CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 425|Reply: 1

[Kedah] Mayat terikat disumbat dalam guni

[Copy link]
Post time 28-5-2022 11:59 AM | Show all posts |Read mode

POLIS mengusung mayat lelaki yang ditemukan dalam guni dengan kaki dan tangan. FOTO Izad Thaqif Hassan

Sungai Petani: Mayat lelaki dalam keadaan tangan serta kaki diikat manakala kepala sehingga pinggang diserkup guni ditemukan terapung di Sungai Semeling, Kampung Sungai Batu Besi, dekat sini, hari ini.

Mayat yang masih belum dikenalpasti identiti itu ditemukan dua lelaki yang sedang memukat ikan di kawasan berhampiran pada 9.30 pagi sebelum menghubungi polis memaklumkan kejadian.

Difahamkan, dua lelaki terbabit sebelum itu terhidu bau busuk dan mereka terkejut apabila melihat mayat dalam keadaan terlentang serta terapung yang dihanyutkan arus berada sebelah bot.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk G Suresh Kumar berkata, pemeriksaan mendapati mayat sudah mengelupas kulit dengan kaki serta dua tangan tangan diikat menggunakan tali biru.

"Berdasarkan keadaan mayat, kita percaya mangsa dibunuh serta sudah meninggal dunia sejak tiga hari lalu.

"Kita juga tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dimasukkan dalam guni dan dicampak ke dalam sungai ini," katanya pada sidang media di lokasi kejadian.

Menurutnya, setakat ini polis tidak menemui kesan kecederaan di tubuh mangsa kemungkinan kerana keadaan mayat yang mengelupas kulit akibat terendam terlalu lama.

"Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Mayat lelaki terbabit ditemukan hanya berbaju T merah tanpa berseluar selain cincin perak di jari telunjuk dan jari manis tangan kiri.

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau kenalan yang mempunyai ciri-ciri seperti dinyatakan boleh menghubungi balai polis berhampiran atau tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk maklumat lanjut.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... disumbat-dalam-guni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2022 11:25 PM | Show all posts
mcm2 skrg ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.065190 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list