CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 294|Reply: 0

[Pulau Pinang] E-hailing: Kerajaan digesa tetapkan harga siling berpatutan

[Copy link]
Post time 27-5-2022 08:12 PM | Show all posts |Read mode
E-hailing: Kerajaan digesa tetapkan harga siling berpatutan
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 27 Mei 2022




Gagi mereka yang tidak mempunyai pengangkutan sendiri, perkhidmatan e-hailing adalah satu keperluan. - Gambar hiasan . Gambar kecil : Mohideen


GEORGETOWN - Harga yang dikenakan kepada penumpang yang menggunakan perkhidmatan e-hailing disifatkan tidak masuk akal sekali gus membebankan pengguna yang semakin tertekan dengan keadaan ekonomi ketika ini.


Justeru itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendesak kerajaan terutamanya Kementerian Pengangkutan mengambil tindakan segera untuk mengawal harga tambang perkhidmatan tersebut.


Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, kerajaan perlu menetapkan harga siling yang munasabah untuk pengguna dan pemandu e-hailing.


"Kenaikan harga tambang perkhidmatan e-hailing baru-baru ini amat mengecewakan dan membebankan kerana sesetengah orang tidak mempunyai pilihan selain menggunakan perkhidmatan tersebut.


"Alasan yang diberikan oleh syarikat pengendali perkhidmatan itu adalah disebabkan kekurangan pemandu tidak boleh diterima.


"Caj yang terlalu tinggi itu tidak akan menarik lebih ramai pemandu untuk melibatkan diri dalam perkhidmatan e-hailing sebaliknya hanya membebankan pengguna," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.


Katanya, bagi mereka yang tidak mempunyai pengangkutan sendiri, perkhidmatan e-hailing adalah satu keperluan.


"Memang terdapat banyak pilihan pengangkutan awam lain seperti bas tetapi ia kurang efisen bagi mereka yang ingin mengejar masa, kekangan masa, keadaan fizikal dan sebagainya," katanya.


Tambah beliau, pihaknya menerima aduan daripada seorang wanita warga emas yang mengatakan perjalanannya yang biasanya berharga RM9, telah dikenakan bayaran sebanyak RM22. Lebih mengecewakan, ketika itu bukan pada waktu puncak," katanya.


Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan memandang serius berhubung rungutan orang ramai terhadap kenaikan tambang perkhidmatan pengangkutan awam e-hailing dan telah bertemu dengan pengendali e-hailing (EHO) bagi menangani isu berkenaan.


Daripada perbincangan itu, difahamkan terdapat dua faktor utama yang menyumbang kepada lonjakan tambang e-hailing iaitu penawaran dan permintaan yang tidak seimbang serta kesesakan lalu lintas tinggi yang menyebabkan masa perjalanan lebih lama.


Gabungan kedua-dua faktor ini telah menjejaskan kualiti perkhidmatan e-hailing.


Selain itu, beberapa syarikat e-hailing juga telah menunjukkan penurunan bilangan pemandu berdaftar sebanyak 30 peratus berbanding sebelum Covid-19 melanda Malaysia.


Kekurangan pemandu e-hailing juga secara tidak langsung menyebabkan masa menunggu kenderaan di beberapa tempat menjadi lebih lama daripada jangkaan.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... a-siling-berpatutan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.061761 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list