CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 2435|Reply: 63

[Tempatan] Walaupun suhu panas, Malaysia tidak akan alami gelombang haba – Met Malaysia

[Copy link]
Post time 24-5-2022 08:58 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Peralihan monsun barat daya yang menyebabkan cuaca panas terik sejak Sabtu lalu sehingga pertengahan September ini masih boleh mencetuskan hujan lebat,  angin kencang dan petir.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia, Lim Ze Hui berkata, ini kerana angin akan bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara yang lebih rendah dan keadaan atmosfera stabil.

“Ia merupakan fenomena biasa yang berlaku semasa monsun barat daya dan sepanjang tempoh ini, kadang-kala kita boleh alami hujan dan ribut petir pada sebelah petang,

“Apabila berlaku pembentukan awan maka hujan dan ribut petir boleh berlaku dalam tempoh masa yang pendek dan berpontensi membawa kepada bencana alam seperti kepala air serta banjir kilat,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Tambah Ze Hui, hujan dan ribut petir ini boleh berlaku di sekitar kawasan pendalaman serta bandar besar di Semenanjung dan barat Sabah serta Sarawak malah ia boleh berlarutan sehingga beberapa jam.

Sementara itu, ditanya mengenai tahap suhu panas yang boleh berlaku sewaktu peralihan monsun barat daya ini, beliau berkata Malaysia tidak akan mengalami gelombang haba yang melampau seperti yang berlaku sebelum ini.

“Lazimnya dengan keadaan sekarang, suhu maksimum pada sebelah siang yang direkodkan sekitar 33 hingga 35 darjah Celcius (°C) manakala sebelah malam pula, pencarapan yang kita lakukan semalam di antara 28°C hingga 30°C.

“Ini berdasarkan data-data terkini yang kita ada dan suhu ini nampaknya lebih tinggi daripada lazimnya berlaku semasa peralihan monsun baharu, yang kita lalui sebelum bermulanya monsun barat daya,” katanya.

Walaupun jumlah taburan hujan semakin berkurangan berbanding musim lain ditambah cuaca kering, beliau menasihati orang ramai agar tidak melakukan pembakaran secara terbuka kerana boleh mengundang jerebu yang teruk.

Selain itu, beliau juga menggalakkan untuk menggunakan air secara berhemah kerana dibimbangi  bekalaan ia mungkin terjejas.

https://malaysiagazette.com/2022/05/24/walaupun-suhu-panas-malaysia-tidak-akan-alami-gelombang-haba-met-malaysia/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2022 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Gelombang haba apa nya dah memang hari2 panas. Temperate countries ja yg ada heat wave ni. Sama gak macam cold snap.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 10:50 AM | Show all posts
suhu sampai 39 kat luar
tak haba aponya
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 12:15 PM | Show all posts
epal_putih replied at 24-5-2022 10:50 AM
suhu sampai 39 kat luar
tak haba aponya

temometer i capai 41'C.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 12:28 PM | Show all posts
takde gelombang haba tapi gelombang noreen seperti yang dialami bbnu twidder?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 12:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2022 12:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 12:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2022 12:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 12:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 12:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 12:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 12:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 12:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 12:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 12:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2022 12:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 12:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 12:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 12:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.067130 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list