sana (Thailand), isi buah dan warna buah memang (gred) 'A' tetapi rasanya tidak boleh lawan keenakan durian tempatan.

"Bagi saya cita rasa setiap orang berbeza dan bergantung atas kemampuan masing-masing kerana harga durian tempatan agak mahal," kata bapa kepada dua orang anak itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lih-durian-thailand

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 1.408218 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list