CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2048|Reply: 33

Jenamakan Semula Nama Tempat, Jalan & Iklan Kepada Bahasa Melayu

[Copy link]
Post time 24-5-2022 02:44 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan disarankan untuk menjenamakan semula semua nama tempat, jalan serta iklan kepada bahasa Melayu bagi mewujudkan persekitaran yang melambangkan identiti Malaysia di negara ini.


Ini kerana, Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual di Institut Ketamadunan dan Pemikiran Islam Antarabangsa (Istac), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican menyifatkan kebanyakan lokasi di negara ini sudah hilang identiti negara termasuklah Kuala Lumpur.








“Bila nama Inggeris, persekitaran pun Inggeris. Kuala Lumpur pun sama, nilainya sebagai bandar Melayu telah hilang. Apa yang berlaku selama 65 tahun di beberapa tempat di Malaysia seperti di pantai barat Semenanjung, selain di Sabah dan Sarawak, persekitaran bahasa Inggeris dengan nama tempat, nama jalan, iklan…alam yang dibina ini perlu diubah.


“Macam masuk masjid berbeza dengan masuk bank, jadi persekitaran membentuk kita…tetapi tidak ada persekitaran yang mantap dan menyeluruh dalam bahasa Melayu dan memancarkan penggunaan bahasa ini di tempat-tempat di negara ini,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam sidang 9: Bahasa Melayu dan Pembinaan Negara bersempena Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu.


Pada masa sama, beliau mencadangkan supaya undang-undang dari segi tribunal diwujudkan khusus untuk isu bahasa kebangsaan.


“Di Filipina dan Jepun sudah diwujudkan tribunal sejarah untuk menimbang tara dan menyelesaikan pertelingkahan sejarah. Di sini kita ada masalah pertelingkahan bahasa Melayu selama 65 tahun tetapi tidak ada tribunal.


“Di mana kita nak mengadu masalah, bukan hanya bahasa dan budaya, tetapi identiti tribunal mungkin boleh letak di bawah penyemakan kuasa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).


“Tribunal mempunyai kuasa menghukum, bukan seperti mahkamah, mungkin tidak memenjarakan, tetapi mendenda kesalahan yang secara tidak langsung berkaitan bahasa,” katanya.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2022 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul. Annoying tengok nama-nama perumahan, bandar, apartment/kondo semuanya nama omputeh. Inferiority complex betul rakyat mesia ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 07:32 PM | Show all posts
aku setuju penggunaan bahasa melayu pada iklan dan papan tanda..

aku tak nampak keperluan guna bahasa lain untuk iklan/papan tanda...kalau ada yang kata nanti foreigner tak faham kalau tulis BM, eh dulik pulak aku?? berapa kerat aja foreigner dalam negara ni sampai mereka pula jadi keutamaan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 07:35 PM | Show all posts
pasal nama rumah/taman pula aku nampak sebab untuk naikkan value kawasan tu..tapi aku memang geli dengan nama yang ada "...ville"..entahlah, kedengaran tryhard sangat nak omputih..

cuma aku tak sokong bila nama asal ditukar..macam bangsar south contohnya..celah mana entah kawasan tu bangsar..
sama juga belah2 dengkil tu tibalah jadi cyberjaya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
~boolean replied at 24-5-2022 07:35 PM
pasal nama rumah/taman pula aku nampak sebab untuk naikkan value kawasan tu..tapi aku memang geli de ...

Khennnn sister? Se sekular2 akak ni pun, rengsa aih tengok nama jadi omputih sis. Rela la lagi akak tengok nama burit mall ke, mak hayam mall ke, hanjing mall ke sis. Tapi perkataan mall tu maintain sis. Jadikan dia rasmi bahasa melayu masukkan dalam dewan bahasa pustaka sis. Tak kuasa akak nak taip panjang2 ‘pusat beli belah’ dekkkk…. Kau nak akak korek pusat siapa dekkkk? Yihhhhh!
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Wangsa Walk
Bangsa South aka Kerinchi aka Stingarden

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2022 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 24-5-2022 08:47 PM
Khennnn sister? Se sekular2 akak ni pun, rengsa aih tengok nama jadi omputih sis. Rela la lagi aka ...

Korek pusat kak pooh la.

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 08:51 PM | Show all posts
semua dari atas...Presint tu apa dia.tak da yang bising dulu..semua kaki bodek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2022 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 24-5-2022 08:48 PM
Korek pusat kak pooh la.

Akak teringin nak korek pusat redza rosli dek. Makin testis pulak heshe lately ni dek.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
KL East tersenyum sinis @aechae
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat ampang ade Jalan youth.. Kau dh kenapa Jalan youth
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 09:14 PM | Show all posts
Tak setuju, biarkan nama asal tu, kenapa nak ditukar2 pulak hanya sbb bukan bahasa melayu. Semua tu kan ada sejarah or peristiwa sendiri, so kekalkan lah mcm tu tak perlu ditukar sejarah. Pelik betul mentaliti.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Contoh :  Ainsdale...hari tu ada seorang yg sebut Ainsdale , sukukata le tu bunyi e taling ( mcm leleh)....padahal orang tu
ada degree. Nak mengomputehkan sangat, sampai ada yg tak tau sebut.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat KL dekat jalan bangkok bank, ada je sis tgk satu kedai bertulisan bangladesh utk warga bangladesh. Kedai 2 tingkat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Daripada buang duit nk tukar signboard baru,ada baiknya duit tu disalurkan utk beri kemudahan kepada rakyat seperti memperbaiki jln2 raya yg berlubang2 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo nama2 tempat yg ada nilai sejarah puluhan tuhan sejak merdeka just kekalkan je lah. Tp kalo yg baru2 especially dlm  20 tahun kebelakangan ni mohon ambil tindakan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2022 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh ko lupa ka melayu dah guna nama ereb sejak beberapa keturunan. Kalau dulu ok lah nama simple2 ikut nabi tapi sekarang ko tengok semakin mengada2 ereb sendiri pun tepuk dahi. Yang itu sila tegur ya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 25-5-2022 07:26 AM
Eh ko lupa ka melayu dah guna nama ereb sejak beberapa keturunan. Kalau dulu ok lah nama simple2 iku ...

Nama jalan dan kawasan perumahan ke bang?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 07:56 AM | Show all posts
~boolean replied at 24-5-2022 07:35 PM
pasal nama rumah/taman pula aku nampak sebab untuk naikkan value kawasan tu..tapi aku memang geli de ...

guna nama bangsar south baru boleh jual harga cekik darah.. kampung kerinchi who r yusss
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasangan jarak jauh (pjj) pn melayu malu nk sebut dah. Lebih suka sebut long distance marriage (ldm). Ada kt thread mana nth. Malu guna bahasa sendiri ke zis
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.338122 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list