CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 472|Reply: 2

[Perlis] Kes HFMD meningkat 373 peratus di Perlis

[Copy link]
Post time 19-5-2022 05:44 PM | Show all posts |Read mode

Dr Sirajuddin Hashim

Kangar: Penularan penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) di Perlis meningkat sebanyak 373 peratus apabila 497 kes dilaporkan sehingga Minggu Epid (ME) ke-20 semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, Dr Sirajuddin Hashim berkata, ia menunjukkan peningkatan yang tinggi peratus berbanding pada ME yang sama tahun lalu yang hanya mencatatkan sekitar 105 kes.

Katanya, majoriti kes HFMD di negeri ini membabitkan penularan di taska, tabika dan tadika dan sehingga kini, terdapat 20 premis berkenaan ditutup bagi mengelakkan penularan.

"Arau mencatatkan kes yang paling tinggi dengan 70 kes direkodkan selain Sena dan Sanglang masing-masing 54 dan 43 kes.

"Dalam usaha mencegah atau membendung penularan kes ini terutama di taska, tabika dan tadika maka penutupan sementara premis berkenaan selama 14 hari dilaksanakan mengikut Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi tujuan sanitasi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, selain itu juga pemilik premis dikehendaki menjalankan sanitasi menyeluruh di dalam dan luar premis selain alatan permainan dan bantuan mengajar.

"Selain itu, pendidikan kesihatan secara langsung kepada pihak pengurusan taska atau tadika serta petugas dan guru yang menguruskan kanak-kanak secara langsung berkenaan amalan kebersihan dan sanitasi rutin di taska, langkah kawalan perebakan penyakit berjangkit di taska seperti larangan berkongsi barangan peribadi kanak-kanak dan menggalakkan amalan mencuci tangan.

"Malah, tanda awal kanak-kanak yang tidak sihat juga perlu diberi perhatian semasa saringan pintu masuk," katanya.

Dr Sirajuddin berkata, selain itu langkah pencegahan menerusi risalah dan poster mengenai HFMD serta amalan kebersihan yang baik turut diedarkan kepada pusat taska dan tadika.

Beliau berkata, selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah mengambil langkah yang proaktif dengan mengaktifkan ciri terbaru pengesanan kes penyakit berjangkit (Infectious Disease Tracker) dalam aplikasi MySejahtera.

"Ini termasuk bagi kes penyakit berjangkit seperti Covid-19, Penyakit Anjing Gila (rabies), demam campak (measles), demam denggi dan HFMD di kawasan sekitar.

"Ciri ini boleh membantu orang awam untuk menjalankan aktiviti dan perjalanan harian secara lebih berhati-hati selepas mengenal pasti kawasan berisiko dalam radius berbeza mengikut penyakit," katanya.


https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 3-peratus-di-perlis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2022 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
HFMD
(HAND FOOT MOUTH DISEASE)
(Penyakit kaki, tangan, mulut)

HFMD adalah penyakit penularan enterovirus yang biasa menyerang kanak-kanak dan org dewasa juga tak terkecuali ya..

Kebiasaannya penyakit ini tidak serius tetapi mengundang kebimbangan dan yang paling utama boleh merebak dan menjangkiti anak-anak lain dgn cepat.

Penyakit ini biasanya merebak melalui sentuhan dengan cairan badan seperti kahak, hingus, air liur, cairan kulit, najis dan sebagainya.

Tanda-tanda (gejala; symptoms) penyakit HFMD:
• Ruam pada tangan, kaki, mulut
• Ulser dalam mulut
• Demam
• Letih lesu
• Sakit kepala atau perut
• Kurang selera makan
• Cirit
• Dehydration (kekeringan)

Walaupun begitu, ada peratusan kecil, penyakit ini boleh membawa kepada komplikasi yang lebih serius:
*jangkitan kuman selaput otak (meningitis / encephalitis),
*radang / jangkitan peparu (pneumonitis / pneumonia)
*radang jantung (myocarditis).

Kebiasaanya, penyakit ini tidak serius, tanpa sebarang komplikasi yang membimbangkan dan sembuh sepenuhnya.

Dari segi rawatan, kebanyakkan pesakit dirawat sebagai pesakit luar tanpa perlu kepada kemasukkan ke dalam hospital.

Rawatan lebih tertumpu kepada perawatan gejala penyakit seperti:

-ubatan demam,
-ubatan topikal untuk ulser mulut,
-pemerhatian kepada gejala komplikasi yang lebih serius
-memastikan hidrasi dan nutrisi pesakit diteruskan.

keluarga perlu lebih prihatin pada faktor kebersihan (hygiene) dan mengelakkan penularan penyakit ni.

Namun begitu, ada ketikanya yang pesakit-pesakit ini perlu dimasukkan ke dalam wad (hospitalisation) untuk pemerhatian dan rawatan lanjut, antaranya ketika:
• Tidak boleh makan / minum / dehidrasi
• Gejala (symptoms) penyakit yang serius / keadaan pesakit yang terlalu lemah (membimbangkan)
• Demam berterusan
• Mengesyaki penyakit lain yang lebih serius (mimik HFMD)
• Mengesyaki komplikasi saraf (meningitis / encephalitis), jantung (carditis), peparu (pneumonitis / pneumonia)
• Faktor keluarga – seperti tidak berupaya untuk pantau / teruskan rawatan di rumah, kekurangan bantuan keluarga.

NASIHAT UNTUK KELUARGA YANG ADA ANAK2 KECIL LEBIH DARI SEORANG:

• Bawa anak berjumpa doktor jika syaki anak menghidapi HFMD, dan ikut nasihat doktor tentang rancangan perawatan pesakit
• Pemberian ubat demam dan ubatan lain mengikut nasihat doktor
• Pastikan anak minum air dengan cukup dan juga makanan / nutrisi lain. Galakkan anak untuk minum dan makan walaupun akan ada sedikit kesukaran seperti ulser mulut.
• Cuba beri diet lembut seperti bubur, pudding, aiskrim dan galakkan minum air sedikit-sedikit tetapi kerap kali.

FOKUS UTAMA:
Sentiasa pantau keadaan anak:

✅demam (terlalu panas? Demam berterusan? Tidak respon dengan ubatan?),
✅hidrasi (tidak cukup makan / minum? Kencing kurang? Lemah? Cengkung mata? Ulser mulut menganggu diet?),
✅keadaan am anak (terlalu lemah? Tidak bermaya? Penyakit semakin serius? Muntah / cirit berterusan?),
✅gejala saraf (terlalu tidak bermaya? Tahap kesedaran kurang? Perangai berubah luar kebiasaan? Meragam tanpa henti? Sawan? Pergerakkan tidak normal pada otot / anggota badan?)
✅gejala pernafasan (kesukaran bernafas? Nafas laju? Batuk berterusan? Batuk berdarah?),
✅gejala jantung (debaran jantung kencang? Berpeluh dengan kuat? Sukar bernafas? Kepucatan? Nadi lemah?),
✅penyakit / gejala (symptoms) berlarutan atau apa jua gejala yang membimbangkan keluarga

BAWA SEGERA KE HOSPITAL!

Langkah pencegahan penularan penyakit:
✅Sebaiknya tidak hantar kepada pengasuh / nursery / tadika / sekolah
✅Kerap cuci tangan degan sempurna setiap kali selepas bersentuhan dengan pesakit / cairan dari pesakit (termasuk najis, kencing, kahak dan sebagainya)
✅Isolasi / pengasingan sewajarnya
✅Tidak berkongsi alatan seperti cawan, sudu, garpu, picagari ubatan dan sebagainya)
✅Membasuh alatan, cadar (dan alatan lain yang bersentuhan / digunakan pesakit) dengan sempurna
✅Sentiasa bersedia untuk bawa pesakit ke hospital / pakar kanak-kanak untuk rawatan lanjut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
According to Malaymail, it was reported that Malaysia has recorded 31,661 cases of hand, foot and mouth disease (HFMD) which is 15 times the amount that was recorded within the same period last year????

HFMD is related to personal hygiene and able to rapidly spread within kids below 10 years of age with 100% infection rate says our health director-general Tan Sri Dr Noor Hisham

Is there any treatment to HFMD?
There's no specific treatment for HFMD. However, Colloidal NanoSilver can be the natural remedies that offer relief and accelerate the recovery process.  Colloidal silver is a liquid preparation containing small clusters of electrically charged silver particles. The medical literature reveals that colloidal silver has powerful antiviral properties and can kill a wide-variety of viruses.

How Colloidal Nanosilver works on HFMD?????
Viruses have an electrical charge or electrical energy which is used to sustain life. Positively charged Silver Ions effectively disrupt the microbes’ abilities to conduct electricity which makes it unable to replicate and so it collapses and dies.

Our ✨Remdii Aurora Silver Spray✨ can be a natural solution to HFMD!

Remdii Aurora Silver Spray is a natural anti-bacterial that works in a gentle way that does not irritate the skin like many other anti-bacterial products does. It works by giving a quick painless journey to healing and drying up your wounds, sores and blister.

Benefits:
✅Skin wound healing: quickly heals wounds, blisters & sores
✅Made from 99.99% pure silver
✅Safe low concentration of 10 ppm (parts-per-million)
✅Smallest average particle size: 5-10 nm (nanometers)
✅Highly effective Nanosize Silver particles in Ultra Pure Water
✅Non-alcoholic, non-toxic and safe: Kills 99.99% virus without harshness
✅Suitable for all types of skin

Additional option:
1)????Remdii Aurora Gentle Protection Body Wash????: Packed with Advanced Silver (Ag) that eliminates 99.99% viruses without harshness
2)????Remdii Moisturising Cleanser????: Cleanse and remove impurities skin with or without water (wipe off with wet tissue)

References:
1) Abbas Abbaszadegan et al: ‘The Effect of Charge at the Surface of Silver Nanoparticles on Antimicrobial Activity against Gram-Positive and Gram-Negative Bacteria: A Preliminary Study’ Journal of Nanomaterials: Volume 2015 (2015),http://dx.doi.org/10.1155/2015/720654
2) Salleh A, Naomi R, Utami ND, Mohammad AW, Mahmoudi E, Mustafa N, Fauzi MB. The Potential of Silver Nanoparticles for Antiviral and Antibacterial Applications: A Mechanism of Action. Nanomaterials. 2020; 10(8):1566. https://doi.org/10.3390/nano10081566

#hfmd #penyakit #tangan #kaki #mulut #Enterovirus #Coxsackie #colloidalsilver #SilverSpray

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.058690 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list