CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8536|Reply: 148

[Tempatan] Era 'Kemiskinan' Pokai Duit KWSP 10K dah nak abis!

  [Copy link]
Post time 22-5-2022 07:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by xanderz at 22-5-2022 07:37 PM



    SEORANG penasihat jualan, Aida Farhanah Mohd. Jafri menunjukkan dua model telefon pintar iPhone 13 Pro Max (kanan) dan iPhone 13 Pro Mini (kiri) yang dijual pelanggan di Ipoh baru-baru ini.


Juruteknik jual iPhone murah sebab pokai beraya

Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram




IPOH – Menjadi trend baharu apabila ada dalam kalangan mereka yang berbelanja sakan semasa membuat persiapan raya kini mula menjual telefon pintar jenama iPhone walaupun baru memasuki minggu kedua Syawal di­sebabkan kehabisan wang.Disebabkan itu mereka yang terdesak sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang segera sementara menunggu gaji termasuk menjual telefon bimbit berjenama yang sebelumnya menjadi lambang status.


Percaya atau tidak, ada pemilik iPhone 13 Pro Max 512GB rela menjual telefon bimbit tersebut pada harga RM4,000 kerana ter­desak memerlukan wang segera. Mengakui perkara itu, seorang juruteknik di sebuah kilang bernama Zainal, 26, berkata, dia terpaksa menjual iPhone yang baharu dibeli bulan lalu bagi menampung perbelanjaan harian.

Katanya, ia kerana wang gaji bulan lalu telah habis dibelanjakan membuat persiapan raya termasuk membeli pakaian buat ahli keluarga kerana dua tahun tidak pulang beraya di kampung. Dia berhabis kira-kira RM4,000 membuat persiapan raya selain berbelanja besar semasa bulan puasa lalu.Kerana salah membuat kira-kira, beberapa komitmen seperti ansuran kenderaan, pinjaman pendidikan dan langganan siaran televisyen berbayar tertunggak.

“Saya beli iPhone 13 Pro Max 512GB itu bulan lalu pada harga RM6,699 hasil wang bonus dan simpanan bagi menggantikan ­iPhone versi terdahulu.“Oleh kerana kusut memikirkan pasal hutang saya rela menjual telefon berkenaan selain tidak mahu meminjam daripada kawan-kawan atau ahli keluarga,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

iPhone 13 Pro Max yang merupakan telefon pintar premium sememangnya menjadi kegilaan penggemarnya dan mempunyai nilai pasaran yang baik walaupun sebagai telefon terpakai. Tindakan serupa turut dilakukan pekerja syarikat penghantaran dikenali Azli, 25, apabila terpaksa menjual iPhone 13 256GB berharga RM3,899 yang dibeli pada Disember lalu. Katanya, dia ditawarkan harga RM2,000 untuk menjual telefon berkenaan di sebuah premis te­lefon terpakai di bandar ini.

“Memang sayang nak dilepaskan tetapi sebab kesempitan duit selepas seronok beraya maka saya fikir elok jual, lagipun saya ada telefon kedua. Telefon ini pun hanya digunakan buat bermain permainan dalam talian. “Walaupun rugi tapi apa nak buat. Ini sajalah cara terbaik. Takkan saya nak pinjam pada ah long pula,” ujarnya.

Bagi pereka grafik, Zainuddin, 30, dia juga menjual iPhone 13 256GB kepada seorang kenalan walaupun tidak sampai dua ­minggu menggunakannya.“Telefon itu dibeli menggunakan sebahagian wang penge­luaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru ini. “Saya jual telefon itu RM3,000 pada kawan dan dia pula gembira dan tak kisah jadi pemilik iPhone second hand,” jelasnya.



sumber : kosmo online






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2022 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
LEMAH!!

Apa yg penting beli phone tu at the first place.  Tak de nak kesian kat species cam ni.

Padan muka je
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by glump at 22-5-2022 09:50 PM

Kisah kwsp 10k ..ada org pinjam duit 2 tahun lepas sebab umah nak lelong. Tahun lepas lari konon duit kena curi,tahun nie Tak angkat telefon konon telefon hilang . Tapi upload gambo raya sakan di KL ..so raya ke 10 Cari dia kat tempat kerja..Tanya Khabar ...tengok Hp baru ada ,bini elok je pi routine inject vitamin c..slow talk and antaranya ckp cari kau nie susah ,makan Masa tapi Tak sampai 5 minutes kalau upload gambo kau sekeluarga kat med sos.  . So malam tu dia bayar suku. Ada pulak duit kan . Bulan depan Tak bayar ,jual motor RG dia . Sorry ..orang lain pun ada keperluan
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Majoriti orang malaysia kalau buat benda-benda bodoh dan tak berfaedah ni memang champion. Lepas tu bising dan merungut harga barang mahal. Nk ckp apa lg kalau bukan bodoh?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengku Z tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 10:38 PM | Show all posts
Berapa la agaknya gaji juruteknik yg beli IP13 Pro Max 512Gb tu... Aku tengok harga IP13 paling low end tu pun tersedak.. bukan tak mampu beli tapi tak sampai hati nak keluar duit banyak tu beli telipon.  Beli untuk orang ok tapi beli untuk diri sendiri mmg tak la.. sama macam setarbak, tealive etc.. anak2 mintak beli ok je.. tapi bila nak beli untuk diri sendiri rasa macam mahal banget.. pikio punya pikio tak beli, balik rumah minum kopi o aik cheong lebih jimat..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2022 10:39 PM | Show all posts
adm7 replied at 22-5-2022 01:56 PM
Majoriti orang malaysia kalau buat benda-benda bodoh dan tak berfaedah ni memang champion. Lepas tu  ...

yabg untung tauke phone tu la
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 10:52 PM | Show all posts
ni la bebudak b40 yg fail congak , fail matematik...kekecik  time cikgu ajo kat depan,  kome2 duk belakang bersembang.. takkan le tak boleh kira expenses bulan2 tu cemaner.. padahal congak2 dlm kepala je, bukan suh buat quadratic equation ke haper

need vs want  tu pun fail... camni nak jadi mak bapak? suk susu pampers anak pun tak terbeli sbb mak pak sibuk nak pakai latest gadget, minum stabak, beli keta H
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2022 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
b.o.d.o.h
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
budak2 muda skrg ni jangan la kita tegur ya..diorang paling pandai, kena ikut trend jugak..org ada, dia kena ada last2 terciduk..tu pon tak reti malu jugak sampai keluar kisah kau jual phone sebab takde duit kat socmed
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Stupidnya....itu je iols nk cakap.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk x ada kaitan dgn cerita....
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada jugak duit kwsp 10k abis dibelinya emas 999
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon acik T20 Prof Roshana bg sepatah dua kata
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
dah technician tu cuba bwk sedar diri. pakai xiomi sudah la dek baru 1k buleh spec mcm2 dah. lagi 5699 tu blh sgt ko buat blanje baju raya sekeluarga pakej utk monthly expenses, save duit gaji bln 4.

ramai rupanya tak sedar diri yerr janji folo trend pakai phone 5/6k semata utk main games

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Org muda gtuuu lah…buat keputusan x matang n xpikir panjang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2022 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Omg duig kwsp ko buat beli iphone 7k?

Takleh kecam, kang depa sentap kata sukati aku ler duit aku,

Hujung2 sanggup makan pasir
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 12:24 AM | Show all posts
syamzana replied at 22-5-2022 03:13 PM
dah technician tu cuba bwk sedar diri. pakai xiomi sudah la dek baru 1k buleh spec mcm2 dah. lagi 56 ...

adik saudara i baru kerja kat mcd. gaji RM 1600
dia nak perguna habis gaji dia ganti cpu yang dia dok main game.
dia nak beli yang RGB ada lampu.

u bayangkan RM 1700 processor , motherboard , penyejuk watercooler. graphic card 1060 6GB
kalau barang tu baru berkilat wangi takpe la jugak
tapi dia beli barang secondhand.

walaupun i orang IT is terkebil kebil tengok processor sahaja RM 900 !
zaman i dulu processor intel around RM 300-400 pentium D

i macam nak tegur tapi takut dia tak paham.
so i biarkan je la dia menghadapi proses beli part PC ni .
i boleh je guide a to z
tapi zaman i dah berlalu. so i biarkan je la ......
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah apesal berabis 4k utk raya?? Utk org lain pulak tu. Ko beli brg2 ko sendiri sudah la
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 22-5-2022 11:13 PM
dah technician tu cuba bwk sedar diri. pakai xiomi sudah la dek baru 1k buleh spec mcm2 dah. lagi 56 ...

Belanja baju raya family pon xperlu. Sapa berduit, beli la. X berduit, pakai je la baju2 lama. Dah kalau mak bapak tu xmampu nk beli, tlg la jgn susahkan ank2 suruh beli baju utk mak bapak n adk2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.075625 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list