View: 18735|Reply: 341
|
Suhaimi Saad Tak Nak Anak Ada Sijil Degree, Master Dan PhD, "Kalau Ada Jawatan Nanti Ambil Rasuah, Riba, Pecah Amanah"
[Copy link]
|
|
Satu Malaysia tahu Suhaimi Saad memilih home schooling untuk anak-anaknya.
Susulan daripada itu, ada yang bertanya agaimanakah tahap pembelajaran anak-anaknya itu bakal diukur sekiranya mereka tidak menduduki peperiksaan-peperiksaan khusus.
Di TikTok, Suhaimi menjawab kemusykilan tersebut.
Foto: IG
“Saya cuba jelaskan, pertama sekali, saya nak korang faham yang cara fikir, cara hidup dan matlamat hidup saya tak sama seperti orang kebanyakkan tapi saya tak pernah merasakan saya ini yang terbaik.
“Tujuan saya belajar dan bagi pendidikan serta ilmu pada anak-anak adalah jelas. Kita belajar kerana Allah. Belajar untuk dapatkan ilmu, beramal dan berbakti pada diri, keluarga agama, bangsa dan negara.
“Sijil degree, master dan phd semua nombor dua atau tiga. Itu bukan matlamat dan sasaran kita yang utama,” katanya.
Suhaimi kata sijil, kelulusan serta pangkat yang diraih oleh seseorang itu hanya akan membuatkan diri mereka leka seterusnya lari daripada matlamat hidup yang sebenar.
“Saya pernah masuk tadika, sekolah kebangsaan, sekolah menengah, mahad tahfiz dan UIA, saya perhati ramai orang yang ada ilmu, kelulusan dan jawatan tapi solat pun tak.
“Bila mereka dapat jawatan, dia mengamalkan riba. Bila ada kedudukan, dia beri dan terima rasuah. Dia pecah amanah dan tiada intergriti. Ilmu, kelulusan, sijil dan jawatan ada. Jadi, saya tidak mahu ini berlaku pada anak-anak.
“Kita hidup di dunia ini dengan matlamat untuk kekal di syurga. Dunia ini cuma jambatan sahaja. Jadi, sijil bukan keutamaan.
“Memang saya tahu ada yang menganggap sijil ni penting sangat tapi bukan bagi saya. Ramai yang saya kenal belajar di pondok dan tahfiz, hidup mereka lebih berjaya dan kehidupan mereka lebih baik."
Sementara itu suami Ina Naim ini tak akan halang jika anaknya nak ambil ujian khusus.
“Kehidupan ini bukan dinilai melalui sijil, kelulusan atau kedudukan. Yang tengok baik buruk kita, berjaya atau tidak ini hanya Allah. Kejayaan itu harus dinilai dari sudut pandang Allah SWT dan bukan manusia.
“Kalau nak sangat sijil nanti bila dah cukup umur, boleh daftar sebagai calon persendirian di sekolah-sekolah yang berhampiran. Kita dudukilah SPM tahun tu belajar betul-betul.
“Bila dah dapat sijil bolehlah nak sambung ke mana-mana yang kita mahu."
Suhaimi dan Ina dikurniakan empat anak, n 4 orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Disgust nya i dgn orang macam ini. Asyik words “kerana Allah”. Dlm al Quran pun kata lah kita hidup pun kena seimbang kadang nikmat dunia pun kena ambil kira, tapi jgn jugak lupa agama.
Ini kalau dh thinking mcm ini, alamat takyah hidup lah. Kesian kat anak2 tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Yelah xnk sijil apa2 tp menadah duit dr org ramai jiran tetangga |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib kau lah iena . Dapat suami mental mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Apalah nasib anak2 dia ni esok2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh tak meninggal cepat sikit jantan tak guna ni?
Mujur la bapak kpd ibnu sina, al-farabi, ibnu haytham, al-khwarizmi etc di zaman silam dahulu tak bagi ajaran sesat yakni tak perlu menuntut ilmu utk majukan dunia, cukup la sekadar tahu cara panjat pokok kurma, cara perah susu unta, juga cara gembala kamben saja...spt sohai yg cukup bangga "sekolahkan" anak cara2 isi minyak kat petrol pump, cara tukar tombol pintu, cara mintak sodoqoh kat pasar malam....dah rasa cukup advance dan hebat dah ilmu yg diturunkan |
|
|
|
|
|
|
|
Kau ni main pukul rata anggap semua yang ada pangkat tu terima rasuah. Kau ni dah fikir negative dan pandang rendah pada anak2 kau kalau mereka ada degree dan berpangkat mungkin mereka akan terima rasuah? |
|
|
|
|
|
|
|
org mcm sohai ni la yg buat umat islam makin mundur dan ditindas
rasuah/pecah amanah/riba tu sume pilihan individu. ko as parent siapkan diri ank ko tu dgn ilmu agama cukup² tp kalau dia nak buat juga bend xelok tu pilihan dia dan dia tggg akibatnya |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by jas7512 at 24-5-2022 02:17 PM
I ada master..takde pun ambil rasuah..pokok pangkalnya iman dan ilmu.....elok ke drp xde ilmu duniawi pastu meminta2 kat org sbb x lps duit hatta nak mkn tu...bodoh tu jgn lah tunjuk sgt baghal..aku rasa stinger pun lebih cerdik dr kau sohai baghal
Sting mari masuk sini dan kutuk sohai...ni lg bagus..mana tahu kutukan kau sedas boleh sedarkan suhaimi biol ni |
|
|
|
|
|
|
|
Maka bakal tersebarlah kebebalan si Sohai ni melalui anak beranak dia kelak..
Iols cuma mampu mendoakan agar keturunan ni tak membiak jika anak2 pun membesar dengan ideologi yg sama. |
|
|
|
|
|
|
|
Ia bukan semata sijil je sohaiiii... ILMU tu tau dakk. Menuntut ilmu tu kan ke wajib. Plus ramai je manusia ada sijil tapi jaga solat, jadi hafiz hafizah.. Ko dah kenapa sohaiiii. Memang ngam teruk nama sohai tu dengan dia ni.. Kenot brainn.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apahal nama anak dia susah nau nak sebut |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by AshkieLa at 24-5-2022 02:22 PM
tunggu jela.. esok2 dengan anak ko tak berpelajaran tu pastu yg ko 'taknak' tu kot lagi worst happened kat diorg.. baru tau langit tu tinggi ke rendah. Allah nak uji orang sombong dan bongkak ni banyak cara.
ko yg tak habis degree pun dok jual makanan amik untung yahudi.. pastu dok menipu orang sampai nak kena tumbuk/pindah lari sana sini..jadah plak ko nak assume orang yg pandai dan kejar ilmu(dunia dan akhirat) akan jadi jahat...
otak bodoh ko tu simpan je dalam lubang jamban leh tak?
sembang b*** terbang sampai ke phd mcm spesis genius..
padahal nak habiskan degree pun ko tak mampu. lemahhhhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku teringt si salmon tu ckp nti bos dia suruh ambik vaksin dia berenti keja
Sohai bangga si ketot tu ckp cmtu. Dia tak pikir sapa nk ambik ank dia keja dgn sijil tadika pun takde |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannyer la kat anak2 tu..
si bapak ni mmg dah niat dia nak wariskan kebodohan dia kat budak2 tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak heran dia ni bodoh
bini dia pon bodoh
yang aku heran kenapa ramai sangat yang sokong dan ikut dia jadi bodoh kat tik tok tu
memang lahir bodoh atau camner |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik tak benda yang dia takde dlm hidup dia, dia akan pertikaikan benda tu mcm tak bagus. Nampak sgt ada insecurity. Itu asyik guna nama “Allah” sbb nak rasa diri hebat dari lain. |
|
|
|
|
|
|
|
simpati dengan anak2 dia dpt bapak mental mcm ni.
disebabkan dia punya mentaliti, masa depan anak anak jadi mangsa.
mcmana la nanti ek, anak2 dia nak survive? factor economy, education, keadaan dunia kena ambik kira juga la sohai |
|
|
|
|
|
|
|
Yang kau makan duit derma Sabah Care segala tu takpa pula? |
|
|
|
|
|
|
| |
|