CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1088|Reply: 10

Seram! Gadis Cantik Diambil Bunian Saat Masih Dalam Rahim Ketika Ibu Sedang Berkelah

[Copy link]
Post time 20-5-2022 02:51 PM | Show all posts |Read mode
Sumber: Tiktok Dayana Radzuan


Percaya atau tidak, kisah gangguan bunian seringkali terjadi kepada manusia ketika berada di kawasan hutan. Sememangnya topik berkenaan makhluk halus ini sukar dipercayai, namun baru-baru ini seorang gadis bernama Dayana Radzuan tampil berkongsikan kisah berkenaan dirinya yang terjadi semasa tahun 1999 menerusi akaun Tiktok miliknya.


Menurut gadis ini, ketika itu ibunya sedang mengandungkannya telah pergi berkelah di sebuah kawasan sungai. Walaupun tidak mandi di sungai itu, namun ibunya  tiba-tiba mengadu bahawa perutnya terasa sakit dan telah segera dibawa ke klinik berdekatan.





Namun menurut doktor, degupan jantung bayi tidak dapat  dikesan. Oleh itu, ibunya telah pergi berjumpa dengan seorang ahli saudara yang lebih 'pakar' dalam perkara ghaib. Ahli saudara ini telah memberitahu ibunya bahawa Dayana telah diambil oleh bunian.





Gadis ini juga akui bahawa kadang-kala dia boleh melihat benda-benda ghaib seperti makhluk halus. Sewaktu zaman persekolahan, dia pernah memgikut aktiviti perkhemahan. Namun dia tidak sangka bahawa berdekatan kawasan itu terdapat kawasan perkuburan lama. Pada awalnya tiada apa yang berlaku sehinggalah pada lewat malam, gadis ini terpandang ke arah kawasan itu lalu ternampak 'entiti putih'.





Tambahnya lagi, dia juga ternampak makhluk berbungkus ketika dia sedang beratur untuk memasuki khemah. Ketika sedang tidur, Dayana tiba-tiba terasa mahu membuang air kecil. Namun, dia tidak mahu menyusahkan rakan-rakannya yang sedang tidur lalu dia pergi ke tandas bersendirian. Semasa melangkah masuk ke tandas, dia ternampak 'makhluk' sedang bertenggek di atas atap tandas.


Seram betul bila dengar kisah macam ini. Walaupun sukar untuk mempercayai kisah seperti ini, namun makhluk halus memang wujud di kalangan kita. Dayana bukanlah orang pertama yang menceritakan pengalamannya dengan makhluk ghaib, banyak lagi kisah-kisah yang diceritakan oleh orang yang kita. Semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. -CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2022 05:12 PM | Show all posts
Mana dia tahu dia diambil bunian sedangkan waktu tu dia masih dlm kandungan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
entah ape yg bunian tak berkenan kat budak ni agaknya sampai dipulangkan semula biasa dengar kena amik je tak penah la kena return. mesti sbb barang order ngan barang sampai tak sama
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2022 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda: entah ape yg bunian tak berken ...


Mcm shopee plak return salah brg ekekke..
Muka dah elok cantik tak yah makeup tebal sgt la dik.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2022 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Maknya dulu rajin baca Mastika atau Tamar Jalis kut. Ceritalah kat dia, nanti cerita turun ke anak cucu pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2022 06:18 PM | Show all posts
Pelik2 orang tiktok ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2022 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Sggup mereka-reka cerita demi nk viral
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 20-5-2022 06:09 PM
entah ape yg bunian tak berkenan kat budak ni agaknya sampai dipulangkan semula  biasa dengar kena ...

Bonian tu dapat rasa bakalan jadi content toktok kot, tu yg pulang balik..koserr katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2022 04:44 PM | Show all posts
x pernah dgr bunian ambik dipulangkan semula..... kalau tiktok ni mcm susah nk oercaya dik, sorry.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 04:45 PM | Show all posts
x pernah dgr bunian ambik dipulangkan semula..... kalau tiktok ni mcm susah nk percaya dik, sorry.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkkk
ko nak viral, viral jeee
tak payah reka2 cerita
muka basic macam ko ni memang kena compete dengan muka2 basic yang lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.062190 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list