CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1162|Reply: 3

Jemur Baju Tengah Malam, Pelajar Asrama Ditemani Jelmaan Rakan Sebilik

[Copy link]
Post time 26-5-2022 02:27 PM | Show all posts |Read mode


Sudah menjadi kebiasaan buat pelajar yang tinggal di asrama untuk menelaah pelajaran hingga larut malam. Ada juga yang sanggup berjaga sehingga ke subuh untuk mengulang-kaji apabila minggu ujian semakin hampir.



Memetik perkongsian seorang individu bernama Kamarul di mStar, jejaka itu menceritakan pengalamannya terkena gangguan makhluk ghaib. Kejadian itu berlaku ketika dia membasuh pakaiannya pada waktu tengah malam.



Kata Kamarul, ada satu malam ketika jam menunjukkan 12.30 tengah malam, dua orang rakan sebiliknya masih khusyuk menelaah sedangkan dia sudah ada rasa malas untuk menyambung semula ulang kajinya.



Melihat tumpukan pakaian kotor yang belum dibasuh, Kamarul membuat keputusan untuk mencuci pakaiannya. Ketika sedang sibuk mengasingkan baju kotor ke dalam bakul, salah seorang rakannya iaitu Farid bertanya sama ada Kamarul benar-benar ingin meneruskan niatnya itu.



Gambar Hiasan




"Ikutkan, memang ada rasa takut nak basuh baju waktu tengah malam. Tempat jemur baju pula terletak di hujung blok. Seram juga. Tapi sebab Farid janji nak teman selepas selesai mencuci baju, saya teruskan juga niat basuh baju," katanya.



Kamarul bergegas ke bilik air dan bersungguh-sungguh membasuh pakaiannya sehinggakan dia leka dan terlupa keadaan sekeliling yang semakin sunyi apatah lagi kedudukan bilik air itu adalah di hujung blok.



Bagaimanapun, tumpuan Kamarul terganggu apabila dia seperti terdengan suara Farid berdehem. Dia cuba memanggil nama rakan sebiliknya itu namun tidak ada jawapan. Kamarul kemudian meneruskan kerja-kerja mencuci sehingga selesai.



Gambar Hiasan




"Saya kembali meneruskan kerja mencuci pakaian yang tertangguh kerana pinggang sudah rasa sakit sebab lama mencangkung. Saya tak fikir panjang pun mengenai Farid yang saya panggil tapi tak menyahut," kata Kamarul yang selesai membasuh pakaiannya kira-kira jam 1.30 pagi.



Tanpa membuang masa, Kamarul terus ke tempat menyidai pakaian dan tanpa semena-mena rakannya Farid muncul di sebalik ampaian berkenaan membelakanginya.



Dalam keadaan terkejut, Kamarul sempat bertanya bagaimana dia boleh tiba-tiba muncul di situ namun pertanyaannya itu tidak dijawab. Farid hanya memandang ke arah kawasan padang yang terletak di hadapan ampaian berkenaan.




Gambar Hiasan





Sambil menyidai pakaiannya, Kamarul terus berbual dengan Farid tetapi rakan sebiliknya langsung tidak memberikan sebarang balasan. Walaupun terdetik di hati Kamarul, 'orang' yang berdiri dihadapannya itu bukan Farid namun dia tetap berfikiran positif.



Kata Kamarul, dia beranggapan Farid mungkin sudah mengantuk dan malas untuk melayan celotehnya. Apa yang penting, Kamarul tidak terlalu takut berada di ampaian baju tersebut kerana ditemani oleh rakannya itu.



"Apabila saya ajak Farid pulang ke bilik, barulah dia menjawab dan suruh saya balik dahulu. Saya mula rasa seram sebab Farid hanya membatu di situ dan tiba-tiba saya rasa keadaan terlalu sunyi seolah-olah tiada sesiapa pun di sana," katanya.







Kamarul yang mulai tidak sedap hati bergegas pulang bilik sambil memeluk baldi. Ketika melalui kawasan pantri, dari ekor matanya dia seperti melihat ada seseorang yang berdiri di tepi pintu pantri namun apabila dia menoleh tiada sesiapa pun di situ.



Sebaik sahaja Kamarul  melangkah masuk ke dalam bilik, dia cepat-cepat memasang lampu. Alangkah terkejutnya Kamarul apabila melihat Farid sedang nyenyak tidur. Jejaka itu terfikir bagaimana Farid boleh sampai dahulu sedangkan tidak ada laluan lain untuk balik ke bilik.



"Bulu roma saya terus tegak dan saya terfikir, siapakah yang menemani saya di ampaian tadi? Sejak itu, saya dah tak basuh baju waktu malam lagi," katanya. - CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2022 02:36 PM | Show all posts
Ini pun jd tular? cerita mcm ni kat asrama sekolah rasanya dah berpuluh tahun...masuk bod misteri lebih sesuai
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 02:43 PM | Show all posts
byk nya gmbar hiasan ye..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Penampakan culprit dalam Texas chainsaw massacre kat photo pertama.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.060282 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list