View: 1849|Reply: 17
|
[Tempatan]
Usahawan bergaduh bagi tujuan pemasaran atau marketing sahaja.Laporan pulis telah dibuat penggunaan duit palsu
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 26-5-2022 11:53 AM
https://vt.tiktok.com/ZSd4Ka7VX/?k=1
Akhir-akhir ini, dapat dilihat para usahawan serta influencer seolah sanggup melakukan apa sahaja dalam bagi tujuan dirinya tular sekaligus menjadi netizen orang ramai dalam usaha melariskan produk yang ditawarkan.
Situasi ini nampaknya sekali lagi berulang melibatkan ‘pergaduhan’ antara seorang influencer Puteri Sari dengan usahawan Siti Jamu Mall. Difahamkan punca pertelingkahan ini berlaku apabila Puteri Sari menerima tawaran paid review daripada Siti Jamu Mall.
Dalam pada itu, perkara sebaliknya berlaku apabila Siti Jamu Mall didakwa memberi wang palsu bernilai RM10,000 sebagai bayaran buat Puteri Sari sekaligus membuatkan pihak Puteri Sari mencampak wang berkenaan serta dipertontonkan oleh orang ramai.
Di sangka benar-benar bergaduh, Puteri Sari baru-baru ini akhirnya mengaku apa yang dilakukan telah dirancang oleh Siti Jamu Mall bagi tujuan pemasaran atau marketing sahaja.
Situasi menjadi lebih keroh apabila ‘perjanjian’ kes berkenaan yang dijanjikan untuk tiga hari berlarutan apabila Puteri Sari mendakwa Siti Jamu Mall seolah memanjangkan isu ini yang sekaligus mengganggu jadual kerja Puteri Sari. Malah, pergaduhan yang berlaku turut mendapat perhatian Dato’ Seri Vida dan juga influencer Puspa Gomen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen seolah dapat mengagak ‘pergaduhan’ yang berlaku sebelum ini hanyalah sekadar gimik. Tidak kurang juga risau melihatkan trend menipu demi viral ini semakin mendapat tempat.
Melihatkan kepada ‘pergaduhan’ yang dirancang oleh Puteri Sari, beberapa content creator TikTok tampil membuat laporan polis terhadap isu yang berlaku berikutan penggunaan duit palsu. Untuk pengetahuan, tindakan undang-undang yang serius bakal diambil buat individu yang disahkan menggunakan wang palsu.
Sehubungan dengan itu, diharapkan agar trend dalam meraih populariti dengan cara yang salah ini tidak menjadi ikutan kerana mampu membawa pengaruh yang tidak elok buat masyarakat.
https://www.thevocket.com/mengaku-sekadar-marketing-kes-usahawan-bergaduh-sebab-duit-palsu-akhirnya-dijelaskan/
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
duit palsu jangan main-main ya.. iklan-iklan yang duk tayang duit pun akan ada chop specimen / contoh. |
|
|
|
|
|
|
|
berduit tak semestinya cerdik |
|
|
|
|
|
|
|
Haha kan dah mendapattttttt
Kalau dah bodo………… |
|
|
|
|
|
|
|
Minah bangang ni kan yg kantoi live pegang duit palsu x potong pun lg |
|
|
|
|
|
|
|
muka yg menyalak2 tu pun serupa sexdoll je |
|
|
|
|
|
|
|
kes tertukar anak minah ni apa cerita?
was was jer kan |
|
|
|
|
|
|
|
“Puteri Sari baru-baru ini akhirnya mengaku apa yang dilakukan telah dirancang oleh Siti Jamu Mall bagi tujuan pemasaran atau marketing sahaja.”
Yang si Sari ni pun bodoh alang join sekali kenapa? Dah lah muka statik je. Cepat lah siasat dua2 ni, buh dalam lokap sehari dua. Baru ada akal. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah agak dah nampak sangat menipunya acik kedai runcit selalu terima duit palsu pun tak kecoh macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
Sape yg acknowledge wht so called influencer bodo x habis sekolah ni? |
|
|
|
|
|
|
|
upload
hobi part time i adalah membaca google review
|
|
|
|
|
|
|
|
Telinga sheolls ni besar betul. Banyak video sheolls, iolls agak teperanjat lepas tengok telinga sheolls.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
La si situtjamumall menjerit cam ongila mmg gimik ke ...naseb aku tk tgk semak.idokla kaya kalau guna duit pelesu |
|
|
|
|
|
|
|
nama memasing buat aku rasa macam hidup di alam bunian |
|
|
|
|
|
|
|
Masyuk klo dpt smp 10k utk review. Patutla sggup jd bodo nk dpt perhatian.
Masalahnya meleis2 ni gak yg support tgk video2 bodo ni |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 26-5-2022 05:43 PM
upload
hobi part time i adalah membaca google review
Si Jamumall tu mana nak ambil port review2 ni semua. Masing2 bertuhankan duit. Asal viral je mesti untung dalam otak dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Mulayu yg menipu & mulayu yg ditipu berpisah tiada cubit peha kanan peha kiri pn sakit jugek |
|
|
|
|
|
|
|
Betina telinga capang ni yang kantoi duit palsu masa buat live tu kan? Masa tu dia pakai tudung. Dah glemer skrg terus bukak tudung.
Sebab tu aku tak caya kes anak dia tertukar tu. Silap2 marketing jugak. Lainlah kalau ade rakaman cctv |
|
|
|
|
|
|
| |
|