CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 762|Reply: 9

Tengah Pening Fikir Ayam, Bekalan Ikan Pula Merosot- Harga Naik Mencanak!

[Copy link]
Post time 24-5-2022 04:45 PM | Show all posts |Read mode
Kekurangan bekalan ayam di pasaran menjadi kebimbangan orang ramai lewat kebelakangan ini.


Belum reda isu itu, bekalan ikan di Johor Bahru turut berkurangan, sekaligus menyebabkan berlaku sedikit peningkatan harga sekitar RM1 sehingga RM4 sekilogram.


Penjual ikan di sebuah pasar basah di Pandan yang mahu dikenali sebagai Ong berkata, bekalan ikan dan hidupan laut berkurangan 50 peratus berbanding sebelum ini menyebabkan harganya meningkat.


Foto: The Star




Katanya, pembekal memaklumkan bekalan diperoleh tidak banyak memandangkan faktor cuaca selain kos pengangkutan yang semakin mahal.


"Ikan pilihan ramai seperti kembung, cencaru dan selar kuning mengalami masalah bekalan. Kebanyakannya diperoleh dari pembekal di Perak.


"Sekarang ini kembung susah nak dapat walaupun orang ramai cari. Minggu lalu, kembung masih ada dan dijual antara RM18 hingga RM20 sekilogram (kg) berbanding hanya RM14 hingga RM16 sebelum ini.


"Ikan selayang pula sekarang RM15.50 sekilogram berbanding hanya RM11 manakala cencaru pula naik ke RM11 berbanding hanya antara RM8 hingga RM9 sekilogram," katanya.


Peniaga ikan yang dikenali sebagai Firdaus pula memberitahu sotong pula mengalami lebihan penawaran berikutan musim sotong di Mersing ketika ini.


Katanya sotong dijual mengikut saiz yang mana bagi saiz kecil dijual serendah RM15.50 sekilogram.


"Bekalan ikan dari Mersing di sini, pula membabitkan ikan besar yang memang mahal harganya. Bagaimanapun bagi bekalan ikan, pembekal memaklumkan ia akan pulih dan harganya akan kembali stabil," katanya.


Sebelum itu, pada Ahad lalu, media melaporkan pendaratan ikan terutama di utara semenanjung dilaporkan berkurangan sehingga 70 peratus iaitu daripada lebih sejuta tan kepada hanya kira-kira 300,000 tan sebulan berikutan keadaan cuaca tidak menentu sejak dua bulan lalu.


Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Abdul Hamis Bahari dilaporkan berkata, kekurangan bekalan itu menyebabkan harga ikan di pasaran turut meningkat. -CARI


Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2022 05:18 PM | Show all posts
Bala ayam belum selesai bala ikan nak mai pulak
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni telor pun susah nk dpt......
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 24-5-2022 06:00 PM

PAS 2014 vs 2022

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
untung la orang Mersing...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2022 06:26 PM | Show all posts
Cuba pergi kedai mamak ambil plastik
ambil sotong bubuh dalam plastik tu sehingga penuh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 06:40 PM | Show all posts
Sini ikan nyok2 pun dah rm17 sekilo, jika yg jenis besar 2kilo keatas rm15sekilo
Tapi bila balik kampung, lagi seram tengok harga ikan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2022 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols baru beli ayam 2 ekor di hero tadi
Kebetulan pkl 9am tu ayam baru sampai..
Jadi weols beli lah..
Limit 2 ekor saja
Tp ada je puak2 tamak beli sampai 8 ekor..
Pastu nak bayar kat cashier tak lepas
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Jajuli at 25-5-2022 09:00 AM

Baru semalam pergi pasaraya yg ada hanya ayam tua, tu pun limit 3 ekor je belian, tak kisah pun kebetulan memang nak beli ayam tua, ayam tua ni lagi sedap dari ayam  biasa kalau di buat rendang, ungkep, masak kuning rasa MCM ayam kampung cuma nak msk lama sikit biar lembut, kalau goreng memang taklah guna ayam tua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.070064 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list