CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 359|Reply: 0

[Perlis] Maut terkejut pokok kelapa timpa rumah

[Copy link]
Post time 26-5-2022 12:34 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba menjalankan pemeriksaan di lokasi pokok kelapa tumbang. FOTO ihsan JBPM Perlis

Kangar: Wanita warga emas meninggal dunia selepas terkejut apabila kediamannya ditimpa pokok kelapa di Jalan Bukit Kecil, di sini, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Hatun Osman, 66, mengalami sesak nafas apabila kejadian itu berlaku sebelum menghembuskan nafas terakhir di rumahnya itu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, kejadian berlaku jam 4 pagi apabila sebatang pokok kelapa yang berada di tepi rumah tumbang secara tiba-tiba.

"Pokok kelapa yang tumbang itu menghempap bumbung di bahagian tepi rumah ketika mangsa sedang tidur.

"Mangsa yang terjaga daripada tidurnya terkejut dan mengalami sesak nafas," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, mangsa meninggal dunia dan pemeriksaan fizikal tidak menemui sebarang kesan kecederaan akibat dihempap pokok.

"Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk urusan selanjutnya.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan kes masih diteruskan," katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis berkata, bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai jam 4.53 pagi.

"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kangar dikerah ke tempat kejadian dan mendapati kejadian membabitkan pokok kelapa yang tumbang dan menimpa bahagian bilik sebuah rumah.

"Seorang wanita disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang tiba di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kelapa-timpa-rumah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.947626 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list