CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1629|Reply: 10

Alahai Anak! Terbang RM20,000 Ibu Bapa Terpaksa Ganti Patung Teletubbies Pecah

[Copy link]
Post time 24-5-2022 03:01 PM | Show all posts |Read mode
Ibu bapa seorang kanak-kanak di Hong Kong terpaksa membayar ganti rugi berjumlah 30,000 yuan (RM19,750) kepada sebuah kedai permainan selepas budak lelaki tersebut menjatuhkan patung Teletubbies yang dipamerkan di premis itu, lapor laman berita St Headline.


Menurut kenyataan kedai KK Plus di Mongkok, pelanggan berkenaan telah membayar pampasan bagi patung yang bernilai lebih 50,000 yuan (RM32,919) itu.


Kata kenyataan itu, insiden tersebut telahpun selesai dan mendapat persetujuan kedua-dua pihak.




Kredit foto: news.rthk.hk




Patung itu juga merupakan prototaip bagi cetakan pertama dan harga rasmi bagi prajualan adalah 52,800 yuan (RM34,765).


Dekorasi itu diletakkan hanya untuk tujuan pameran dan berada di kedudukannya sejak November tahun lalu tanpa mengganggu laluan pelanggan.


Tambah kenyataan sama, memandangkan insiden itu menerima kecaman ramai, pihaknya akan mengambil inisiatif untuk menghubungi pelanggan terbabit bagi menjernihkan keadaan.


“Kami juga akan mengambil pengajaran daripada insiden ini bagi mengelakkan sebarang kejadian serupa daripada berulang,” ujarnya.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2022 03:17 PM | Show all posts
tengok dari cctv, budak tu tak sengaja langgar. dia terlanggar dari belakang badan dia.
kedai ni pon, dah tau patung tu mahal, display macam tu je buat apa? letak la dalam cermin.
nama pun kedai mainan, dah sah sah la customer pegi sana memang ramai kanak2. hishhh
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 03:25 PM | Show all posts
Dah tahu mahal dan rare letak ler ditempat lebih selamat kanak2 ramai mereka bila seronok lupa lihat sekeliling main redah je
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 03:43 PM | Show all posts
ni jenis peniaga perangai yahudi. dah agak patung bodoh tu mungkin takde pembeli. sengaja tayang tengah2 supaya dirosakkan. laknat nyaaaa perangai yahudi jenis ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Nice to see..nice to hold..once broken consider sold
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 04:21 PM | Show all posts
kopak parents budak tu. kena buat personal loan dengan Bank Rakyat kalau kat Malaysia hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2022 10:59 PM | Show all posts
Nampak sangat sengaja nak perangkap. Letak notis dekat atas lantai siapa yang perasan nak baca.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 11:39 PM | Show all posts
it's quite tak lawa le replika patung tu, seriously.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2022 11:48 PM | Show all posts
venom1 replied at 24-5-2022 04:21 PM
kopak parents budak tu. kena buat personal loan dengan Bank Rakyat kalau kat Malaysia hehe

klu kat Malaysia tak perlu bt loan karang je citer sedih kat fb nnt menderu2 bantuan smpi
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 06:58 AM | Show all posts
Jitu replied at 24-5-2022 11:48 PM
klu kat Malaysia tak perlu bt loan karang je citer sedih kat fb nnt menderu2 bantuan smpi

betul gak..silap2 kutipan lebih dari harga mainan tu hehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang hong kong kaya2. Mampu ja bayar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.308696 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list