|
Kenaikan harga barang adalah satu perkara yang semua rakyat Malaysia tidak suka dengar kerana kenaikan harga itu pasti akan menyusahkan semua rakyat apabila mereka mahu membeli barang keperluan.
kredit foto: TikTok
Baru-baru ini, ada video tular di video sosial TikTok yang memaparkan seorang lelaki menunjukkan tanda harga pada air kotak Milo bersaiz kecil itu RM5.
Difahamkan, lelaki yang terkejut dengan harga air kotak milo kecil itu adalah sama harga dengan sepinggan nasi berlaukkan ayam.
kredit foto: TikTok
Menjengah di komen pula, ramai netizen tepuk dahi dan terkejut melihat harga tersebut, ada juga yang mengatakan mungkin mereka letak salah harga pada kotak minuman itu. - CARI |
|