CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3120|Reply: 20

[Politik] Asyraf Wajdi kantoi , tarik balik kenyataan

[Copy link]
Post time 24-5-2022 06:43 PM | Show all posts |Read mode
Ingat Asyraf Wajdi ni harimau party asobiyyah ... meow meow rupanya

Sumber berita :

Kes diselesai cara baik, Asyraf Wajdi setuju tarik balik tuduhan terhadap MujahidBy  [url=]SITI NUR ZAWANI MISCON[/url]/  May 24, 2022

Kes saman yang difailkan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa terhadap Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi, diselesaikan secara baik.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah merekodkan penghakiman persetujuan selepas bertemu kedua-dua pihak di kamar mahkamah hari ini.

Dalam persetujuan tersebut, Asyraf Wajdi selaku defendan bersetuju untuk memadam dan menarik balik hantaran di Facebook beliau tentang dakwaan penjualan aset-aset strategik Lembaga Tabung Haji (TH) bernilai RM2.6 bilion.

Dakwaan tersebut dibuat Asyraf dalam satu hantaran bertajuk “Tabung Haji jual RM2.6b ekuiti: YB Mujahid harus segera beri penjelasan”, dan telah dimuatnaik pada 30 September 2019.

Berdasarkan persetujuan, Asyraf perlu membuat hantaran bertulis di akaun Facebook miliknya berhubung dengan persetujuan untuk menarik balik kenyataannya sebelum ini.

Perkara tersebut dimaklumkan peguam yang mewakili Mujahid iaitu Noorazmir Zakaria dalam satu kenyataan hari ini.

Penghakiman persetujuan hari ini direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Akhtar Tahir di mana Mujahid diwakili oleh Peguam Noorazmir Zakaria dan Atiqa Azmi manakala Asyraf diwakili Peguam Wan Muhammad Hafiz Wan Zawawi dan Aimi Shazwani Yaakob.

“Kes ini melibatkan saman fitnah Mujahid terhadap Asyraf yang difailkan pada 19 November 2019 berhubung dengan tuduhan Asyraf di dalam Facebook miliknya bahawa wujudnya penjualan saham Tabung Haji di dalam syarikat Tenaga Nasional Berhad ketika Mujahid menjawat jawatan sebagai Menteri Agama,” katanya.

Mujahid ketika dihubungi bersyukur kes ini selesai dan beliau berharap tidak lagi wujud sebarang tohmah oleh mana-mana pihak yang mengaitkan dirinya dengan sebarang dakwaan kononnya beliau telah meluluskan penjualan saham Tabung Haji di dalam syarikat Tenaga Nasional Berhad ketika beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Agama.


Dari FB Asyraf Wajdi





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2022 06:49 PM | Show all posts
oh dah ade ye RCI siasat  pelupusan aset aset TH. baguslah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 06:52 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 24-5-2022 06:53 PM

?tapi TRX tu aset, asyraf juga bising pasal aset juga ,  bukan hal berkenaan saham tabung haji. baguslah beliau tarik balik tang bab saham tu.
hal tabung haji plantation tu - ia kaitan dengan isu sahakah atau aset?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2022 08:13 PM | Show all posts

Asyraf Wajdi kantoi isu Tabung Haji , tarik balik kenyataan

Edited by sam1528 at 24-5-2022 08:19 PM

Tajuk diubah

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 08:20 PM | Show all posts
Dah lama dah aku tahu wanidi ni pokitician shaithonirrajjim. Masa ph jd gomen dulu n dia baru dpt jwtn prmuda umno, mmg nampak sgt apa saja isu asalakan dpt menonjol jadi hero. Isu pasal exam apa tu yg chinese oriented tu, dia iya2 jd hero mintak dihapuskan ujung2 tersebar pic dia ambil anak balik dr sekolah cina lol. Skrg ni umno dah naik langsung tak dgr psl nak hapuskan exam tu dr mulut bangsattt dia phuiii! Jenis tiup api perkauman demi pilitaik survival dia.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 08:22 PM | Show all posts
tarikh balik bab mana satu ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2022 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasalaaaa..fitnah dulu n bila kantoi, mintak la maaf..takkan tak biasa ngan SOP ahlul partai nii
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 11:46 PM | Show all posts
zorrro_03 replied at 24-5-2022 08:22 PM
tarikh balik bab mana satu ni?

PArt ih

Mujahid nafi Tabung Haji jual aset RM2.6 bilion

Bernama
Diterbitkan:  Oct 1, 2019 8:28 PM

Dikemaskini: 11:45 PM
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa hari ini menepis dakwaan kononnya Lembaga Tabung Haji (TH) telah melepaskan pegangan aset dan ekuiti strategik berjumlah RM2.6 bilion.

"Mana ada syarikat lepaskan (aset dan ekuiti) RM2.6 bilion dalam tempoh tiga bulan, melainkan ia akan menimbulkan panik kepada pasaran,” katanya berhubung dakwaan Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki kononnya TH telah menjual aset strategik bernilai RM2.6 bilion termasuk pegangan saham dalam Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Mujahid berkata dakwaan sedemikian hanya akan menjejaskan institusi Islam berkenaan.

"TH sudah berada pada landasan tepat setelah setahun kita pulihkan, takkanlah hendak buat perkara yang jejaskan reputasinya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia 2019 di Putrajaya, hari ini.

TH dalam kenyataannya semalam turut menegaskan tidak pernah menjual ekuiti berjumlah RM2.6 bilion termasuk keseluruhan pegangan saham TH dalam TNB bernilai RM1.8 bilion.

TH sebaliknya berkata, sepanjang 2019, nilai ekuiti domestiknya meningkat sebanyak RM1.12 bilion daripada RM6.36 bilion pada akhir 2018, kepada RM7.48 bilion setakat 27 September 2019.

Mujahid berkata, tindakan pihak menyerang TH dengan kenyataan tidak benar untuk memburukkan kerajaan ibarat Lebai Malang, marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

Beliau juga memberi tempoh selama seminggu kepada Asyraf Wajdi untuk meminta maaf secara terbuka berhubung kenyataannya jika tidak mahu tindakan tegas diambil.

-Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2022 11:47 PM | Show all posts
SUmber rujukan Asyraf Wajdi :


Tabung Haji disposes of RM2.6b equities since 2Q

Friday, September 27th, 2019 at Markets | News
FacebookTwitterWhatsAppTelegramPinterest
by DASHVEENJIT KAUR/ pic by MUHD AMIN NAHARUL

THE Pilgrims Fund Board or Lembaga Tabung Haji (TH) has disposed of equities worth RM2.6 billion over the last three months as it continues to trim its exposure to the volatile equity market.

The fund last year sold equities and assets for almost RM20 billion to a government-back special-purpose vehicle (SPV). The move was a kitchen sink exercise to balance its books. More than a hundred counters were sold to Urusharta Jamaah Sdn Bhd.


The new management of the fund led by outgoing MD and CEO Datuk Seri Zukri Samat had promised to reduce the fund’s exposure to equity market, the reason behind TH’s financial fallout.

A compilation by The Malaysian Reserve on Wednesday shows that since the end of June 2019, TH has disposed of its entire shareholding in nine listed companies including FGV Holdings Bhd, Tenaga Nasional Bhd (TNB) and Yinson Holdings Bhd.

The company had sold its stake in Brahim’s Holdings Bhd, Lion Industries Corp Bhd, Shin Yang Shipping Corp Bhd, T7 Global Bhd, Notion VTec Bhd, Cheetah Holdings Bhd and NCK Corp Bhd.

ADVERTISING

Previously, TH transferred equity stakes or derivatives in 106 listed companies worth RM8.9 billion to the Ministry of Finance’s SPV in first quarter of this year (1Q19).



A check on Bloomberg shows that the fund has interests in 38 companies to date with shares valued at US$1.7 billion (RM7.13 billion), almost three times lower from its initial investment at the start of this year.

The market values for each of the shareholding disposals were worth RM1.8 billion (TNB), RM338.1 million (Yinson), RM324.3 million (FGV), RM23.5 million (Lion Industries), RM10.1 million (Notion VTec), RM9.6 million (T7 Global), RM7.9 million (Shin Yang Shipping), RM4.2 million (Brahim’s) and RM2.7 million (Cheetah) as of 2Q19.

The fund’s largest exposures are in the financials (59.6%) and communications (11.2%) sectors. TH’s largest five-year increase is in the material sector whereas its largest five-year decrease is in the consumer staple sector.

Fifty-nine percent of the institutional fund’s portfolio is invested in the financial sector, covering eight securities, with a market value of US$1 billion, a drop of US$344 million since the previous quarter.

TH’s second-largest sectoral investment is in the communications and industrials, accounting for 11.2% and 11.1% of its total portfolio with a total investment value of US$379.8 million.

TH’s smallest exposure is in the technology sector, with 0.5% of the fund’s portfolio held in two securities. The market value in this sector slumped by US$18.6 million quarter-on-quarter (QoQ) to US$8.6 million currently.

Zukri had previously said the fund’s exposure to the equity market was “a bit too high”.

In 2016, 55% of TH’s assets were in equities but the figure dropped to 50% in 2018.

TH is looking to rearrange its investment portfolio and aims between 60% and 70% to be fixed income.

“We are not fund managers, our role is basically to administer the haj, so the focus of investment should change. I think the focus now will be on fixed income, rather than equity,” he said in January this year.

Investigations by independent auditor PriceWaterhouseCoopers unearthed that TH had total assets of RM70.3 billion against RM74.4 billion in liabilities at the end of 2017, a hole of RM4.1 billion.

The state-owned fund has about nine million depositors and manages thousands of Malaysian Muslims to perform the haj every year.

As at June 30, 2019, its total assets exceed total liabilities by RM1.8 billion, with total assets of RM74 billion while total liabilities were RM72.2 billion.

Meanwhile, the amount of deposits has remained high at RM71 billion as at June 30, 2019.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
penah pegi talk asyraf wajdi zaman belajar dulu..masa tu heshe baru balik malaysia ke kalau tak salah..boring gila talk dia sampai weols student tersenguk2..hujung2 dengar masuk politik macam mehhh..takde beza la ko dengan yang lain
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 10:59 AM | Show all posts
_kelly replied at 24-5-2022 11:53 PM
penah pegi talk asyraf wajdi zaman belajar dulu..masa tu heshe baru balik malaysia ke kalau tak sala ...

dia ni jadi pak turut je nampaknya.  takde aura.  kalau paksa2 juga, nanti jadi mcm wak jahik.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 11:09 AM | Show all posts
orion_pax replied at 24-5-2022 08:26 PM
Biasalaaaa..fitnah dulu n bila kantoi, mintak la maaf..takkan tak biasa ngan SOP ahlul partai nii

tp damage done org kg dh percaya fitnah dia, tarik blk pun x guna kesian Mujahid
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
zorrro_03 replied at 25-5-2022 10:59 AM
dia ni jadi pak turut je nampaknya.  takde aura.  kalau paksa2 juga, nanti jadi mcm wak jahik.

sama macam pikiran ku..ingatkan stadi kat mesir ke mana dulu boleh la bawak perubahan bila masuk politik tapi join umno pulak..tak ke mana la
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 12:51 PM | Show all posts
_kelly replied at 25-5-2022 11:17 AM
sama macam pikiran ku..ingatkan stadi kat mesir ke mana dulu boleh la bawak perubahan bila masuk p ...

jenis naik sebab kroni.  tempat saya orang panggil jenis 'nebeng'.  mula lah nampak paksa diri, buat2,  berlakon etc2.   
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 08:46 AM | Show all posts
so terbukti  la kan tuduhan AmenoPas selama ni psl jual aset tabung haji tu fitnah semata2..fitnah jual aset,konon harta org melayu tergadai kat cina ni lah yg buat melayu felda kg.com sume tu terburu2 keluarkan simpanan Tabung Haji dan jadi benci kat PH..semoga penyebar fitnah hidup x aman digelek lori najis!






Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 09:59 AM | Show all posts
pusing2 gitu je la nyah. Semoga dipanah petir hendaknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2022 11:27 AM | Show all posts
owh kes yang ini ker...

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki hari ini menarik balik kenyataan berbaur fitnah yang dibuatnya terhadap bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Mujahid Yusof.

Perkara itu direkodkan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Akhtar Tahir, melalui prosiding penghakiman persetujuan membabitkan kes saman fitnah Mujahid terhadap Asyraf Wajdi.

Peguam yang mewakili anggota Parlimen Parit Buntar itu, Noorazmir Zakaria, memberitahu Malaysiakini, Asyraf Wajdi bersetuju untuk memadam dan menarik balik hantaran tersebut.

Ia merupakan hantaran dibuat bekas timbalan menteri di JPM itu di Facebook pada 30 Sept 2019 bertajuk “Tabung Haji Jual RM 2.6b Ekuiti: YB Mujahid Harus Segera Beri Penjelasan”.

kan masa debat antara Mujahid dan Azeez lembaga hari tu dah terang lagi bersuluh, tapi biasa la puak umno ni tak nak terima kenyataan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 11:28 AM | Show all posts
next jahid porn ni
leluhur sama kot
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka2 je fitnah orang pastu minta maaf... lain kali tanya la... sama2 islam sama2 melayu... umat akhir zaman...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ish awat selesai camtu eh. Kalau aku samannnnn jeeeee. Time tu mcm2 depa hina mujahid tu. Kesian aku tgk. Sesungguhnya penyabar betul si mujahid ni. Sapa yg percaya pitenah tu bila nak mintak mahap tu? Tingat lg bertong2 org dok maki waima dlm forum. Percaya sgt laaaa ngan umngok n pas pis pus tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.080642 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list