View: 3134|Reply: 46
|
[Politik]
'Setiausaha yang cuai, kenapa saya yang kena' - Ahmad Zahid
[Copy link]
|
|
'Setiausaha yang cuai, kenapa saya yang kena' - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, keluar selepas perbicaraan tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta.
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mempersoalkan mengapa beliau yang dituduh di mahkamah atas kesalahan pecah amanah dana Yayasan Akalbudi, sedangkan perbuatan itu disebabkan kecuaian bekas setiausaha eksekutifnya, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly, dalam membuat transaksi pembayaran kad kredit milik beliau.
"Inilah, saya sendiri tidak faham. Kenapa bayar lebih dan kadang-kadang bayar kurang (pembayaran kad kredit). Ertinya ini cuai. yang kena saya. Adakah ini satu keadilan?" Soal Ahmad Zahid.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika menjawab soalan peguam belanya, Datuk Ahmad Zaidi Zainal pada sesi pemeriksaan utama ketika membela diri terhadap 47 pertuduhan, iaitu 12 kes pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Ahmad Zaidi ketika itu menyoal anak guamnya berhubung transaksi lebihan dan kekurangan pembayaran kad kredit Ahmad Zahid menggunakan duit yayasan, yang dibuat oleh Mazlina.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, lebihan dan kekurangan pembayaran kad kreditnya adalah disebabkan kecuaian yang diakui sendiri oleh Mazlina, dalam mengendalikan perbelanjaan kad kredit berkenaan.
Malah menurut beliau, Mazlina ketika memberikan keterangan menyatakan tidak tahu, tidak pasti, dan tidak ingat berhubung pengurusan bil kad kredit terbabit.
Katanya, beliau juga tidak pernah membenarkan Mazlina yang juga saksi ke-90 pendakwaan untuk menggunakan cop tandatangan atau cek pra-tandatangan bagi pembayaran kad kredit peribadi dan polisi insurans kenderaan miliknya.
"Sebagai banker yang terlatih dan berpengalaman, sekiranya saya tahu Mazlina berkelakuan sebegini, saya tidak akan beri kebenaran dan akan menghentikan perbuatannya serta merta.
"Mazlina sendiri tidak pernah menyerahkan dan menunjukkan kepada saya sebarang penyata kad kredit bulanan dan cek dikeluarkan olehnya. Sekiranya penyata kad kredit bulanan dan cek itu diserahkan atau ditunjukkan kepada saya, saya tidak akan memberi kebenaran terhadap pembayaran itu.
"Begitu juga penyata bank bulanan peribadi milik saya dan Yayasan Akalbudi tidak pernah ditunjukkan kepada saya walaupun telah diminta daripada Mazlina. Saya ingin menegaskan bahawa saya akan menghentikan perbuatan Mazlina sekiranya mengetahui beliau mengeluarkan pembayaran secara lebihan dan pembayaran yang kurang bagi tujuan pembayaran kad kredit saya," katanya.
Ahmad Zahid menegaskan, beliau tiada pengetahuan peribadi sama sekali bahawa Mazlina menyalahgunakan cop tandatangannya untuk membuat pembayaran kad kredit berkenaan dengan menggunakan cek Yayasan Akalbudi.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... ng-kena-ahmad-zahid
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia sendiri yang takde perasaan accountability.
Btw, bukan thread dah ada ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Ada undang2 la vangang!! Orang suma salah kecuali ko & femli freaky ko jer yang betul. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau aku jadi hakim mau rasanya aku turun dari kerusi sekejap kasi lempang OKT ni dua tiga das. Kalau pun betul ko tak tau aku tetap bagi ko hukuman paling berat sebab bodoh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila berkuasa inilah jadinya |
|
|
|
|
|
|
|
Spt dijangka
Sblm ni kes bosku ke die jgk ke
Menyalahkan staf bwhn die
Ko tgu esk kes setel org2 yg dianiaya ni reveal dlm buku ke, youtube channel ke
Mn2 medsos lh
|
|
|
|
|
|
|
|
It is call ACCOUNTABILITY sial!!
guna MO bosku pula
kata kena tipu dengan JLO
kau pula kata setiausaha
sign buta ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 23-5-2022 08:14 PM
Kalau aku jadi hakim mau rasanya aku turun dari kerusi sekejap kasi lempang OKT ni dua tiga das. Kal ...
Lepas tu, kau pulak jadi OKT sebab ikut undang2 sendiri melempang org ikut sukahati... |
|
|
|
|
|
|
|
xAthenax replied at 23-5-2022 09:09 PM
It is call ACCOUNTABILITY sial!!
guna MO bosku pula
kata kena tipu dengan JLO
Bagaimana pula jika kau jadi ketua, jadi bos, staff kau pulak cuai buat keje... |
|
|
|
|
|
|
|
Klu staf cuai..bos tu sekali kn hukum sbb sapa suh bodoh gi lantik org bangang |
|
|
|
|
|
|
|
Kaklong x nak bg sepatah dua kata ke.biasanya dia yg lbh2 bg statement |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mana pemimpin umno no1 ni dituduh bukan2, umno dah la bakal memenangi pru tak lama lagi |
|
|
|
|
|
|
|
rashiman replied at 24-5-2022 12:15 AM
Bagaimana pula jika kau jadi ketua, jadi bos, staff kau pulak cuai buat keje...
Boss kena bertanggungjawab jgk dgn kecuaian staf dia. Dah staf tu duduk bawah dia. Sapa suruh tak check keje2 staf tu. Walaupun konon terlepas pandang, tetap boss tu perlu pikul tanggungjawab tu. Harap ko faham maksud aku. |
|
|
|
|
|
|
|
boss tak check ke keje seketeri? nak-nak lagi bab-bab duit ni kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
mudahnya keje...semua salah org bawahan dia. dia sbg org atasan buat apa je? dasarrrr caprut |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 23-5-2022 08:14 PM
Kalau aku jadi hakim mau rasanya aku turun dari kerusi sekejap kasi lempang OKT ni dua tiga das. Kal ...
Badut mahkamah mcm amber heard |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak boss yg camni….sign oink oink blind…tapi sebelum sign sepuluh kali la tanya si dia tu dah sign si dia ni dah sign….konon konon kalau yg bawahan semua dah sign adalah org yg dah chk…jadi dia sign oink oink blind…bila kena audit boleh pulak eh ada d audacity to say i dunno….all My staf said it has been checked…palatoh….macam terlupa gitu ko duduk atas pun ada responsibility la ngok… |
|
|
|
|
|
|
|
orang2 bawah tu pastikan la ada komunikasi hitam putih dgn bos2 ni...
biasa perangai orang atas, bila terdesak abis shift the blame to their staff...
tak advise la, tak inform la... sama macam kes 1mdb pinjam duit kwap, PM hantar surat sokongan, kalau surat sokongan dari PM merangkap menteri kewangan takkan ko nk buat bodo jer..
dah lepas pinjaman, tetiba ada orang pertikai surat tu suruh teliti jer permohonan, bukan suruh luluskan.. jadahhh |
|
|
|
|
|
|
|
ACCOUNTABILITY!!!!pangkat bukan untuk bermewah mewah goyang kaki MAKAN GAJI BUTA
cuai ..hah hah hah
|
|
|
|
|
|
|
|
iman_kasih replied at 24-5-2022 06:05 AM
Boss kena bertanggungjawab jgk dgn kecuaian staf dia. Dah staf tu duduk bawah dia. Sapa suruh tak ...
Yup, vicarious liability under tort law |
|
|
|
|
|
|
| |
|