CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 864|Reply: 5

Merana Dua Cincin Tersekat Di Jari

[Copy link]
Post time 25-5-2022 06:58 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita terpaksa menahan kesakitan hampir 15 minit selepas dua cincinnya tersekat di dua jari di Hospital Tanjong Karang, semalam.


Mangsa berusia 45 tahun itu terlebih dahulu sedang menerima rawatan di Hospital Tanjong Karang selepas jari kanannya terkena mercun.


Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 6.28 petang.




Anggota bomba memotong dua cincin yang tersekat pada jari seorang wanita di Hospital Tanjong Karang.





Katanya, berdasarkan maklumat wanita itu mengalami kecederaan di jari kanan akibat mercun.


“Terdapat dua cincin emas tersekat di jari mangsa sehingga mengakibatkan jari berkenaan membengkak.


“Anggota kemudian bertindak memotong dua cincin itu menggunakan peralatan khas tanpa sebarang kecederaan lain pada mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Jelas beliau, operasi kemudiannya ditamatkan pukul 6.44 petang.


Sementara itu, Harian Metro melaporkan mangsa cedera selepas mercun bola yang digunakan untuk menghalau monyet meletup di tangannya, semalam.


Masturi Mustafa, 45, berkata, kejadian berlaku di rumah adiknya ketika melakukan kerja pembersihan dan dia menggunakan mercun bola bagi menghalau monyet liar.


"Bagaimanapun, saya tidak sangka ia tiba-tiba meletup di tangan. Akibat letupan itu, dua jari tangan saya berdarah dan sangat menyakitkan," katanya ketika dihubungi.




Sumber: KOSMO! ONLINE/Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2022 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau yg jantan tempat lain pula tersekatnya. Manusia bimbo di mana2
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Awat cedera sbb mercun ye?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
so cincin yang dah kena potong tu boleh jual balik tak?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kedai emas patut jual cincin siap2 potong lah  
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedai emas boleh lah buat cincin style bangle tu. Mesti monyet2 bertempik sakan kan, uuu aaa tak kena.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.102754 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list