CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3122|Reply: 34

[Tempatan] Ustaz Kazim dinasihati jumpa doktor

[Copy link]
Post time 21-5-2022 10:11 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 22-5-2022 01:17 AM

BAGAN SERAI: Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim dinasihat berjumpa doktor pakar bagi mendapatkan rawatan sakit kulit yang dihidapinya.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, ini untuk memastikan pendakwah itu mendapat rawatan yang tepat.

Menurutnya, rawatan penyakit juga perlu dilakukan oleh pihak yang bertauliah.

“Sesiapa pun kalau ada sakit kulit, pergilah berjumpa doktor di klinik, mesti dapat rawatan yang tepat,  diagnosis yang tepat untuk rawatan, tak boleh terima siapa-siapa yang datang (untuk merawat), rawatan mesti daripada orang yang bertauliah.

“Jadi saya cadangkan bukan sahaja Datuk Ustaz tapi siapa saja yang ada sakit, tampil ke hospital.

“Kalau kes itu berat, kes akan dirujuk ke hospital besar, hospital pakar dan doktor pakar yang akan buat keputusan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar Al Baqir, di sini hari ini.

Kelmarin, Ustaz Kazim Elias dalam hantaran di Facebook mendedahkan dirinya mempunyai sakit misteri yang menyebabkan tubuhnya luka berdarah secara tiba-tiba.

Menurutnya, beliau telah mencuba pelbagai bentuk rawatan sama ada moden mahupun tradisional. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/05/ustaz-kazim-dinasihat-jumpa-doktor/?utm_source=dable

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2022 12:54 PM | Show all posts
Last2 cari doktor juga
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2022 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 21-5-2022 12:54 PM
Last2 cari doktor juga

Biasa klu org sakit
Mmg cari doktor
Klu tak cari rawatan alternative
Jarsng2 sakit cari publisiti
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2022 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Eczema kot ni.. or rupioid psoriasis.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia dah g jumpa doktor pakar  ke belum sebenarnya?

Masalah kulit kalau disebabkan jangkitan kulat ke apa bila sapu ubat pun tak hilang doktor akan bagi ubat telan tau.
Ubat ni boleh beli kat farmasi tapi kena ada surat doktor.
7 hari je makan, pastu elok je dah kulit tu.
Apa2 hal kena jumpa doktor dulu laa jgn main try je sebarang krim or petua2 org bg
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasihat yang baik dari pakar bertauliah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2022 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa masalah dia ni? Sekejap kena sihir,sekejap mekap,sekejap berlakon. Sakit kulit tu disebabkan sihir ke atau sebab mekap?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Die dah g jumpe doktor pun sbelum ni kan...ramai dah doktor die jumpe.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2022 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
kulit gatal.boleh jadi tanda tanda buah pinggang bermasalah
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 08:42 AM | Show all posts
KucaiHijau replied at 22-5-2022 07:15 AM
Die dah g jumpe doktor pun sbelum ni kan...ramai dah doktor die jumpe.

kalau baca berita sebelum ni dia dah buat rawatan moden dan tradisional pun.  


Dia umumkan nak jumpa bomoh siam itu pun sebab dia kata dah tak tahan dah... bayangkan seorang pendkawah yang mempunyai reputasi besar, ada imej yang besar dalam agama islam di negara ini .. kata nak jumpa bomoh siam yang sihirkan dia supaya lepaskan sihir. Itu tandanya dah serius sangat dah. Dan masalah dia ni adalah masalah masyarakat juga disebabkan dia ini ada kedudukan dalam masyarakat maka masyarakat akan contohi apa yang dia akan buat


Bukankan itu timbulkan kontroversi yang sangat besar..... jumpa bomoh ini satu tetapi kalau dah umumkan jumpa bomoh siam yang sihirkan dia maksudnya, mana-mana perawat islam dalam cirlce dia, kita dah boleh anggap surrender tak boleh  lawan sihir tu, sebabnya sepatutnya sebagai ustaz tersohor dia ada banyak contact perawat islam dan sepatutnya memang dia kena jumpa mereka dahulu untuk dapatkan rawatan kerana selari dengan seruan dakwah dia sendiri. .. satu yang kita faham ialah mungkin dia dah langgar beberapa perkara yang jadi imej sebelum ini, yang tentunya akan jejaskan imej dia sendiri....btw kalau betul sihir memang kira powerlah bomoh siam tu sebab boleh sihirkan seorang ustaz yang tentu ada amalan-amalan juga sebagai pendiding...


... sekarang ni dah jadi masalah umum, maka ramailah yang diluar circle dia nak tawarkan bantuan.. entah apa yang dia akan buat, teruskan jumpa bomoh sihir siam  itu dan pujuka hentikan sihir sambil bagi duit atau dia akan teruskan rawatan moden dan perawat altenatif di negara ini.


Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja9 replied at 22-5-2022 08:42 AM
kalau baca berita sebelum ni dia dah buat rawatan moden dan tradisional pun.  



Betul la kata u.
Sakit & sembuh semua dgn izin Tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 09:57 AM | Show all posts
jumpa doktor nanti xleh la mencapub lagi
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja9 replied at 22-5-2022 08:42 AM
kalau baca berita sebelum ni dia dah buat rawatan moden dan tradisional pun.  



Ya betul...dia mmg dari awal dah pergi jumpa doktor...dah bnyk kali jumpa doktor sejak dulu...doktor bedah dia pun x berkesan sampai dia ngilu @ serik jumpa doktor..sbnya dia mmg kena sihir..doktor yg merawat dia pun suruh dia berubat cara traditional...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut dia petik nama doktor yg dia Jupe tu...apa nama doktor..jawatan apa..pakar kulit ke apa.bila Jupe?.

ntah2 jupe houseman aja..dpt ubat krim..pastu serik dgn doktor..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Dlu ada sorg kwn pandai ubat org yg kena sihir n buang saka. Tp tu la dia tak sggup teruskn ubat org sbb tpksa berlawan dgn benda peliharaan penghantr tu tanpa henti ganggu sluruh ahli kluarga dia. Kesian niat nak tolong org tp diri sndiri n kluarga yg trpaksa tanggung. Semoga UKE d beri ksembuhan jika benar d sihir.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 02:50 PM | Show all posts
monkey pox senyum sinis

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2022 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
KucaiHijau replied at 22-5-2022 07:15 AM
Die dah g jumpe doktor pun sbelum ni kan...ramai dah doktor die jumpe.

Jumpa doktor yang betul iya. Bukannya sakit kulit jumpa GP yang tiada experience in treating skin disease. Mmg haus lah diagnosisnya.
GP tak semua yang knowlegeable in skin lesions. Some know best in communicable diseases, some very good in non communicable diseases. Not to discredit the GP friends but they are very limited in the depth of knowledge in certain areas.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
addamnor replied at 22-5-2022 03:27 PM
Jumpa doktor yang betul iya. Bukannya sakit kulit jumpa GP yang tiada experience in treating skin  ...

Haritu kakak iols anak kecik dia kena eczema, dia kata dia nk refer anak ke Dr. Ko. Iols terdiam kejap. Bukan ke Dr. Ko tu specialist aesthetics bukan specialist kulit ??
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
dah kalau betul dia disihir bomoh siam dan jmp bomoh tu dia nak suruh bomoh tu buat apa?tarik balik sihir? merayu?
igt org yg suruh tokmoh buat tu akan tunduk ke dgn permintaan dia?
tokmoh meyeringai je membuktikan antu dia lagi power
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 03:54 PM | Show all posts
Jumpa bomoh siam. Entah-entah bomoh siam tu nanti suruh dia gi jumpa specialist kulit..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.071478 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list