CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 478|Reply: 0

[Kedah] Tidak mandi ke sekolah kerana tiada air

[Copy link]
Post time 26-5-2022 11:08 AM | Show all posts |Read mode

PENDUDUK menunjukkan bekas air yang kosong sejak masalah bekalan air semakin teruk di Kampung Sungai Nonang, Mukim Tebengau, Alor Setar, Kedah. - UTUSAN/MOHD. RIFAAT ABD. HAMID

   
ALOR SETAR: Kehidupan 80 keluarga dari Kampung Sungai Nonang, Mukim Tebengau di sini, semakin kritikal apabila terpaksa mengangkut air dari luar kawasan kampung itu untuk menampung keperluan harian sejak dua minggu lalu.

Penduduk mendakwa, masalah bekalan air di kampung itu berlarutan sejak 15 tahun lalu tetapi masih gagal ditangani Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) sehingga masalah tersebut bertambah buruk dan menjejaskan aktiviti harian mereka.

Seorang penduduk, Norehan Zainol, 36, berkata, kehidupan keluarganya menjadi kelam-kabut sejak ketiadaan bekalan air dalam tempoh dua minggu ini kerana terpaksa mengangkut air di rumah mentuanya di Kampung Permatang Alor Ibus, di sini dengan kereta sejauh kira-kira satu kilometer.

Katanya, dia terpaksa berjimat menggunakan air kerana tidak sanggup mengangkut air setiap hari.

Malah, jelasnya, dua anaknya tidak mandi ke sekolah kerana bekalan air yang disimpan tidak mencukupi.

“Di rumah saya terdapat 12 orang dari tiga keluarga dan memerlukan bekalan air yang banyak untuk keperluan harian.

“Dua anak saya terpaksa ke sekolah dengan tidak mandi dan keadaan ini sangat menyedihkan. Mereka turut memaklumkan berasa tidak selesa ke sekolah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Hafizzudin Yahya, 25, berkata, sebelum ini, SADA memaklumkan masalah gangguan bekalan air tersebut berlaku disebabkan penggunaan air bertambah kerana ramai perantau pulang ke kampung pada musim perayaan.

Bagaimanapun, katanya, penduduk masih berhadapan dengan masalah bekalan air walaupun musim perayaan hampir berakhir.

“Dalam tempoh dua minggu ini, penduduk semakin sukar mendapat bekalan air. Sebelum ini, bekalan air ada juga keluar dari paip pada waktu malam, tetapi sekarang langsung tiada,” ujarnya.

Penduduk, Nasyrah Othman, 38, pula berkata, dia terpaksa menghantar pakaian di kedai dobi kerana tidak dapat dibasuh di rumah ekoran ketiadaan bekalan air.

Katanya, keadaan tersebut membebankan penduduk sekiranya masalah bekalan air di kampung ini berlarutan dalam tempoh lama.

“SADA ada menghantar bekalan air menggunakan perkhidmatan lori tetapi bekalan terhad dan penghantaran tidak mengikut jadual,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... h-kerana-tiada-air/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.520934 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list