CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1230|Reply: 6

Impian Nak Cuti Di Vila Menghadap Laut Musnah Dek Tertipu Iklan Murah Scammer

[Copy link]
Post time 24-5-2022 03:19 PM | Show all posts |Read mode


Sebaik sempadan negeri dibuka serta sektor pelancongan dibenarkan beroperasi semula, ramai rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang merancang percutian mereka sepanjang tahun ini.



Bagaiamanapun, percutian impian yang sudah lama dirancang individu bernama Maszulasry Armas, hancur berkecai apabila dia menjadi mangsa penipuan seorang ejen yang mendakwa dirinya sebagai wakil agensi pelancongan.



Memetik laporan mStar, jejaka berusia 25 tahun itu mengakui terlalu percaya dengan iklan promosi di Facebook menyebabkan kerugian berjumlah RM740 selepas membuat transaksi secara dalam talian kepada sindiket penipuan tersebut pada 14 Mei lalu.




Perkongsian Maszulasry di Instagram.




"Sudah lama rancang untuk berkumpul bersama keluarga sebab ketika sambutan hari raya Aidilfitri, tak semua dapat berkumpul. Jadi, penghujung Syawal ini barulah semua dapat tarikh cuti serentak.



"Saya buat keputusan nak belanja satu keluarga untuk tinggal di sebuah vila yang menjadi pilihan popular di Sabah. Saya jumpa dan tertarik dengan iklan di Facebook yang disebarkan seorang ejen lelaki.



"Saya menghubunginya menerusi aplikasi Whatsapp dan lock untuk tarikh menginap pada 30 Mei hingga 1 Jun," katanya kepada mStar.



Ketika saling berbalas mesej untuk berbincang mengenai perkara tersebut, ejen terbabit meminta Maszulasry membuat bayaran penuh. Dia yang bimbang ada orang lain turut menempah tarikh sama tanpa berfikir panjang terus membuat pembayaran berkenaan.









Bagaimanapun, selepas bayaran penuh dibuat, scammer yang menggunakan akaun bank Razali Shamsudin itu menghilangkan diri selepas tiga hari cuba dihubungi Maszulasry.



"Apa yang membuatkan saya percaya kerana saya lihat gambar, katalog dan emel yang menunjukkan dia seorang ejen syarikat pelancongan. Gambar profil di Whatsapp juga menggunakan foto dengan isteri membuatkan saya bertambah percaya dan terus buat tempahan.



"Selepas membuat pembayaran, saya hantar gambar resit sebagai bukti transaksi. Dia minta saya tunggu sebab nak semak transaksi bayaran itu. Selepas menunggu sehingga jam 10 malam, dia tidak memberikan sebarang maklum balas. Saya pun hubungi semula bertanyakan status bayaran tersebut.










"Setiap hari saya minta dia reply kat Whatsapp tapi tak dibalas. Dia terima mesej saya tetapi dia biarkan saja. Sampailah hari ketiga, saya tidak lagi dapat menghubunginya sebab dah kena block," katanya.



Hanya selepas nombor telefonnya disekat barulah Maszulasry sedar yang dia sebenarnya sudah menjadi mangsa penipuan lelaki berkenaan. Mencari maklumat lanjut mengenai 'scammer' tersebut, Maszulasry membuat pemeriksaan di media sosial dan Commercial Crime Investigation Department (CCID). Dia mendapati terdapat beberapa 'posting' mengenai penipu yang sama.



Maszulasry kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Inanam, Sabah pada 18 Mei. Pihak berkuasa turut memintanya untuk memanjangkan kes tersebut ke Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membekukan akaun bank 'scammer' berkenaan.



Maszulasry juga membuat hantaran di Instagram menceritakan pengalamannya bagi menyebarkan tentang taktik penipuan yang dilakukan individu berkenaan serta peringatan agar tidak ada lagi yang menjadi mangsa penipuan 'scammer' terbabit. - CARI



  


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2022 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak murah je terus nak booking. Sebab Tu sebelum nak amik pakej dengan mana2 cek dulu berdaftar dengan motac atau tak. Kalau dia ckp dia agent, cek dulu dengan travel agent mana.
Ingat murah ke nak dapat Kan lesen KPL Dari motac.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Haaa...Boleh pun ckp BM tp gigih nk berenglish..dh la bunyi hauk..sah2 ko terpesona dgn ads scam yg dlm bm tu haa..hadehhh
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolss safu family ke sabah tak mbik tour pon. Dah sampai kk airport baru terhegeh hegeh nak cari kereta sewa. Time tu nak malam dah. Lepastu dpt lah satu abg ni dia bg sewa kereta alza. Dia tanya ktorg nak stay mana sbb hotel pon tak booking. Dia bawak ktorg satu hotel tengah2 bandar. Not bad lah hotel tu. Mula2 dia nak jd tour guide ktorg siap bg tahu nak bawak tempat best2, dah tu iolss tanya ada bawak ke kudat tak dorg dah berat hati ckp jauh. Last2 ayah iolss ckp takpe ktorg drive sendiri jelah taknak tour guide. Berbekalkan google maps merata lah ktorg round kk, ke kundasang sampai ke kudat patah balik kk. Takyah guna tour guide pon
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 04:45 PM | Show all posts
tgk iklan murah
cek dulu kt semua jenis bentuk socmed/website
dpt no phone, contact/wassap sambil borak selit soalan cepu cemas
kalau dia kata dia agent kepada yada yada yadaa, call yada yada yada utk sahkan kewujudan agent
dan yada yada yada tu pulak nak sahkan kewujudan dia, cek la segala jenis bentuk # website fb ig..

gituuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 07:33 PM | Show all posts
Kan dah terkena... Scammers berleluasa!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2022 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu booking² nie bayar depo 10% je....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.065438 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list