CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 350|Reply: 0

[Kedah] Kenderaan dinaiki TKP Kedah kemalangan

[Copy link]
Post time 26-5-2022 10:51 AM | Show all posts |Read mode

DUA kenderaan PDRM yang turut dinaiki Mohd Roze terbabit kemalangan hari ini. FOTO Ihsan PDRM.

Jitra: Dua kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut dinaiki Timbalan Ketua Polis (TKP) Kedah Datuk Mohd Roze Shaari terbabit kemalangan dengan treler di Kilometer 17.3 Lebuhraya Utara Selatan dekat Jalan Changlun-Alor Setar, hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Roze Shaari bersama isteri, Datuk Norfaizah Zainal dan pemandu, Koperal Mohamad Shukri Abu Saman yang menaiki Proton X70 tidak cedera.

Sebuah lagi kenderaan PDRM iaitu Proton Persona dinaiki Asisten Superintendan dan pemandu dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah pula rosak dengan pemandu kereta itu, Koperal Mohd Azahari Azizan cedera di kaki dan dada serta dirawat di Hospital Jitra.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah, Superintendan Mohd Mahiri Hussin berkata, kemalangan dilapor pada 3.50 petang dan masih dalam siasatan lanjut.

"Siasatan awal mendapati Proton Persona dan Proton X70 sedang bergerak dari arah Changlun menghala ke Alor Setar.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, Proton X70 membelok ke kiri jalan untuk memasuki simpang lot kedai dan diikuti oleh Proton Persona. Namun secara tiba-tiba, Proton Persona dilanggar treler yang dari belakang.

"Akibat perlanggaran itu, Proton Persona terbabas dan kemudian melanggar Proton X70 yang berada di hadapan, menyebabkan pemandu Proton Persona cedera. Mereka yang lain tidak cedera," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, turut tidak cedera ialah pemandu treler berusia 32 tahun dan penumpang berumur 16 tahun, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima laporan berhubung kemalangan itu pada jam 4.06 petang.

Katanya, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam tiba di lokasi dan membantu mengeluarkan mangsa yang cedera.

"Mangsa bagaimanapun tidak tersepit dan diberikan rawatan awal sebelum dirujuk ke hospital," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kp-kedah-kemalangan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.103871 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list