CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1711|Reply: 0

TUDM tunai impian pesakit kanser naik pesawat pejuang

[Copy link]
Post time 19-5-2022 12:33 PM | Show all posts |Read mode
TUDM tunai impian pesakit kanser naik pesawat pejuang

Oleh Nor Azizah Mokhtar - Mei 19, 2022 @ 10:47am  bhnews@bh.com.my




TUDM menunaikan hasrat seorang remaja pesakit kanser tahap akhir, Muhammad Irfan Mikail, 15, untuk menaiki pesawat pejuang TUDM, semalam. NSTP/Ihsan TUDM


PreviousNext




KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menunaikan impian seorang pesakit kanser tahap akhir berusia 15 tahun yang berhasrat untuk menaiki pesawat pejuang pasukan itu, semalam.

Bahagian Perhubungan Awam Markas Tentera Udara dalam kenyataan, hari ini berkata atas dasar prihatin, TUDM mahu memenuhi impian Muhammad Irfan Mikail Mohd Shukri yang bercita-cita menjadi seorang juruterbang pesawat pejuang TUDM.

"TUDM melalui No 15 Skuadron, Pangkalan Udara Butterworth dan bantuan Kolej Tentera Udara mengkoordinasi bersama pihak Friend of Childhood-Cancer Northern (FOCCAN) untuk menunaikan seorang 'pejuang muda' yang berjuang melawan sakit kanser.

"Adik Irfan diiringi ibu dan bapanya, yang tinggal di Lorong Haji Talib, Kampung Guar Syed Alwi, Kangar, Perlis dibawa ke Pangkalan Udara Butterworth, semalam," katanya.


Tambah kenyataan itu, ketibaan mereka disambut beberapa pegawai TUDM serta warga No 15 Skuadron.

"Adik Irfan kemudian dibawa ke bilik persalinan dan disarungkan dengan 'flying suit' sebelum diberikan taklimat lawatan dan pengenalan ringkas tentang skuadron yang mengoperasikan pesawat pejuang.

"Sesi lawatan bermula dengan lawatan ke Hangar No 15 skuadron untuk melihat lebih dekat di samping bergambar bersama pesawat pejuang Hawk 108 dari No 15 Skuadron dan F/A18D dari No 18 Skuadron serta juruterbang dan kru pesawat," katanya.

Katanya, Muhammad Irfan Mikail dan keluarga turut dipersembahkan dengan pengoperasian pesawat pejuang Hawk bermula dari pemeriksaan awal pesawat sebelum terbang, melihat pesawat berlepas dan kembali mendarat.

Muhammad Irfan Mikail kemudian dibawa melawat ke Pusat Simulator Pejuang dan merasai pengalaman mengendalikan simulator F/A-18D sebelum lawatan diakhiri dengan penyampaian cendera hati kenangan serta sumbangan kepada Irfan dan keluarga.

"Melihat insan kerdil yang diuji dengan masalah kesihatan yang kronik, ternyata Adik Irfan adalah seorang 'pejuang muda' dengan semangat juangnya melawan sakit kanser.

"Semoga tanggungjawab sosial TUDM menunaikan impian adik Irfan dapat menggembirakan hatinya serta kedua-dua ibu bapanya.

"Seluruh warga TUDM mendoakan Irfan beroleh kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan meminta semua pihak turut mendoakannya," katanya.

BH sebelum ini melaporkan Muhammad Irfan Mikail menghidap kanser 'Acute Lymphoblastic Leukaemia (ALL)' tahap akhir dan disahkan menghidap penyakit itu pada 2021.

Ibunya, Mazatul Rohana Saleh, 50, berkata anaknya ada memberitahu mahu menaiki pesawat pejuang dan hasrat anaknya itu disampaikan kepada pihak FOCCAN, baru-baru ini.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.559937 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list