View: 1846|Reply: 22
|
[Tempatan]
Update dan tergempar:bukan sahaja Pulau Daat di Sabah untuk dilelong,banyak lagi pulau pulau Sabah dalam proses untuk dijual.Korang berminat?
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 25-5-2022 05:07 PM
Persoalan yang timbul adalah, sekiranya sebuah agensi kerajaan negara asing mahu membeli pulau-pulau itu bagi tujuan-tujuan yang diragui, apakah kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan akan membiarkannya sahaja?
Sebenarnya, beberapa bulan sebelum ini tanah seluas 30 ekar di Pulau Mantanani di Sabah yang dikatakan umpama “syurga” bagi penyelam turut diiklan untuk dijual pada harga RM12 juta, sebagaimana di dakwa oleh media tempatan.
Menurut penjual sebagaimana dipetik oleh media tempatan berkata warga asing juga boleh membeli tanah yang diiklankan itu.
Pada Oktober tahun lepas pula, sebuah kawasan tanah seluas 7.43 ekar di pulau yang sama juga ditawar untuk dijual pada harga RM14.3 juta.
Sebenarnya dalam tempoh beberapa tahun ini, beberapa buah pulau di Sabah telah diiklankan untuk dijual, termasuk diantaranya Pulau Mengalum yang diiklan untuk dijual pada 2011 pada harga lebih RM70 juta.
Selain itu Pulau Pandanan itu diiklan untuk dijual pada harga RM8 juta manakala Pulau Montukod berhampiran di Papar yang cuba dijual pada nilai RM35 juta.
Menurut media tempatan, adalah di luar bidang kuasa kerajaan negeri sekirannya pemilik tanah sama ada penduduk kampong dan penduduk tempatan mahu menjual tanah-tanah mereka di pulau-pulau itu.
Pulau Mantanani terdiri daripada tiga buah pulau dan amat terkenal di kalangan penyelam sebagai “lubuk” untuk melihat dugong.
Pulau yang terletak kira-kira 80km daripada Kota Kinabalu sememangnya menjadi tarikan penyelam yang menggemari selaman untuk mencari kesan-kesan tinggalan kapal perang hasil daripada Perang Dunia kedua.
Menurut media tempatan, kerajaan negeri tidak dapat berbuat apa-apa sekiranya pemilik tanah di pulau terbabit mahu menjual tanah mereka itu.
Bagaimanapun persoalan yang timbul adalah, sekiranya sebuah agensi kerajaan negara asing mahu membeli pulau-pulau itu bagi tujuan-tujuan yang diragui, apakah kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan akan membiarkannya sahaja?
Apakah tindakan kerajaan negeri atau persekutuan jika terdapat sebuah syarikat asing mahu membina hab minyak dan gas berbilion ringgit nilainya yang turut meliputi pembinaan jeti-jeti yang pada akhirnya akan turut digunakan sebagai tempat persinggahan untuk kapal-kapal tentera laut negara itu?
Adakah aktiviti penjualan pulau-pulau ini terutamanya yang terletak berhampiran dengan kawasan sempadan negara patut dibiarkan sahaja tanpa sebarang pemantauan daripada pihak berkuasa tempatan dan juga pihak keselamatan?
Adalah amat memeranjatkan sekiranya aktiviti penjualan sama ada tanah di pulau atau keseluruhan pulau itu tidak mendapat perhatian daripada pihak berkuasa tempatan.
— DSA
https://defencesecurityasia.com/pulau-sabah-jual-beli/
Pulau Daat, yang berkeluasan kira-kira 237.55 hektar dan terletak di tengah-tengah antara Menumbok dan Labuan di Sabah, akan dilelong secara terbuka pada 27 Mei jam 11 pagi di tingkat satu Pusat Bornion, di luar Jalan Kolam di Luyang.
Menurut laporan New Straits Times, lelongan ini berikutan pembubaran pemilik pulau itu Potensi Bernas Sdn Bhd. Harga rizab bagi pulau ini ialah RM121.5 juta (RM4.80 sekaki persegi).
Pulau Daat pada asalnya dijadualkan untuk dilelong pada 30 Jun 2021, tetapi dijadualkan semula pada 10 September 2021. Harga rizab ialah RM135 juta pada masa itu, menurut notis sebuah akhbar tempatan tahun lepas.
Pulau Daat mempunyai pajakan 999 tahun (tamat pada 31 Disember 2853). Surat hak milik pulau itu pertama kali dikeluarkan kepada John Gavaron Treacher dan Clarence Cooper pada tahun 1856 oleh George Warren Edwardes, Gabenor Labuan (1856-1861), bagi pihak Ratu Victoria.
Pelan pembangunan untuk kompleks petroleum bersepadu bernilai RM3 bilion untuk penyimpanan gas, ladang fabrikasi, limbungan kontena, kilang penapisan, komersial, perumahan dan sebuah hotel telah diluluskan pada 2011, di luar Pulau Daat.
Bagaimanapun, pelan itu dibatalkan kerana Pulau Daat dikatakan dikelilingi oleh air cetek dan berlumpur, menyebabkan ia tidak sesuai untuk industri minyak dan gas.
Sumber NST
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya pulau ni takda potensi. Mereput la sapa yang beli. |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin island ini tidak cantik sehingga perlu lelong...
Di langkawi ada island murah dan cantik dari ini boleh beli... Tetapi malaysians saja lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 24-5-2022 08:32 PM
berapa ringgit tu
Around 2015/16 cost rm 4 mil small island but ada nice beach |
|
|
|
|
|
|
|
boleh buat tanam ganja xde spe perasan lol |
|
|
|
|
|
|
|
Pulau ni aku dengar org2 kat Labuan & Menumbok tu cakap akan jadi ala2 RnR bila jambatan Menumbok-Labuan siap. Tu dialog aku dengar sejak tahun 2005 lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bak Mai details.
Bukak bisnes pulau moksiat bersepadu masyuk nehhh |
|
|
|
|
|
|
|
murah lh sikit banding daat yg tah mn2 tu
|
|
|
|
|
|
|
|
one stop centre
dgn tanam weed sekali buang dlm 5 ke 7 ekar
lebih tu buat tanam cili
|
|
|
|
|
|
|
|
kasibiman replied at 25-5-2022 12:47 PM
Bak Mai details.
Bukak bisnes pulau moksiat bersepadu masyuk nehhh
Pulau Labuan tu pon dh bersepah tempat enjoy..lagi nak bukak kt Pulau Daat ke..? |
|
|
|
|
|
|
|
Baiklah dijual daripada diambil alih secara percuma oleh negara China... |
|
|
|
|
|
|
|
jual la kat tauke judi,arak,bapa pelacur... |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 24-5-2022 08:50 PM
murah lh sikit banding daat yg tah mn2 tu
Sejarang tidak tahu price berapa.. But murah banyak dari daat |
|
|
|
|
|
|
|
kasibiman replied at 24-5-2022 08:47 PM
Bak Mai details.
Bukak bisnes pulau moksiat bersepadu masyuk nehhh
Paradise 101 pun di raid police... Unless mahu buat di island betul betul jauh di open sea |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 25-5-2022 01:08 PM
buatlah tempat tengok anak bulan ke, tempat observatories ke, tempat kajian biodiversiti kalau ade kepelbagaian bio kat situ , tempat macam k drama yg ade buaian tingi2 tu pun okay ...
tapi kalau siapa yg ambitious boleh buat tempat acara venue yg nice - open air theatre ke, events ke yg pulau - type concept...elok gaks
jgn buat tempat berlabuh kapal tentera PRC sudahlah. atau pi jual kat Kiram sudahlah.
|
|
|
|
|
|
|
|
alaaa macam mane THaji nak invest macam ni keh keh keh
|
|
|
|
|
|
|
|
Pulau blh jual ke? Mcm tu aku nak beli singapore lah. Brp duit? |
|
|
|
|
|
|
|
aku selalu tengok 'island hunter' dkt travel channel ramai peminat beli island. biasa harga dlm usd4million - 20milion mcm tu ikut lokasi & luas. selalu tunjuk area dkt caribbean |
|
|
|
|
|
|
|
best gak ada pulau sendiri. dikelilingi pantai |
|
|
|
|
|
|
| |
|