CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1889|Reply: 24

"Ibu Cuma Guru Pemulihan, Ramai Tak Ingat," – Anak Sebak Ibu Hanya Balik Dengan Bungkusan Makanan Dan Bukan Hadiah Hari Guru

[Copy link]
Post time 19-5-2022 01:19 PM | Show all posts |Read mode
Sumber: Tiktok Hatelove_97




Apa perasaan anda apabila terlihat orang yang tidak dapat apa-apa penghargaan atau hadiah pada hari yang diraikan khusus untuknya, sudah semestinya akan terdetik perasaan kesian pada individu itu kan? Bayangkan kalau individu itu ialah ibu kita sendiri.


Baru-baru ini, seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai hatelove_97 telah memuatnaik satu video yang menjadi perhatian ramai. Menerusi video yang dimuatnaik, pengguna ini berkata ibunya merupakan seorang guru dan untuk pengetahuan semua, Hari Guru telah disambut pada 16 Mei yang lalu.





Menurut pengguna ini, ketika itu dia sedang ambil ibunya baru pulang dari sekolah dan difahamkan pada hari itu sekolah ibunya telah menyambut sambutan hari guru. Kelihatan ibunya membawa beberapa bungkus makanan dan kata pengguna ini, setiap kali sambutan hari guru, pasti ibunya akan membawa pulang makanan lebihan.


Hal ini menyebabkan pengguna itu berasa sebak kerana menurutnya guru-guru lain di sekolah itu mendapat hadiah yang banyak daripada murid-murid dan ibunya hanya mampu melihat sahaja oleh kerana ibunya merupakan guru pemulihan.


Meninjau ke ruangan komen, kelihatan begitu ramai netizen yang sebak apabila mengenangkan nasib ibu kepada pengguna itu. Ramai juga golongan ibu-ibu yang berjanji bahawa mereka juga akan memberikan hadiah kepada guru pemulihan selepas ini.


Namun, pengguna itu telah menjelaskan bahawa ibunya memang tidak mengharapkan hadiah daripada murid-muridnya. Cuma dia yang terasa sebak kerana sepatutnya kita perlu memberi sedikit penghargaan kepada guru kita.




Sumber: Tiktok Hatelove_97





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2022 02:35 PM | Show all posts
Zaman aku sekolah dulu takdepun special day utk hari guru dan takde pun kena bagi hadiah kat cikgu.
Zaman sekarang ni dah jadi mcm satu tekanan dan paksaan secara tak langsung kena bagi hadiah kat cikgu. Nanti kalau anak2 tak beli dan hadiahkan cikgu2, nampak weird sbb budak2 lain bawak hadiah.

Tekanan bukan kat bdak2 jer tp mak bapak budak2...sbb yg membelinya mak bapak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 02:46 PM | Show all posts
ally9970 replied at 19-5-2022 02:35 PM
Zaman aku sekolah dulu takdepun special day utk hari guru dan takde pun kena bagi hadiah kat cikgu.
...

betul sngat.. dulu2 pun belikan hadiah untuk cikgu yg betul2 kt suka.. beli hadiah pakai duit sndiri, kdg tu kedai rm2 je.. yg penting effort.
zaman sekrg siap ada tempahan bouqet lagi, sapa nk tempah bayar., dah kalau anak pun x minta apa2, x request untuk bagi hadiah mak pak diam jela.. x yah beria sgt.. tak penting pun hadiah ni.. sbgai cikgu kt niat untuk mengajar beli ilmu, kalau dapat hadiah tu bonus la tpi x dpat pun bukan mksud x dihargai..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 03:58 PM | Show all posts
tak dapat hadiah tak apa la..
cikgu tiap bulan dibayar gaji..
bukan seribu dua gaji cikgu..
tapi anak murid bukan semua anak orang senang..
bila macam ni lagi kesian anak murid yang tak mampu tu..
mesti rasa rendah diri tak mampu nak beli apa-apa untuk cikgu mereka..

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 04:04 PM | Show all posts
hadiah hari guru bukan wajib pn.. xperlu kot content mcm ni..kite bg hadiah pd cikgu yg kite btl2 suke..bkn semue cikgu nk kene bg..jenuh lh mak bapak klu nk kene bg pd semua..klu mampu xpe lg..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 04:25 PM | Show all posts
Tak boleh berharap orang akan memberi hadiah.  Tapi kalau ada yang nak beri hadiah anggap je sebagai bonus tak perlu nak iri dengan orang lain yang dapat banyak hadiah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2022 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
byk gile mknn
tp skg da mcm wajib plk bagi hadiah ek
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 04:45 PM | Show all posts
mujur zmn meols belajar dulu idoklah WAJIB utk bagi hadiah kat cikgu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2022 06:31 PM | Show all posts
Tak kasi hadiah hari guru tapi me hanya kasi hadiah akhir tahun..


Tahun ni my daughter habis pre school, dah siap kan hadiah sebagai tanda terima kasih.

2 orang cikgu plus 2 dekat school daycare, sorang pepagi bukakan pintu dengan senyum meleret Happy nampak My daughter dan sorang pembantu masa Lunch, panaskan makanan my daughter kat microwave..

So gift card aje kasi... So dorang boleh beli suka hati...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang zaman socmed uols.. sorang mak post beli hadiah utk guru-guru, mak lain pun rasa "tergugat". Gitu kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 09:03 PM | Show all posts
Apa benda lah ko nak hadap sangat hadiah untuk mak kau? Kau je lah bagi dia every week hantar kan bouquet bunga. Hah mampoo? Berbalik rezeki lah ni dekkk. Ada rezeki mak kau dapat hadiah, dapat lah dia. Tu dapat tapau bawak balik makanan banyak2 pun dah ok, nak bagi kau mentekedarah gak! Yang netizen pun dok sebak2 lagi nak  jadi enabler. Sebak acik dia. Bbnu skrg tak habis2 content sampah. Asal kan bercontent kekdahnya. Isi tak berfaedah langsung
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman aku dlu, bg cikgu pen kilometrico jek sorang sebatang..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang cikgu2 ni mengharap kan hadiah ke? Sebab tu frust sangat kalau tak dapat? Atau anak cikgu ni yg lebih kuah dari sudu emmm lemahhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu la anak2 aku pun ada yg ngadu dia je yg tak bg hadiah kat cikgu, kawan2 lain semua bagi…. Masalahnya, anak aku bukan sorg yg sekolah, ada 4 org pastu 2 sekolah setiap sorg… sekolah rendah/menengah & sekolah rendah agama… kalau sorg nak bg semua cikgu dia, yg lain2 pun nak juga… parah la aku nak membelinya… dah la baru lps raya… duit pun dah berkurang… anak cikgu ni pun kena la
faham, skrg barang semua dah mahal… bukan macam zaman dulu lagi… bersyukurlah ibu awak masih ada pekerjaan lagi skrg… kadang2 tak dapat hadiah, anak2 murid doakan cikgu2 mereka pyn dah untung sangat… dunia ni bukan semua kebendaan…
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 03:27 AM From the mobile phone | Show all posts
i rasa x salah utk hargai guru yg mengajar anak kita. sedikit token penghargaan tu x kisah la mahal atau murah sbnrnya buat mereka happy. yang penting ikhlas. i pun bg kuih je kat semua guru di skola anak2 i sempena hari guru sbb i x nak any guru rasa left out. hopefully gift yg kecil tu boleh ceriakan sedikit sebanyak. tp i sbnrnya ade rasa pelik sikit sbb for my doter's birthday saja la ade bagi little gifts to classmates n guru2 yg mengajar tp my doter ckp jgn dah bawak hadiah ke sekolah utk cikgu, i said kenapa? die ckp mcm cikgu2 tu malu nk terima or somthg like that. it is like a negative response from teachers. ah sudah.. i plak yg ghisau. x paham pula apa maksud cikgu tu to my doter.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 03:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 aku tak bg apa pun, dia kata cikgu pun tak bg hadiah masa besday dia, adoyai ????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2022 05:31 AM From the mobile phone | Show all posts
airmineral replied at 19-5-2022 04:42 PM
byk gile mknn
tp skg da mcm wajib plk bagi hadiah ek

Lebihan makanan......

Maksudnya makanan yg tak berusik tu mak dia bwak balik tanak membazir
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kahkahkah mgkn cikgu yg bosan ....garang sgt.. mulut jenis berbisa..so mmg xde la budak suka
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
tenderfly replied at 20-5-2022 03:46 AM
Anak2 aku tak bg apa pun, dia kata cikgu pun tak bg hadiah masa besday dia, adoyai ????

Hahaha betul la tu...kwn meols tulis kt fb mintak cikgu jgn unboxing hadiah yg grand2 je.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 10:02 AM | Show all posts
Macam dah jadi paksaan pula pada budak2 nak kena bagi hadiah kat cikgu.
Kesian budak2 yang kurang kemampuan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.081797 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list