CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
View: 150|Reply: 0

[Kedah] 'Jual' panorama indah

[Copy link]
Post time 28-5-2022 11:58 AM | Show all posts |Read mode

PENGUNJUNG 211 Pilot Coffee House di Kampung Bohor Chempedak, Padang Matsirat tidak melepaskan peluang melihat kapal terbang berlepas dan mendarat serta pemandangan indah matahari terbenam.

Langkawi: Kedai kopi kini bukan sahaja menjual kopi, namun kebanyakan mereka juga 'menjual' pemandangan yang indah bagi menarik lebih ramai pelanggan untuk singgah ke premis 211 Pilot Coffee House di Kampung Bohor Chempedak, Padang Matsirat di sini yang terletak bersebelahan dengan landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) itu mempunyai kopi yang dibancuh segar untuk pencinta kopi, di samping mempunyai pemandangan indah matahari terbenam.

Pemiliknya, Faizol Othman, 36, berkata, idea untuk membuka kedai kopi di situ tercetus apabila dia mencari jalan untuk menggantikan kerugian bengkel membaiki kereta miliknya yang mengalami kerugian lebih dua tahun berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Sebelum ini ketika mengusahakan bengkel, pelanggan saya terdiri daripada ramai juruterbang dan mereka sering meminta kopi ketika menunggu kereta diservis.

"Daripada situ terdetik hendak memulakan perniagaan kedai kopi kerana tempat ini mempunyai pemandangan matahari terbenam dan suasana kapal terbang yang berlepas dan mendarat yang menarik," katanya apabila ditemui di kedainya, dekat sini.

Faizol memberitahu, nama kedainya itu diambil daripada jumlah kerugian yang dihadapi bengkelnya ketika PKP iaitu kira-kira RM211,000 dan daripada kebanyakan pelanggan bengkelnya yang terdiri daripada juruterbang. Kedai yang mula beroperasi pada 9 Mei lalu, dibuka dari jam 5 petang hingga jam 1 pagi.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/05/846364/jual-panorama-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

11-8-2022 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.195766 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list