CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 608|Reply: 3

[Dunia] Lelaki pakai kostum anjing mahu hidup sebagai haiwan

[Copy link]
Post time 24-5-2022 09:52 PM | Show all posts |Read mode

Toco memakai kostum anjing baka Collie yang kelihatan amat realistik. – Zeppet

Lelaki pakai kostum anjing mahu hidup sebagai haiwan


TOKYO – Seorang lelaki di  Jepun membuat keputusan untuk menjalani kehidupan sebagai seekor anjing dengan memakai kostum haiwan itu yang kelihatan amat realistik, lapor laman berita  Oddity Central semalam.

Pengguna Twitter yang hanya dikenali sebagai Toco itu menempah kostum anjing profesional daripada  sebuah syarikat pakar dalam kesan-kesan dan model khas, Zeppet.

Kostum berharga kira-kira AS$15,000 (RM65,875) itu kelihatan amat realistik dan menakjubkan sehinggakan Taco kelihatan seperti anjing Collie sebenar.

Ia dilaporkan dibuat dengan jahitan tangan menggunakan bulu sintetik dan memberi perhatian kepada perincian sebenar anjing baka Collie. Kostum itu  mengambil masa selama 40 hari untuk disiapkan.

“Kami menggunakan beberapa imej anjing Collie dari sudut berbeza, meningkatkan kegebuan bulu bagi menyembunyikan pelapik kostum sebaik mungkin dan menjadikan bahagian mulut boleh terbuka dan tertutup dengan sendiri.

“Setakat ini, pelanggan utama syarikat kami adalah syarikat-syarikat pengiklanan dan filem. Pelanggan individu hanya merangkumi sekitar 10 peratus daripada jumlah keseluruhan tempahan,” kata seorang jurucakap Zeppet.

Kira-kira sebulan lalu, Toco menerusi saluran YouTube miliknya mengumumkan bahawa dia ingin berkongsi kehidupannya sebagai seekor anjing dengan seluruh dunia.

Dia bagaimanapun tidak dapat memberi jawapan ketika ditanya sebab ingin menjadi seekor anjing. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... dup-sebagai-haiwan/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2022 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak terkejut pun.

Yang tiba2 rasa diri dia sebenarnya jantina lain dan tuhan konon buat silap (astaghfirrullah) tak synch kan naluri dia dengan fizikal pun dah terlalu ramai tak terkira.

Apa nak hairan yang rasa tuhan tersilap buat dia manusia tapi sebenarnya dia identifies as an animal. Esok2 yang rasa diri pokok lah, kain buruk lah, pasu bunga lah, tong sampah, jamban semua bakal muncul.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 06:32 AM | Show all posts
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia anjing jantan ka? Adalah tu dia telah jatuh cinta dgn mana2 anjing betina tak kan nak cerita haruslah kena kecam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.059278 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list