CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 644|Reply: 0

WRC 2022 – KALLE ROVANPERA MELAKUKANNYA SEKALI LAGI DI PORTUGAL

[Copy link]
Post time 24-5-2022 05:06 PM | Show all posts |Read mode

Pemandu muda pasukan Toyota Gazoo Racing, Kalle Rovanpera melakukannya sekali lagi untuk memenangi perlumbaan Vodafone Rally de Portugal sekali gus mengutip kemenangan ketiga beliau dalam perlumbaan FIA World Rally Championship (WRC) setakat ini.

Pemandu dari Finland itu berjaya mengenepikan saingan terdekat daripada rakan sepasukan yang juga pendahulu perlumbaaan di Portugal sebelum ini, Elfyn Evans. Kejayaan Kalle Rovanpera di Portugal ini dengan permukaan berbatu selepas melakukannya di permukaan bersalji di Sweden serta permukaan aspal di Crotia.


Dengan kejayaan Kalle Rovanpera ini bermakna beliau berjaya menjarakkan diri pungutan mata bagi mendahului kedudukan senarai pemandu dengan agak selesa. Dan pasukan Toyota Gazoo Racing cukup gembira dengan keputusan di Portugal apabila Elfyn Evans berjaya menduduki podium kedua setelah hanya ketinggalan 15.2 saat di hadapan Kalle Rovanpera.

Kejayaan pasukan Toyota Gazoo Racing ini sepatutnya boleh berganda lagi apabila seorang lagi pemandu mereka Takamoto Katsuta turut menampilkan akhir yang cemerlang di Portugal. Pemandu Jepun tersebut sedang berada di posisi ketiga keseluruhan pada peringkat SS terakhir sebelum Dani Sordo memintas di saat saat akhir dengan hanya kelebihan 2.1 saat sahaja.

Ternyata pemilihan Dani Sordo yang dipilih untuk beraksi di Portugal bagi menggantikan tempat Oliver Solberg cukup memberangsangkan apabila beliau berjaya mempamerkan pemanduan yang jitu. Apatah lagi ini penampilan pertama buat Dani Sordo musim ini untuk memandu Hyundai i20 N Rally1.


Sementara itu Thierry Neuville pula kelihatan semakin jauh daripada kejayaan di Portugal walaupun sebelumnya pernah berada di tempat kedua keseluruhan. Thierry Neuville mengalami masalah dengan tayar sehingga mengakibatkan kerosakan teruk pada driveshaft hingga mengakibatkan beliau kehilangan masa berharga. Tapi setidaknya Thierry Neuville masih berupaya berada di kedudukan kelima keseluruhan dan mengutip mata berharga untuk pasukan Hyundai Shell Mobis.

Kedudukan Mata Pemandu

    Kalle Rovenpera – 106 mata
    Thierry Neuville – 60 mata
    Takamoto Katsuta – 38 mata

Kedudukan Mata Pengeluar

    Toyota Gazoo Racing – 175 mata
    Hyundai Shell Mobis – 116 mata
    M-Sport Ford WRT – 94 mata
https://www.mekanika.com.my/wrc- ... i-lagi-di-portugal/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.053683 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list