View: 1466|Reply: 17
|
[Tempatan]
Vaksin NawsonVacc : KKM dirayu iktiraf vaksin Covid-19 ini yang Mampu hilang simptom Covid-19 selepas satu sesi semburan dalam tempoh 20 saat!.Kajian saintifik?
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 20-5-2022 03:18 PM
Kuala Lumpur: Hanya tempoh 20 saat untuk menghilangkan simptom Covid-19 untuk selepas satu sesi semburan.
Itu hasil vaksin NawsonVacc, vaksin yang dikatakan boleh menghilangkan simptom yang dialami pesakit Covid-19.
Vaksin berkenaan dibangunkan seorang doktor dari India, Dr Alfred John Prem Raj sejak dua tahun lalu.
Menurut Dr Alfred, vaksin berkenaan menggunakan bahan semula jadi homeopati yang diimport dari Jerman.
Katanya, setiap sesi, pesakit akan diberikan tujuh semburan pada tekak dan berupaya menghilangkan simptom Covid-19 seperti sakit tekak, hilang deria bau dan rasa serta sesak nafas.
Menurutnya, seramai 8,000 pesakit Covid-19 sudah menerima semburan ini dan pulih tanpa sebarang kesan sampingan.
"Ini ada perubatan alternatif yang boleh membantu mereka yang dijangkiti Covid-19 untuk mengurangkan simptom dalam tempoh singkat.
"Semburan homeopati ini boleh menjadi alternatif untuk merawat pesakit bergejala ringan dan sederhana selain mengurangkan kadar kemasukan di hospital.
"Mereka yang sudah disembur dengan vaksin ini juga mampu dilindungi selama enam bulan," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Yayasan Keusahawanan Sosial (YKS), Dr Ammar Hassan.
Sementara itu, Ammar berkata, YKS bekerjasama dengan Dr Alfred bagi memberikan alternatif perubatan merawat Covid-19 di negara ini.
Katanya, vaksin semburan ini dibangunkan di Malaysia dan ia peluang untuk dijadikan alternatif kepada masyarakat.
"Kami sudah menghantar surat permohonan semakan kelulusan kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada 15 Mac lalu namun belum menerima sebarang respon.
"Malah 15 April lalu, kami turut menghantar surat semakan permohonan kepada Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Roshayati Mohamad Sani.
"Permohonan kebenaran ini diharap boleh disegerakan dan tiada masalah jika ia memerlukan ujian pengesahan bagi piawaian ditetapkan kerajaan sebelum dibenarkan untuk diberikan kepada masyarakat," katanya
https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2022/05/843628/vaksin-baharu-covid-19
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sembur sembur je lepas tu jadi.
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 20-5-2022 03:14 PM
Sembur sembur je lepas tu jadi.
Hahhh..sapu sapu jer..kurus..mustajabbbbb |
|
|
|
|
|
|
|
Iols selalu dengar cite negatif pasal homeopati tapi takdelah menolak atau menerimanya. Kawan iols dia cite masa remaja dulu dia guna homeopati untuk rawatan bipolar tapi yang penting bukan ganja.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau semburan tekak iols guna Betadine, sangat membantu kalau rasa sakit tekak.
|
|
|
|
|
|
|
|
hmmmm bila nak buat ujikaji kat sni??
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
pi laa push kat kementerian kesihatan india sana...
kes India dok lagi tinggi laa ni |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tersangat skeptikal kerna penekanan ke arah
"Hilangkan SIMPTOM Covid 19"
Apa pekdah hilangkan SIMPTOM tapi kobid Masih Ada pada pesakit? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by zfaz010 at 20-5-2022 04:42 PM
Penampakan org besar PPIM kat situ.
tau dah, mesti geng pseudoscience.
lagi2 dr homeopathi ni..
yang peliknya.. apasal promote kat Malaysia..
Buatlah dulu kat India tu dulu..
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa negara INDIA tak iktiraf vaksin ni?
nk scam org malaysia ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Betul.. kenapa India tak iktiraf.. tapi merayu kt KKM.. |
|
|
|
|
|
|
|
simtom la yg buat sakit
dah kalau positif kobid tapi sihat xda simtom kira sakit ke? sihat = sakit...sakit = sakit2 ?
|
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 20-5-2022 06:55 PM
simtom la yg buat sakit
dah kalau positif kobid tapi sihat xda simtom kira sakit ke? sihat = sakit ...
Kobid yg asymptomatic Tu acaner? |
|
|
|
|
|
|
|
kasibiman replied at 20-5-2022 04:22 PM
Aku tersangat skeptikal kerna penekanan ke arah
"Hilangkan SIMPTOM Covid 19"
Simptom tu yang buat orang sesak napas justeru mati katak dekkkk….. simptom tu yang orang taknak dekkk….. kalau nak totally buang virus dan bakteria dari muka bumi ni dekkkk, kat celah kulit kowtey kau sekarang ni pun tengah elok je bakteria buat resort dekkkk…. |
|
|
|
|
|
|
|
timbang kilo??? |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 22-5-2022 08:25 AM
Simptom tu yang buat orang sesak napas justeru mati katak dekkkk….. simptom tu yang orang taknak ...
Oh perkara baru
Terima kasih la pencerahan.
Mati kobid kerna simptom.
Bukan simptom itu petanda penyakit. |
|
|
|
|
|
|
|
kasibiman replied at 22-5-2022 09:59 AM
Oh perkara baru
Terima kasih la pencerahan.
Sama2 sis. |
|
|
|
|
|
|
|
Try hantar kat North Korea test dulu. Kalau berjaya buat saintifik jurnal barulah KKM evaluate. |
|
|
|
|
|
|
| |
|