CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 736|Reply: 0

Masa depan GP Monaco jadi persoalan

[Copy link]
Post time 24-5-2022 02:42 PM | Show all posts |Read mode

LITAR di dalam bandar pelabuhan menjadi tarikan di GP Monaco. FOTO Agensi

Monaco: Perlumbaan Formula Satu (F1) akan diadakan di Grand Prix (GP) Monaco pada hujung minggu ini, tetapi wujud andaian litar yang pernah dianggap 'permata di atas mahkota' itu semakin hilang serinya.

Perlumbaan di Monte Carlo selalunya diingati kerana kemewahan, selebriti dan nostalgia, tetapi di sebalik tabir, ia sebenarnya lokasi banyak rundingan lumayan diadakan.

Penaja memang sukakannya, begitu juga dengan pasukan kerana ia memberi peluang mencipta lebih banyak rangkaian.

Kontrak bernilai jutaan dollar dipersetujui ketika makan malam di Café de Paris dan sebagainya dan F1 selalu mengekalkannya di dalam kalendar perlumbaan, walaupun trak dianggap ketinggalan zaman dan kerap menyajikan perlumbaan membosankan.

Ia kekal begitu kerana ia adalah Monaco.

Tetapi, landskap dalam F1 banyak berubah dalam masa singkat di bawah pemilik, Liberty Media.

Memang jelas Liberty kini mahu menjadikan perlumbaan baharu kepada ahli korporat bersuka ria.

Anda boleh melihat kepada GP Miami dan bagaimana pameran perdagangan berlaku dalam F1 yang bukan sekadar perlumbaan, sebaliknya khusus untuk mencari rakan kongsi dan penaja baharu.

Begitu juga perlumbaan di Las Vegas, tahun depan, yang menjadikan acara hampir sama yang bukan diadakan kepada peminat, tetapi lebih kepada peluang perniagaan.

Malah, Miami dan Vegas memiliki kapasiti untuk menyambut golongan atasan dengan menyediakan pelbagai hotel serta tempat makan mewah.

Semua itu tidak mampu dilakukan di Monte Carlo.

Terletak di selatan Perancis dan Laut Mediterranean, ramai pengusaha pelancongan berdepan masalah menyediakan kemudahan kepada tetamu berikutan penduduk menyewakan pangsapuri lama pada hujung minggu dengan harga terlalu tinggi.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... naco-jadi-persoalan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.072700 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list