CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 665|Reply: 0

Azlan Shah harap tuah berlumba di Litar Sepang

[Copy link]
Post time 28-5-2022 11:46 AM | Show all posts |Read mode

AZLAN berharap dapat menaiki podium pada perlumbaan di Litar Sepang.

Kuala Lumpur: Pelumba berpengalaman negara, Azlan Shah Kamruzaman optimis untuk melakarkan impak pada pusingan 2 Kejuaraan FIM Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Sepang, esok.

Pelumba pasukan Onexox TKKR SAG itu berkata, dia tetap positif untuk memberikan aksi terbaik selepas aksi mengecewakan ketika di pusingan 1 di Litar Antarabangsa Chang, Thailand, Mac lalu.

Azlan yang akan bersama seorang lagi pelumba negara, Adam Norrodin berharap Litar Sepang akan memberi tuah kepadanya seterusnya memenuhi impian mendominasi kelas Asian Superbike 1000cc (ASB1000) sekali lagi.

Pada aksi perlumbaan 1 di Thailand, bekas pelumba Moto2 negara itu tidak dapat menamatkan perlumbaan apabila berdepan masalah enjin selepas tiga pusingan.

Bagaimanapun, dia bangkit menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-10 pada perlumbaan 2 biarpun prestasi enjin tidak seperti diharapkan.

Namun, Azlan yakin dengan pengalaman yang ada akan membantunya menguasai Litar Sepang seterusnya meraih gelaran juara.

"Untuk pusingan 2 ini, kami lebih yakin dengan jentera yang akan digunakan selepas mendapat data penting ketika saingan MSBK pada tahun lalu.

"Data itu akan membantu kami untuk cuba menamatkan aksi di kedudukan podium sebagai juara dan sudah pasti saya mahukan yang terbaik dalam aksi di Litar Sepang nanti.

"Saya dapat rasakan kami boleh lakukan sesuatu di Sepang nanti," katanya.

Selepas berakhir Pusingan 1, Azlan yang juga juara bertahan ASB1000, berada di kedudukan ke-10 selepas mengumpul 10 mata.

Pelumba negara, Zaqhwan Zaidi dari pasukan Honda Asia-Dream Racing with Showa memimpin kedudukan pelumba dengan mengumpul 45 mata selepas memenangi Perlumbaan 1 dan tempat kedua pada Perlumbaan 2 di Thailand.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... mba-di-litar-sepang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.073282 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list