CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 652|Reply: 0

Dua putera Sultan Johor hangatkan SIC

[Copy link]
Post time 21-5-2022 01:20 PM | Show all posts |Read mode

DUA jentera Mercedes AMG GT3 yang akan digunakan di GT World Challenge Asia.

Sepang: Dua putera Sultan Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim akan menghangatkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menerusi penyertaan mereka pada siri perlumbaan GT World Challenge Asia bermula esok.

Tunku Abdul Rahman serta Tunku Abu Bakar beraksi bersama pasukan Triple Eight JMR bersama dua jentera Mercedes AMG GT3 yang akan dipandu empat pemandu dalam kategori Pro-Am.

Tunku Abdul Rahman yang juga Tunku Panglima Johor akan bergandingan dengan naib juara musim tahun 2018, Nick Foster dari Australia.

Manakala Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar yang akan membuat penampilan pertamanya sebagai pelumba GT3, digandingkan dengan pelumba tempatan serta berpengalaman luas, Jazeman Jaafar.

"Setelah dua tahun tidak berlumba di Sepang sejak 2019, saya amat teruja untuk kembali bersaing di sini. Kali ini lebih menarik kerana dua kereta dari pasukan sama akan berlumba dan saya akan beraksi bersama adik saya (Tunku Abu Bakar) serta Jazeman.

"Sasaran kami untuk meraih keputusan terbaik. Jika dapat menaiki podium ia pasti sangat bermakna terutama apabila beraksi di halaman sendiri dan di depan penyokong sendiri," katanya ketika ditemui hari ini.

Tunku Abdul Rahman juga mengakui teruja dapat beraksi bersama Tunku Abu Bakar yang pada pandangannya mempunyai bakat besar.

"Melihat perkembangannya berlumba sehingga sekarang membuatkan saya berasa bangga dengannya. Harap dia juga akan mendapat keputusan yang baik," katanya.

Selepas Sepang, saingan GT World Challenge Asia akan diteruskan di empat litar Jepun (Suzuka, Fuji, Okayama & Sugo) sebelum berakhir di litar Mandalika, Indonesia pada bulan Oktober.

GT World Challenge Asia adalah salah satu perlumbaan sokongan bagi pusingan pertama Siri Kejuaraan Malaysia (MCS).
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... johor-hangatkan-sic
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.316812 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list