CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 817|Reply: 2

[Dunia] Liverpool atau Manchester City?Pep Yakin Ramai Peminat Mahu Liverpool Muncul Juara EPL Berbanding City

[Copy link]
Post time 23-5-2022 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 23-5-2022 12:18 AM

Manchester City masih lagi memiliki kelebihan satu mata di hadapan Liverpool, dan baki perlawanan terakhir akan jadi penentu siapa bakal menjuarai saingan musim ini.

Manchester City akan turun beraksi bertemu Aston Villa sementara Liverpool pula akan turun beraksi bertemu Wolverhampton Wanderers.

Menjelang aksi pertemuan antara The Citizens bertemu skuad kendalian Steven Gerrard itu, Pep Guardiola sekali lagi ditanya soal siapa antara skuadnya dan Liverpool yang menjadi pilihan ramai untuk muncul Juara.

Guardiola tetap menegaskan yang ramai peminat sebenarnya mahu Liverpool yang muncul Juara saingan musim ini kerana mereka mempunyai sejarah yang sangat hebat.

Beliau turut percaya yang Man City umpama ‘orang asing’ sejak sedekad lalu walau skuadnya itu bakal menjulang gelaran Premier League kelapan mereka hujung minggu ini.

Saya yakin bahasa Inggeris saya tak begitu bagus selepas 4, 5 tahun. Saya kata ketika kamu berbicara tentang kejuaraan, pasukan yang lebih banyak sejarah dia akan ada lebih ramai peminat.”

“Ia berlaku di Sepanyol dan Jerman dan Itali. Kami umpama ‘orang asing’ sejak sedekad lalu.”

Pada masa sama, sudah tentu orang tak mahu Liverpool atau kami menang. Penyokong Liverpool mahu menang, saya tak kata seluruh negara penyokong Liverpool, tapi secara amnya mereka merupakan sebuah pasukan yang lebih banyak Piala.”

Jelas pengurus berusia 51 tahun itu.

“Mungkin saya salah, tapi di negara seluruh dunia yang lain, mereka akan ada dua ke tiga kelab yang orang akan sokong lebih dari yang lain.”

“Liverpool, United, Arsenal mereka ada banyak sejarah, kami masih baru, berapa kali nama kami ada dalam sejarah? Brighton, Paul Dickov, saya tak fikir macam tu. Ia tak banyak. Sebab tu kami rasa ia satu keutamaan dan kami tak akan sia-siakan peluang untuk menikmati 95 minit ini.”


https://thesukan.net/sebab-mengapa-pep-yakin-ramai-peminat-mahu-liverpool-muncul-juara-epl-berbanding-city/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2022 07:26 AM | Show all posts
dah habis pun malam tadi ... manchester city menang epl sesi ni. .. berita ni lambat sangat keluar, patutnya isunya siapa yang menang
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya lagi ramai nak city menang sebab tak nak tengok liverpool menang quadruple. Kalau madrid menang final ucl, menangis fans liberpul menang 2 piala kecik je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.055685 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list