CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 616|Reply: 0

Magnussen bantah larangan penggunaan barangan perhiasan

[Copy link]
Post time 20-5-2022 11:42 AM | Show all posts |Read mode
Magnussen bantah larangan penggunaan barangan perhiasan


KEVIN Magnussen. -AFP

Montmelo, Sepanyol: Pemandu Formula Satu, Kevin Magnussen berkata dia tidak selesa apabila diberitahu supaya menanggalkan cincin perkahwinannya ketika perlumbaan kerana larangan terhadap "penggunaan barang perhiasan".

"Saya faham apa yang mereka katakan, tetapi ia adalah cincin perkahwinan yang hanya di jari," kata pemandu Haas itu menjelang perlumbaan Grand Prix Sepanyol.

"Saya akan mengambil risiko ketika berlumba dengan cincin itu. Jika sesuatu yang buruk berlaku, saya mahu memakai cincin saya. Rasanya agak teruk untuk menanggalkannya."

Beliau mencadangkan agar pemandu diberi peluang untuk bertanggungjawab atas pilihan mereka sendiri dan menandatangani perjanjian untuk menghapuskan liabiliti daripada penganjur.

Mereka perlu lebih fokus kepada kemalangan mengerikan seperti yang terjadi kepada bekas rakan sepasukannya di Haas, Romain Grosjean pada Grand Prix Bahrain 2020 yang dilihat lebih bahaya berbanding menumpukan pada barang kemas dan seluar dalam.

Sementara itu pelumba Alpha Tauri, Pierre Gasly menggesa penganjur memikirkan dengan waras terhadap penguatkuasaan 'larangan pemakaian barang kemas' yang menyebabkan juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton dikenakan denda berat setiap kali perlumbaan.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -barangan-perhiasan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.063206 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list